Explore Tempat Menarik Di Dabong, Kelantan



Gua Ikan

Gua Ikan – Kuala Krai

Lokasi

Terletak di Kampung Slow Pak Long kira-kira 95 km dari Bandar Kuala Krai dan 7 km dari Pekan Dabong. Perjalanan dengan kereta mengambil masa lebih kurang 30 minit menghala ke Gua Musang melalui Jalan Persekutuan 8 dan akan menemui satu simpang ke Dabong. Dari simpang tersebut, menghala ke Dabong kira-kira 40 km ke hadapan akan menemui pintu masuk ke tarikan di sebelah kiri.

Explore Tempat Menarik Di Dabong, Kelantan


Gua Ikan Dabong


Pengangkutan Awam

Tiada perkhidmatan bas awam yang beroperasi ke Gua Ikan. Teksi boleh diperolehi di Bandar Kuala Krai dengan tambang RM60.

Tarikan

Merupakan tarikan rekreasi alam semulajadi yang terkenal di Kuala Krai.




Terdapat gua-gua yang menarik di dalam Bukit Batu Kapor yang direntangi oleh anak sungai yang jernih. Antara aktiviti yang menarik ialah menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, rekreasi dan perkelahan.

Gua Ikan

Gua Ikan


Gua Ikan Dabong



Gunung Stong

Air Terjun Gunung Stong – Kuala Krai

Gunung Setong (Stong)- Gunung Ayam, Dabong, Kelantan.



Kedua-dua gunung yang berada di Hutan Jelawang ini kebiasaannya didaki dalam satu ekspedisi. Dabong adalah pekan kecil yang terdekat, kemudahan stesen keretapi menjadikan keretapi sebagai pengankutan pilihan para pendaki untuk ke Dabong.

Air Terjun Gunung Stong


Dari Dabong pendaki perlu menaiki bot untuk merentas Sg. Galas kira-kira 5 minit perjalanan. Perjalanan seterusnya sejauh 5KM jalanraya berturap dengan van atau kereta sapu untuk tiba di Kg. Jelawang.

Air Terjun Gunung Stong

Pendaki boleh memulakan pendakian dari Kg. Jelawang melalui trek balak atau meneruskan perjalanan dengan van atau kereta sapu menyusuri jalan kampung sejauh 2.8KM ke Resort Jelawang.

Air Terjun Gunung Stong

Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun Jelawang 666 kaki dari aras laut. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik mesyuarat, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian.
Air Terjun Gunung Stong

Terdapat dua lagi trek ke Baha’s Camp yang berada di puncak Air Terjun Jelawang pada ketinggian 1404 dari aras laut. Satu trek terus ke trek balak dan satu lagi menyusuri kaki air terjun jelawang sebelum masuk ke trek balak.

Pendaki boleh tiba di Baha’s Camp kira-kira 45 minit berjalan. Baha’s Camp diselia oleh sekumpulan anak tempatan yang memberi perkhidmatan jurupandu arah selain mengawasi kawasan Hutan Jelawang. Tapak khemah di sini cukup luas dan boleh menampung ratusan orang.

Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar Baha’s Camp seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung.

Gua Rantai

Gua ini dinamakan gua rantai kerana dipasang rantai di dalamnya bagi memudahkan pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua ini namun tetap memberi keseronokkan kepada pengunjung.

Kolam Puteri / Air Terjun Kolam Puteri

Air terjun ini agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok bermain air di sini sama ada mengelunsur di air terjun mahupun berenang.

Telaga Tujuh

Tujuh telaga semulajadi ini berada di tengah-tengah sungai di atas air terjun Kolam Puteri. Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu pengalaman menarik.

Air Terjun Dua Gunung

Dua air terjun dari dua buah gunung iaitu G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu sungai.

Trail

Kebiasaannya pendaki memulakan pendakian dari Baha’s Camp seawal pagi setelah bermalam dan menikmati panorama matahari terbit dari puncak air Terjun Jelawang.

Trek adalah mengikut jalan balak tinggal seterusnya melalui denai-denai yang mencanak.

Pada waktu tengahari pendaki boleh tiba di puncak G. Stong. Setongkol batu besar dengan pokok bonsai di atasnya menjadikan puncak ini unik. Dari istilah ‘stone’ disebut jadi bunyi ‘setong’ dalam dialek tempatan.

Dari puncak G. Stong pendaki perlu turun hingga ke satu persimpangan trek ke G. Ayam yang dipanggil “Beta Balak” pada ketinggian 2652 kaki dari aras laut. Di sini jugalah punca air terakhir sebelum ke puncak G. Stong.

