Tarikh Mengundi Bagi Pilihan Raya Negeri



MB Selangor telahpun mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor secara rasmi pada 23 Jun 2023 yang lalu,  ini bermakna Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor mestilah diadakan dalam tempoh 60 hari setelah tarikh pembubaran DUN – mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tarikh pembubaran DUN Selangor dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 19 Jun 2023 lalu.

Pilihan Raya Negeri

6 Negeri yang terlibat :


1- Selangor

2- Pulau Pinang

3- Negeri Sembilan

4- Kedah

6- Kelantan

7- Terengganu


Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri


Tarikh telah ditetapkan seperti berikut:


Hari Penamaan Calon : 29 JULAI 2023 (SABTU)

Hari Mengundi Awal : 8 OGOS 2023 (SELASA)

Hari Mengundi : 
12 OGOS 2023 (SABTU)



Semakan Daftar Pemilih


Sekiranya anda merupakan pengundi berdaftar di negeri Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu, anda boleh membuat semakan daftar pengundi anda melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:



1. Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”

2. Masukan Nombor Kad Pengenalan

3. Masukkan Captcha seperti yang tertera

4. Klik pada butang Semak

5. Hasil carian akan dipaparkan

Tarikh Semakan Tempat Mengundi PRN 2023


Para pengundi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).


Syarat Kelayakan Mendaftar MySPR


Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:


Warganegara Malaysia.

Berumur 21 tahun ke atas.

Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan.

Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.



Semakan Daftar Pemilih SPR Bagi PRN 2023

MySPR Semak – Semakan Daftar Pemilih & Pusat Mengundi Bagi PRN 2023

Kini anda boleh melakukan permohonan akaun MySPR, undi pos di MySPR dan semakan pemilih melalui aplikasi MySPR dan Portal MySPR Semak

Para pengundi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).





MySPR Semak – Semakan Daftar Pemilih & Pusat Mengundi Bagi PRN 2023


Sila layari www.spr.gov.my untuk maklumat lanjut

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Melalui SMS


Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Melalui SMS

Semakan untuk mendaftar sebagai pemilih secara SMS khususnya daftar pemilih tambahan undi pos.

Berikut adalah cara membuat semakan pengundi melalui kaedah SMS:

Cara 1 Taip :
SPR <jarak> No.I.C ( Contoh 85011126609) dan hantar ke 15888
Cara 2 Taip :
SPR <jarak> SEMAK <jarak> No.I.C ( Contoh 85011126609) dan hantar ke 15888

Bagi anda yang pertama kali hendak membuang undi, berikut 8 perkara dan panduan yang anda perlu tahu.

1) Menyemak status pendaftaran sebelum hari mengundi.

 
  • Semak nama dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR), semakan boleh dibuat melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my, telefon ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau melalui perkhidmatan SMS: Taip SPR SEMAK NO. KAD PENGENALAN, hantar ke 15888.

2) Datang awal ke Pusat Mengundi dan bawa salah satu daripada dokumen pengenalan diri seperti berikut: 

  • Kad pengenalan (MyKad).
  • Pasport antarabangsa.
  • Resit kad pengenalan sementara bergambar .
  • Resit laporan kehilangan kad pengenalan bergambar yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Lesen memandu bergambar.
  • Kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan.

3) Tunjukkan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) di Barung SPR pusat mengundi.
  • Dapatkan slip nombor saluran tempat mengundi dan beratur menunggu giliran untuk ke bilik tempat mengundi yang betul.

4) Tunjukkan slip nombor saluran tempat mengundi dan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Pengundi Pertama (KP1).
  • Selepas dibenarkan masuk, serahkan dokumen pengenalan diri beserta slip semakan kepada KP1 supaya nama anda ditanda sudah hadir mengundi.
  • Tunjukkan jari telunjuk kiri untuk diperiksa dan pastikan tiada sebarang tanda dakwat kekal di jari.

5) Celup dakwat kekal

 
  • Setelah disemak dokumen pengenalan diri oleh KP1, KP2 akan mencelup dakwat kekal di hujung jari telunjuk kiri.
  • Dakwaan pengundi boleh mengundi lebih dari sekali jika dakwat kekal dihilangkan, adalah tidak benar kerana KP1 sudah menandakan nama yang sudah membuang undi.


6) Dapatkan kertas undi


  • Selepas jari telah ditandakan dengan dakwat kekal, bergerak ke KP3 untuk mendapatkan kertas undi.

7) Buang Undi

 
  • Bergerak ke petak mengundi untuk menanda kertas undi dengan tanda ‘X’ di ruang bersebelahan logo parti.
  • Apa yang penting, pilih satu calon sahaja atau ia akan menjadi undi rosak.

8) Selesai

  • Setelah selesai membuat pilihan yang betul, anda hendaklah melipat kertas undi dengan dua kali lipatan dan bergerak ke peti undi bagi memasukkan kertas undi mengikut peti Undi Parlimen atau Peti Undi Negeri.
  • Keluar dari tempat mengundi dengan segera bagi melancarkan proses pengundian dan tidak menganggu petugas SPR.

Promosi Makanan Sempena PRN 6 Negeri

Promosi Makanan Sempena PRN 6 Negeri



Jangan terlepas melaksanakan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia!

Selamat Mengundi...

TERKINI Keputusan PRN Selangor

Keputusan PRN Selangor



~Bonde Senyum Riang~

Catat Ulasan

0 Ulasan