Kemuliaan Bulan Rejab
Pada hari ini tarikh 13 Januari 2024 adalah bersamaan dengan 1 Rejab 1445H
Apabila masuk sahaja ke bulan Rejab, Rasulullah SAW akan berdoa dengan doa dibawah;
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”
Jadual Puasa Sunat Rejab Dan Hari Putih Tahun 2024
1 – Apa Maksud ‘Rejab’?
‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.
2 – Mengapa Bulan Ini Diagungkan?
Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat.
Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…” Surah at-Taubah:36
3 – Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?
Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab.
Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.
4 – Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?
Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa, bersedekah serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.
Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”
5 – Apa Keistimewaan Bulan Ini?
Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.” Hadis Riwayat Al-Baihaqi
6 – Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?
Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca untuk mengenai keistimewaan bulan Rejab ini.
Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan; bulan yang di dalamnya terdapat Lailatul Qadr, dan terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada
Bulan Rejab dianggap sebagai salah satu bulan yang mulia dalam Islam, dan terdapat pelbagai amalan yang disunnahkan untuk dilakukan pada bulan ini. Berikut adalah beberapa amalan yang biasanya dilakukan pada bulan Rejab:
1. Puasa Sunat:
Meningkatkan amalan puasa sunat, terutamanya puasa-puasa sunat yang disunnahkan seperti puasa enam hari di bulan Syaaban.
2. Solat Malam (Qiyamulail):- Memperbanyakkan solat malam atau Qiyamulail untuk mendekatkan diri kepada Allah.
3. Taubat dan Istighfar:Melakukan taubat dan istighfar (memohon ampun) untuk membersihkan diri dari dosa-dosa serta kesilapan yang dilakukan.
4. Berdoa dan Berdzikir:
Meningkatkan ibadah berdoa dan berdzikir untuk mendekatkan diri kepada Allah serta memohon keberkatan dan rahmat.
5. Bersedekah dan Amalan Kebaikan:
Meningkatkan amalan kebajikan, termasuk bersedekah dan melakukan amalan-amalan baik kepada sesama.
6. Membaca Al-Quran:
Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan merenungkan makna serta ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.
7. Zikir dan Wirid tertentu:
Melakukan zikir dan wirid tertentu yang disarankan oleh agama Islam.
8. Menjauhi Perbuatan Dosa:
Berusaha menjauhi perbuatan dosa dan meningkatkan kesedaran akan kebaikan serta kesucian akhlak.
9. Menghidupkan Sunnah Nabi:
Mempraktikkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan sehari-hari.
10. Mengamalkan Kebersihan dan Kesyukuran:
Menjaga kebersihan diri, lingkungan, dan mengamalkan rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan.
Semua amalan tersebut bertujuan untuk memperkuat ikatan spiritual dengan Allah, membersihkan diri dari dosa, dan meningkatkan kualiti kehidupan rohaniah. Ia adalah suatu masa yang baik untuk merenungkan diri dan meningkatkan amalan keagamaan.
Niat Puasa Bulan Rejab
"NAWAITU SAUMA SYAHRI RAJAB LILLAHI TA'ALA."
Ertinya :“Saya niat puasa dibulan Rejab, sunnah kerana ALLAH Ta’ala.”
Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam Aidilfitri, malam Aidiladha, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Syaa’ban.
Malam ni, malam awal bulan Rejab. Jangan lepaskan peluang untuk banyakkan doa & beribadah.
Hari ini hari Jumaat, dan malam ni adalah malam 1 Rejab. Malam mustajabnya doa, maka perbanyakkan berdoa, istighfar, mohon perlindungan, ketenangan, kejayaan dan kemudahan dalam urusan hidup dunia akhirat.
Tarikh-tarikh Penting Islam Tahun 2024
Selamat beramal , moga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan pada yang lain...
1 Ulasan
byk kelebihannya. insya allah abis abc saya pun nak posa juga
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.