Trek dari Beta Balak ke Puncak G. Ayam kurang mencanak berbanding ke G. Stong. Pendaki akan melalui kawasan pokok-pokok bonsai sejurus tiba di puncak Baha iaitu anak G. Ayam. Puncak Baha ke Puncak Ayam hanya memakan masa kurang sejam perjalanan. Lewat petang pendaki boleh tiba di puncak G. Ayam.

Puncak G. Ayam ditanda dengan ‘plate’ dan terdapat pokok-pokok bonsai setinggi 10 kaki. Kira-kira sepelaung dari puncak ini terdapat kawasan perkhemahan yang boleh memuatkan sekitar 50 orang. Bukan sahaja tapak khemah, tapak kaki gajah juga biasanya terdapat di sini. Pemandangan matahari terbenam cukup indah berlatarbelakangkan pokok-pokok bonsai di kawasan khemah.

Sumalian Trail

Satu lagi laluan ke G.Stong dan G.Ayam adalah dengan mengikut lembah Semeliang (Dialek tempatan berbunyi Sumelian). Laluan ini tidak mempunyai trek (off-trek) dan memberi cabaran yang lebih hebat kepada pendaki. Selain terpaksa meredah hutan, laluan adakalanya menyusuri anak-anak sungai atau longkang laluan air.

Terdapat beberapa tempat menarik di Lembah Sumeliang seperti Taman Orkid, Gua Kelawar dan Gua Kayu Jadi Batu. Taman Orkid merupakan kawsan yang ditumbuhi orkid-orkid liar yang jarang ditemui. Gua Kayu Jadi Batu pula adalah gua yang mempunyai fosil kayu balak yang sekeras batu. Selain itu terdapat kalimat ‘Allah’ (Alif-Lam-Lam-Ha) berwarna hijau florencent secara semulajadi di dalam gua ini.



Lata Kertas

Lata Kertas – Kuala Krai

Lata Kertas

Lata Kertas

Lata Kertas

Merupakan taman rekreasi tempatan. Mempunyai kemudahan tempat berkelah. Kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut adalah seperti wakaf, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga sebuah kedai.


Jaraknya dengan bandar atau pekan terdekat adalah 12km dari bandar Dabong dan 56km dari Bandar Jeli, manakala dari Gua Musang pula adalah sejauh 75km dan jaraknya dengan Air Terjun Gunung Stong adalah 7km.

Lata Kertas

Untuk sampai ke sana adalah melalui jalanraya Jeli-Gua Musang hanya dengan kenderaan sendiri atau kereta tambang (Prebet Sapu) yang boleh didapati di Stesen Keretapi Dabong atau di pekan Jelawang dengan kadar bayaran RM 25/orang.

Lata Kertas

 



Sumber Rujukan :Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

Jelawang Pipe Resort and Extreme Park

Jelawang Pipe Resort and Extreme Park sebuah tarikan pelancongan terbaru di negeri Kelantan terutamanya di daerah Dabong Kuala Krai. Terletak di Kampung Sungai Batu, Jelawang.

Jelawang Pipe Resort and Extreme Park

Kawasan rekreasi ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti sukan lasak, kem kepimpinan dan jati diri, serta menyediakan tempat penginapan untuk disewa.

Lokasinya juga sangat sesuai untuk dijadikan destinasi riadah dan perkelahan bersama keluarga dengan kemudahan asas yang disediakan.

Suasana yang damai dengan aliran sungai jernih serta memiliki udara yang segar menjadikan lokasi ini sering dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Jelawang Pipe Resort and Extreme Park

Bagi warga bandar dan kota, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah destinasi yang tepat untuk anda mencari ketenangan dari kesibukan kota dan tekanan tempat kerja.

Jelawang Pipe Resort and Extreme Park

Masa singgah dekat sini, nampak ada 'flying fox' dan ATV ada dikalangan ahli rombongan sempat main ATV tapi Bonde tak teringin nak main ATV waktu tu... lebih teruja nak main air dekat air terjun dan bagi ikan makan.

Air terjun yang jernih tu... ada banyak ikan di dalamnya.

Jelawang Pipe Resort and Extreme Park

Jelawang Pipe Resort and Extreme Park

Sungai Kenerong

Sungai Kenerong memang sangat jernih dan sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti di sungai seperti water tubing, berkayak ataupun berakit.

Sungai Kenerong

Memandangkan lokasinya yang strategik, pelancong juga boleh ke beberapa tarikan lain yang ada di sini seperti mendaki Gunung Stong, mandi manda di Air Terjun Jelawang dan juga aktiviti caving ke Gua Keris, Gua Ikan dan Gua Pagar.


 
~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan