Niat Puasa 1 Muharam



Apa yang dimaksudkan Awal Muharam?


Muharam merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Selain itu, ianya bagi menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Dalam pada itu, Muharam juga adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT terdapat 12 bulan semuanya. la diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.

Ini seperti dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik puasa selepas puasa

Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat pada waktu malam." (Sahih Muslim)

Imam An-Nawawi turut menyatakan puasa paling afdal selepas puasa Ramadan adalah berpuasa pada bulan Muharam.

Menurut kajian, antara hari yang dianjurkan berpuasa adalah pada hari 'Asyura iaitu puasa hari ke-10 dalam bulan tersebut.

Bagaimanapun, dalam mazhab Shafie, ulama menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam.

Antara fadilat terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yg lalu.

Niat Puasa 1 Muharram

Dalam Bahasa Arab, Latin dan Artinya


Berpuasa pada tanggal 1 Muharram dapat dilakukan sebagai bagian dari puasa Muharram. Mengutip NU Online, berikut bacaan niat yang bisa dilafalkan:

نَوَيْتُ صَوْمَ الْمُحَرَّمِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Latin: Nawaitu shaumal Muharrami lilâhi ta'âlâ.

Artinya: "Saya niat puasa Muharram karena Allah ta'âlâ."


Maal Hijrah 1445 H

Doa Awal Tahun


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

                                

Ya Allah ampunilah dosa dosa kami, Ya Allah sanyangilah kami dan tutupilah aib kami, 


Ya Allah tambahkanlah rezeki kami, Ya Allah berilah kami petunjuk, Ya Allah sihatkanlah kami dan Ya Allah maafkan kami.


Ya Allah janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang tidak upaya kami tanggung. Ampuni dan kasihanilah kami.


Ya Allah setiap hari berlalu, umur kami berkurang sehari. Oleh itu izinkan kami lewati hari ini dengan berbahagia, dan ingatkan kami bahawa kami sangat beruntung.


Justeru itu Ya Allah dorongilah kami untuk berbuat baik dan selalu mengucap syukur, kerana kami tidakk tahu bila kami akan dipanggil 'pergi'.


Ya Allah janganlah kami membandingkan ke atas, kerana kami akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kami akan merasa lebih; Ya Allah biarlah kami redha dan merasa cukup dan mensyukuri apa yang kami punyai, 


Ya Allah sedarkan kami bahawa harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan itu hanyalah sementara, hanya pinjaman dari Mu Ya Allah.


Ya Allah ingatkan kami bahawa yang terbaik dan terpenting adalah perilaku yang baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela dan sentiasa mengawal  diri dari melakukan dosa.


Ya Allah muliakanlah kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan.

 

Ya Allah kabulkan cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar.


Ya Allah jauhkan kami dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadah kami dan jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.       


Ya Allah janganlah kami saling membenci, saling mendengki dan saling bermusuhan. Sebaliknya Ya Allah jadikanlah kami hamba2 yang bersaudara. َ


Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ


Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 


Ya Allah bagi mereka yang telah kembali kepada Mu kurniakan nikmat Syurga Mu semasa berada di Alam Barzah.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 


Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                   


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


Kredit : Tele@kitabdoa 


Selamat Berpuasa Semua...


Catat Ulasan

0 Ulasan