Pakej Buffet Ramadhan Restoran Rebung, KL 2024 akan berlansung sepanjang tempoh bulan Ramadhan, bermula dari 12 Mac hingga 8 April 2024.
Buffet Ramadhan 2024 Restoran Rebung Chef Ismail
Tema untuk tahun 2024 ini adalah "Ceq Lapaq Nasik Lah" Untuk tema ini, kami akan menampilkan 5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia dan jarang ditemui antaranya :
1) Nasi Lemuni
2) Nasi Daging
3) Nasi Ikan
4) Nasi Ulam
5) Nasi Kerabu
Setiap jenis hidangan nasi ini, didatangkan dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang dimakan bersama nasi-nasi tersebut.
disamping itu, hidangan-hidangan lauk pauk lain juga ada disediakan beserta aneka kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut.
Sambil pelanggan menjamu selera, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer.
Harga Buffet Ramadhan 2024
Dewasa : RM 99 nett
Kanak-kanak : RM 69 nett (umur 5-12 tahun)
Kemudahan-Kemudahan Yang Terdapat Di Restoran Rebung
Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 450 orang pada satu masa. Terdapat juga bilik-bilik seperti :
Orange Room berkapasiti 10-12 orang
Blue Room berkapasiti 15-18 orang
Red Room untuk 10-12 orang
Green Room berkapasiti 90-110 orang
Stage Area berkapasiti 110-130 orang
Yellow Room berkapasiti 45 orang
Anjung boleh menampung sehingga 60-80 orang.
Ruang solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa.
Kemudahan Lift dan kawasan Restoran yang mesra OKU.
Selain itu , parking kereta awam disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM 4.40 (termasuk 6 % sst) sekali masuk.
Perkhidmatan Katering dan Majlis Tertutup.
Restoran Rebung juga menyediakan perkhidmatan sewaan bilik dan katering samada di restoran, kediaman anda ataupun di pejabat. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat anda, anda boleh menghubungi pihak Katering Restoran Rebung untuk membuat tempahan.
Selain itu, bagi anda yang ingin mengadakan majlis tertutup (private function) samada Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan, Majlis Berbuka Puasa atau Majlis Rumah Terbuka di Restoran Rebung, anda boleh menghubungi pihak restoran.
Untuk tempahan katering, anda boleh menghubungi wakil katering Restoran Rebung :
En Hafiz : 017-7787895
Cik Jannah : 014-5082996
Buffet Hari Raya (Promosi Bulan Syawal) Restoran Rebung akan membuat Buffet Hari Raya dimana akan menggabungkan hidangan di Bufet Lunch dan Bufet Dinner beserta tempahan menu sempena hari raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang dan lain-lain.
Promosi ini akan berlangsung bermula pada 16 April 2024 (Hari Raya ketujuh) hingga 9 Mei 2024. Promosi ini akan dibuat sebanyak 3 sesi iaitu :
Sesi 1 : 11.00 pagi - 2.00 petang
Sesi 2 : 3.00 petang - 6.00 petang
Sesi 3 : 7.00 petang - 10.00 malam
Harga adalah RM 79 nett untuk dewasa dan RM 59 nett untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun.
Aktiviti Restoran Selain Bulan Ramadhan
Menyediakan Buffet Sarapan Pagi, Makan Tengahari Dan Makan Malam
Buffet Sarapan Pagi:
Bermula pada jam 8.00 pagi - 10.30 pagi (Sabtu Dan Ahad)
Harga RM 21.20 (Dewasa) RM 18 Kanak-kanak)
Buffet Makan Tengahari :
Bermula pada jam 6.30 petang - 10.00 Malam (Setiap hari)
Harga RM 70 nett (Dewasa) RM 50 nett Kanak-kanak)
Buffet Makan Tengahari :
Bermula pada jam 11.30 pagi - 4.00 petang (Setiap hari)
Harga RM 50 nett (Dewasa) RM 35 nett Kanak-kanak)
Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai tempahan berbuka puasa di Restoran Rebung :
Alamat :
5-2 , Aras 5 , Parkir Bertingkat Bukit Aman , No. 1 , Jalan Tanglin , Taman Botani Perdana , 50480 , Kuala Lumpur.
Tempahan : +6 03 2276 3535/2525
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com
Laman media sosial Restoran Rebung Chef Ismail :
Facebook : Restoran Rebung Chef Ismail
Instagram: rebung_taman_botani
Tiktok: restoranrebung
Chef Ismail Buka Cawangan Ke-2 di Putrajaya
Cawangan kedua Restoran Rebung Chef Ismail secara rasminya akan mula beroperasi pada 1 Mac 2024. Restoran ini bertempat di Taman Seri Empangan, Lebuh Gemilang Presint 5, menghadap tasik. Restoran ini menggabungkan konsep klasik dan moden, membuatkan ia berlainan dengan cawangan di Kuala Lumpur.
Untuk mengetahui tentang Bufet Ramadhan Restoran Rebung Chef Ismail 2... pastikan anda sering kunjungi blog ini...untuk update terkini.
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.