Kerabu Maggi Thai



Kerabu Maggi Thai, Pengemar makanan Thailand sudah pasti akan gemar makan Kerabu Maggi ni. Kerabu Maggi Memang ada peminatnya yang tersendiri Rasanya yang masam-masam pedas tomyam tu sangat nikmat, nak-nak letak makanan laut seperti udang, sotong tu lebih lepas tu perah limau dan tabur daun ketumbar lebih emmm memang sedap. 

Baru-baru ni Bonde ke Food Festival Thailand dan order Kerabu Maggi untuk makan disitu.

Kerabu Maggi Thai


Kerabu Maggi Food Festival Thailand Tak Cukup Bahan


Rasa kecewa sebab kerabu maggi yang dipesan tak cukup bahan, makanan laut letak sikit dan tak ada seekor udang pun (mungkin stok udang habis) rasa pun tak menepati citarasa Bonde yang memang love makanan Thai.


gambar ni masa dekat Food Festival Thailand macam tak cukup bahan-bahannya.



Daun ketumbar terlalu sikit ( Bonde suka daun ketumbar banyak , alahai sedih) harga sebungkus RM 12.00.


Buat Sendiri Kerabu Maggi

Rasanya lebih puas hati jika buat sendiri kerabu maggi dan bahan-bahan boleh letak lebih.  Makanan laut yang kita suka pun boleh letak lebih macam dalam gambar iklan di shopee dibawah.

Kerabu maggi nampak lebih menarik dan sedap.


Kerabu Maggi Thai

Bahan-bahan untuk buat Kerabu Maggi Thai

3 bungkus Maggi Thai/Siam

4 biji buah tomato cerry - dibelah dua

1 batang lobak merah - dihiris

1/2 kobis putih - dihiris

1/2 kobis unggu - dihiris

1/2 labu bawang besar (guna bawang besar Holland) 

3 biji cili api - dihiris (jika suka pedas boleh letak lebih) 

1 sudu sos ikan (jenama puteri)

1 sudu air asam limau

3 serbuk rempah maggi thai / siam - (yang ada dalam paket maggi, 1  digunakan untuk celur makanan laut. 2 paket untuk tabur/gaul dalam kerabu).

Segenggam daun ketumbar (kalau suka boleh letak lebih)

Bahan-bahan makanan laut: 

Sotong, Udang, Fish cake, Crab stick, Fish ball (Nak sedap letak lebih makanan laut yang anda suka)

Cara-caranya: 

1. Panaskan air untuk celur makanan laut, Masukkan 1 paket rempah maggi Thai/siam. Tunggu hingga air menggelegak.     Jangan celur terlalu lama, keluarkan makanan laut dan letak didalam bekas.

2. Kemudian celur maggi Thai/siam, bila sudah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk memudahkan proses menggaul kerabu.

3. Kemudian masukkan fish cake, fish ball, crab stik (celur sebentar sahaja, celur secara berasingan)

4. Air rebusan jangan dibuang. Jika suka lembut boleh celur sayur-sayuran seperti lobak merah (Lobak merah segar lebih sedap terasa ranggup bila dikunyah)

5. Kemudian campurkan semua bahan tersebut dengan hirisan sayuran tadi termasuk cili api.

6. Akhir sekali, masukkan 2 paket perasa, sos ikan, air asam limau gaul hingga sebati dan siap untuk dihidangkan 




Maggi Yang Sedap Digunakan Untuk Buat Kerabu Maggi Thai

Maggi Serda


Maggi Serda Warna Merah Tomyam Shrimp adalah maggi yang digunakan untuk menghasilkan Kerabu Maggi Thai yang sedap, Rasa masam tomyam asli, pedas, khusus untuk buat kerabu maggi.






Ia sesuai digunakan untuk buat kerabu maggi kerana magginya kenyal dan sedap.

Kalau anda guna maggi lain tak menjadi kerabu anda nanti.
Tip's: Jangan rebus maggi Serda terlalu lama! jika maggi terlalu kembang kerabu anda akan lembik, rasanya juga tidak sedap !

Selamat Mencuba!


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Alahai...failed plak ye Bonde Kerabu Maggi tu...setuju...buat sendiri lagi puas hati...

    BalasPadam
  2. favourite saya ni bonde.. alahai sedapnya

    BalasPadam
  3. kerabu megi ni kalau buat sendiri yang best bonde.. semua boleh bubuh..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.