Petang ini penutup bagi tahun 1444 Hijrah dan Maghrib nanti akan bermula tahun 1445 Hijrah.
Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1445H bersamaan 19 Julai 2023M, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.
Berikut dikongsikan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah yang boleh dibacakan selepas solat Asar atau ketika hampir masuk waktu Maghrib hari ini, 18 Julai 2023 bersamaan 29 Zulhijjah 1444H.
Ini kerana berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.
Baca : Doa Mustajab Depan Kaabah
Tahun Baru Hijrah 1445H
Untuk pengetahuan bersama bahawa tahun baharu Hijrah, *1 Muharram 1445H* akan tiba dengan *masuknya waktu maghrib pada hari Selasa 18 Julai 2023*, insya'Allah
Bersempena dengan tibanya tahun baharu ini, sama-sama mengingatkan bersama akan amalan-amalan berikut:
(1) *berpuasa sunat* pada hari terakhir bulan Zulhijjah ( *18 Julai* ) ;
(2) membaca *doa akhir tahun* pada hujung waktu Asar ( *18 Julai* ) ;
(3) membaca *doa awal tahun* setelah solat Maghrib ( *18 Julai* ) ;
(4) *berpuasa sunat* pada hari pertama bulan Muharram ( *19 Julai* ) ;
(5) *berpuasa sunat Hari Tasu'a* pada 9 Muharram ( *27 Julai* ) ;
(6) *berpuasa sunat Hari 'Asyura* pada 10 Muharram ( *28 Julai* ) .
kalau kita tidak mampu melakukan semua, janganlah kita tinggalkan semua.
Pengertian Maal Hijrah
Awal Muharram atau Maal Hijrah menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah.
Tahun terjadinya peristiwa Hijrah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah (tahun 622 Masihi).
Hijrah pada bahasa : Perpindahan atau perubahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.
Hijrah pada istilah : Perpindahan Rasulullah SAW dan orang-orang Islam dari Mekah ke Madinah.
Peristiwa hijrah berlaku pada 12 Rabiulawal tahun ke-13 Kerasulan.
Hijrah Rasulullah SAW peristiwa agung kerana :
1. Ia merupakan perintah Allah SWT bagi memastikan agama Islam terus berkembang. Ia soal agama Islam yang lebih besar. Ia bukan pelarian sebagaimana dakwaan Orientalis.
2. Hijrah mempunyai perancangan ke arah lebih baik, ia dapat dilihat dengan usaha-usaha sebelumnya iaitu Baiah Aqabah 1 dan 2 serta diutus Mus'aib bin Umar ke Yathrib (Madinah) selepas Baiah 1 bagi tempoh setahun.
3. Hijrah menunjukkan kewajipan menegakkan agama Islam sehingga ke tahap politik dan pemerintahan negara. Kalau sekadar soal fadhilat beribadah sahaja, pastinya kekal di Mekah sudah memadai.
4. Walaupun istilah Hijrah digunakan beberapa kali kerana sahabat ada berhijrah ke Habsyah mencari perlindungan sebelum ini serta para sahabat berhijrah lebih awal dari Rasulullah SAW, namun Hijrah yang besar ialah Hijrah Rasulullah SAW tersebut.
5. Peristiwa Hijrah menunjukkan bagaimana tinggi cinta Sayiduna Abu Bakr kepada Rasulullah SAW. Beliau menanti Rasulullah SAW untuk bersama-sama berhijrah bersama Baginda SAW. Apabila telah turun keizinan perintah berhijrah kepada Baginda SAW lalu Baginda SAW memberitahu Sayiduna Abu Bakr, lantas beliau menangis kegembiraan. Sayidatina Aisyah meriwayatkan bahawa belum pernah dia melihat bapanya tersebut gembira tidak seperti pada waktu itu.
Berikut dikongsikan infografik kisah hijrah Rasulullah SAW untuk renungan kita semua.
Bulan Muharam adalah permulaan bagi kalendar Umat Islam mengikut kalendar hijrah.
Awal Muharram atau Maal Hijrah dan amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi takwim hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Kredit : Jakim
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.