Resepi Tempoyak Udang Daun Kunyit
Tempoyak Durian Sedap Di Masak Apa?
Tempoyak Durian Musang King
Tempoyak Udang Daun Kunyit |
Resepi Tempoyak Udang Daun Kunyit
@bonde_cooking_time 🍤Tempoyak Udang Daun Kunyit🍤 #tempoyak #tempoyakdurian #udang #masakantiktok #menukampung #menusimple #menusedap #durianmusangking #myfood #myfoodie #myfoodies #myfoodiesharing ♬ Kalau Lapar Makan Kalau Iri Bilang Bos
Cara Nak Buat Tempoyak Durian
1. Pilih isi durian yang baik sahaja. Asingkan isi durian dengan biji menggunakan sudu
2. Masukkan isi durian yang telah di asingkan, ke dalam bekas. Jangan terlalu penuh, cukup 8/10 dari bekas. Kerana ia memerlukan ruang untuk mengembang.
3. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Proses peram sedang berjalan.
5. Selepas dua hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Tips : Jangan masukkan garam atau gula untuk dapatkan rasa sebenar tempoyak asli yang sedap.
5 Kedai Popular Yang Menyajikan Menu Patin Tempoyak
1. Gobang Maju Patin Tempoyak
Restoran yang sudah lama dibuka ini memang sangat terkenal di Temerloh dengan masakkan ikan berasaskan tempoyak dengan lokasi yang sangat mudah diakses dan juga terletak di tepi Sungai Pahang. Kedai ini sering dikunjungi oleh selebriti untuk mencuba sendiri masakan mereka.
Alamat: Sebelah Petron Temerloh, Jalan Triang, 28000 Temerloh,Pahang.
2. Selera Patin Bangau
Ini adalah di antara restoran terbaik di Pahang yang menyediakan hidangan ikan patin tempoyak. Suasana restoran ini juga membuatkan ada merasa seperti anda sedang berada di kenduri kahwin, memang santai. Makanan yang disediakan di sini memang menyelerakan, harganya pula murah!
Alamat: Jalan Kampung Baru, Kampung Bangau, 28000 Temerloh
3. Restoran Claypot Patin Tempoyak
Patin tempoyak yang dihidangkan panas-panas dalam belanga memang menambah selera. Isi ikan patin yang segar dan tempoyak yang cukup memikat aroma dan rasanya boleh bikin sesiapa sahaja jatuh cinta dengan menu ini. Walaupun begitu, mereka ada ramai peminat dan sebahagian pelanggan mengatakan ia terbaik di Temerloh.
Alamat: No.62, Persiaran 1, Damai Court, Temerloh
4. Gerai Makan Pak Usop (Patin Pak Usop)
Gulai patin tempoyaknya adalah hidangan mereka yang paling popular. Tambahan pula, resepinya adalah turun-temurun milik keluarga pemiliknya. Pak Usop memasak 80 kg ikan patin dalam sehari. Ini menunjukkan ramainya pelanggan yang datang makan di tempat mereka. Malah, jumlah itu dikatakan boleh habis dalam masa kira-kira tiga jam sahaja.
Alamat: B-12, Arked Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Lurah Semantan, Temerloh
5. Kancil Raja Patin
Rupa-rupanya ‘Kancil’ ialah nama panggilan pemillik restoran ini! Ramai yang datang ke sini untuk mencuba patin tempoyak mereka yang memang sedap. Namun, sebenarnya mereka juga memasak patin pais yang tidak kurang hebat. Ia menggunakan resepi turun-temurun keluarga Kancil yang dihasilkan daripada 13 ramuan rahsia.
6 Ulasan
Tempoyak udang daun kunyit ni memang sedap sangat!
BalasPadamTerliur saya dibuatnya.
alahai..sedapnya
BalasPadamyum yum sedapnya
BalasPadamSaya dari Jawa Timur, Indonesia, pernah makan tempoyak semasa bekerja di Kalimantan Barat. Membaca postingan bunda membuat saya rindu makan tempoyak. Di Jawa Timur tidak ada yang jual atau bikin tempoyak 🙈
BalasPadamBoleh meleleh air liur tengok yang ni. haha
BalasPadamnampak sedapnya tetiba rasa nak cari tempoyak pulak dah
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.