بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... Siapa ada Follow drama Perempuan itu? Sejak pertama kali menonton drama ini di Tiktok terus Bonde menaruh minat untuk menonton episod demi episod.
Drama Perempuan Itu
Lama juga penantian menunggu drama ini ditayangkan di tonton pada 1 Jun 2023 yang lalu.
Bonde rasa, drama ni memang sangat menarik untuk ditonton dan drama ini lain dari yang lain nak-nak pertama kali menonton drama arahan Nur Ain Sharif & Isma Yusof dan skrip oleh Erma Fatima, Tak sangka ianya adalah seorang penulis skrip yang sangat hebat.
Drama Perempuan Itu
Episod: 30
Produksi: Rumah Karya Cinta
Lagu Tema: Perempuan - Jacklyn Victor
Senarai Watak Pelakon Drama Perempuan Itu
Mimi Lana sebagai Khalish
Zul Ariffin sebagai Emir
Siti Hariesa sebagai Seira
Amar Asyraf sebagai Aryan
Eman Manan sebagai Ustaz Salahudin
Norish Karman sebagai Khafila
Azizah Mahzan sebagai Saodah
Aleeza Kasim sebagai Farisha
Ismail Yaacob sebagai Ismail Yaacob
Balkisyh Semundur Khan sebagai Musalmah
Erysha Emyra sebagai Wardah
Elfriena Adros sebagai Yasmina
Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai Iqbal
Amir Ahnaf sebagai Remy
Shaidan Izwan sebagai Rafiuddin
Sinopsis Perempuan Itu
Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.
Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish (lakonan Mimi Lana), ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir (lakonan Zul Ariffin). Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.
Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira (lakonan Siti Hariesa).
Emir melayani Seira sama seperti dia bersama dengan Khalish, penuh dengan kasih sayang. Khalish berasa sangat dikhianati, malah jatuh sakit akibat tekanan yang melampau dan kehilangan anaknya dalam keguguran.
Khalish kemudiannya menuntut cerai dengan bantuan Aryan, seorang Peguam Syariah yang juga rakan zaman kanak-kanaknya. Selepas bercerai, Khalish membina sebuah organisasi untuk memperjuangkan pemerkasaan wanita. Dia menjadi terkenal kerana sifat lantang mempertahankan hak wanita.
PENYONDOL? Tidak ada PEREMPUAN sukakan tittle itu. CINTA itu BUTA.
"Seorang isteri yang baik, masih menjaga aib suaminya... walaupun sakit hati, memilih untuk sabar dan hanya Allah tempat mengadu dan memohon pertolongan.. sedangkan ada sahabat yang baik yang selalu ada untuknya".@ermafatimarahmad PENYONDOL? Tidak ada PEREMPUAN sukakan tittle itu. CINTA itu BUTA. #perempuanitu #rumahkaryacitra ♬ original sound - erma fatima
@ermafatimarahmad ALHAMDULILLAHHHH...Akhirnya... Setelah berbagai tohmahan melanda bagai terkena tsunami rakyat Malaysia. Aku masih TEGUH dgn karya ini kerana aku percaya ada yg lbh besar yg ingin aku sampaikan. TERIMALAH SEBUAH KARYA UNTUK YG BERNAMA PEREMPUAN. PEREMPUAN ITU NILAINYA BUKAN PD HARTA ATAU WAJAHNYA..NILAI TERTINGGI YG ADA PD SEORANG PEREMPUAN ADALAH MARUAHNYA...DIMANA TERLETAKNYA MARUAH ITU..? Saksikan mulai esok 1 june 2023 hanya di TONTON. #perempuanitu #rumahkaryacitra ♬ original sound - erma fatima
Nak Full Episod sila ke tonton.com.my
~ Bonde Senyum Riang ~
7 Ulasan
kita tengok slot-slot pendek pun rasa geram je..haha
BalasPadamlayann..:)
BalasPadamSaya dah tengok sikit sikit..Ada ayat padu Dari si Khalish ni.. Salute!
BalasPadamSaya dah tengok sikit sikit..Ada ayat padu Dari si Khalish ni.. Salute!
BalasPadamBoleh saya tahu tak novel ape yg Khalish baca 2
BalasPadamalamak tak tgk la citer ni
BalasPadamsedih pulak baca sinopsis... boleh kemurungan kalau tengok cerita ni
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.