Tentang Blogger Malaysia Bicara Mummy azlindaalin.com



Rakan blogger kali ini yang ingin diperkenalkan ialah Blogger Malaysia Bicara Mummy azlindaalin.com

Di Bloglah detik perkenalan kami, selain bertukar pendapat, perkongsian cerita dan komen, kami aktif di media sosial lain, disitulah tempat kami berhubung.

Linda banyak membantu dan mudahkan kerja Bonde bila tiba saat tamat tempoh insuran kenderaan dan cukai jalan 'Road tax' Lindalah orangnya yang membantu menguruskan tentang pembaharuan insuran dan cukai jalan untuk kereta Bonde.

Zaman sekarang bukan senang nak jumpa dengan orang yang boleh dipercayai dan mudahkan urusan kita. Jadi sehingga kini Bonde dan Linda sering berkerjasama antara satu sama lain moga ukuwah ini berkekalan hendaknya.

Anda semua yang belum mengenali blogger Bicara Mummy azlindaalin.com dibawah ini Bonde ada kongsikan sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau.

Tentang Blogger Malaysia Bicara Mummy azlindaalin.com


Tentang Blogger Malaysia Bicara Mummy azlindaalin.com

Linda ! Nama panggilan untuk Blogger Malaysia Bicara Mummy di www.azlindaalin.com . azlindaalin pula adalah "sync" kepada nama media sosial di Facebook dan Instagram.www.instagram.com/azlinda.alin Sebelum berblog, Linda sangat aktif di Facebook. Facebook Linda, adalah tempat bersosial serta update aktiviti untuk tatapan saudara mara, anak buah dan ahli keluarga yang jauh di mata. Dan, Alin merupakan nama manja untuk ahli keluarga sahaja. Asalnya , sepupu mak lah ni...meminta Linda meletakkan nama Alin di media sosial, supaya senang mereka nak cari dan approved friend.

Tentang Blogger Malaysia Bicara Mummy azlindaalin.com


Kenapa Buat Blog untuk Bicara Mummy azlindaalin.com

Tujuan asal Linda menjadi Blogger Malaysia adalah kerana untuk sharing sambil bercerita tentang anak-anak Linda. Progress dari kelahiran anaknya dari kecil sehingga besar. Lama-kelamaan, macam-macam Linda menulisnya di blog. Termasuklah perihal lifestyle, foods, travelling dan banyak lagi

Siapa Sebenarnya Bicara Mummy azlindaalin.com

Linda dari Bicara Mummy azlindaalin.com merupakan seorang isteri dan mummy kepada 3 orang anak. Belajar di bidang Civil Engineering di Sekolah Teknik Setapak pada tahun 1998-1999. Kemudian meneruskan pelajaran di bidang Electrical Engineering UiTM Arau Perlis dan UiTM Shah Alam. Malangnya, kurang berminat bekerja di bidang engineering. Maka, sambung pula belajar di bidang lain…Management pula di UiTM Shah Alam.


Tentang Blogger Malaysia Bicara Mummy azlindaalin.com


Kalau nak tahu Linda ni pernah bekerja di bank. Ex-banker di CIMB , AmBank dan juga RHB Bank. Kini, full time di AIA sebagai seorang Life Planner. Alhamdulillah , banyak anugerah yang pernah di terima sepanjang bekerja dengan bank dan juga di AIA.

Dan kini walau ada kerja hakiki. Linda tetap menulis blog dan juga di media sosialnya. Sambil Linda menjaga keluarga, keluar bekerja....Linda mempunyai cita-cita untuk menjadi blogger yang berilmu. Linda ingin mendalami ilmu blogging ke arah SEO pula. Rugi juga, jika ada blog tapi tiada ilmu berSEO, ni. Sambil mendalamai ilmu SEO , boleh juga jana pendapatan dalam Adsense.

Okaylah, ini sahaja perkongsian tentang Bicara Mummy azlindaalin.com. Nak lebih mengenali beliau? Jom ikuti beliau di laman web dan media sosial dibawah :

Blog : www.azlindaalin.com

Instagram : www.instagram.com/azlinda.alin

Facebook : www.facebook.com/azlinda.alin.3

Youtube : www.youtube.com/azlindaazman

Tiktok : www.tiktok.com/@azlinda.alin



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. terima kasih banyak-banyak bonde...love ! Bila kita nk kopi2 ni hehehe

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.