Cara Buat Roti Canai Lembut Dan Ranggup Diluar



Roti Canai adalah menu popular masyarakat Malaysia, Harga sekeping roti canai kini semakin hari semakin naik mengikut harga bahan semasa.  

Jadi untuk menikmati roti canai dengan citarasa sendiri yang lembut dan ranggup diluar lebih puas hati belajar  buat sendiri di rumah.

Cara Buat Roti Canai Lembut Dan Ranggup Diluar

Roti Canai


Pelbagai Variasi Roti Canai


Terdapat pelbagai variasi Roti Canai yang popular dan yang selalu di pesan di Kedai Mamak iaitu :

- Roti canai kosong/biasa
- Roti Canai Bawang
- Roti Canai Telur
Roti Telur Goyang
- Roti Banjir
- Roti Tampal
- Roti Sardin
- Roti Sarang Burung
- Roti Tsunami
- Roti Planta
- Roti Pisang
- Roti Bom
- Roti Tisu
- Roti Susu
- Roti Milo

Macam mana nak buat, Roti Canai Lembut Dan Ranggup Diluar? 

Di bawah ini ada cara bagaimana nak buat :

Roti Canai Lembut Dan Ranggup Diluar


Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum

1  sudu besar majerin

1 sudu besar gula

1 sudu besar susu pekat manis

1 biji telur

Air sejuk secukupnya


Cara-caranya

Dalam mangkuk besar, satukan majerin, susu, gula dan kacau sebati. 

Masukkan telur dan kacau guna hand whisk hingga sebati.

Masukkan tepung gandum dan adun hingga menjadi seperti serbuk roti.

Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan (untuk panduan jumlah air yang gunakan anggaran 150ml)

Tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan selama 10 minit.

Selepas 10 minit uli semula doh (Uli sekejap sahaja anggaran 2-3 minit sahaja)

Tutup semula doh dan rehatkan selama 5 minit.  Kalau rajin boleh ulang uli.

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan (buat rounding)

Sapukan bekas dengan majerin dan sapukan bebola doh tadi dengan majerin, rehatkan doh (dalam bekas tertutup) selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.

Kemudian bolehlah dicanai mengikut kreativiti masing-masing. 

Goreng roti canai dengan api kecil hingga kuning keemasan.

Kredit resepi : linapg.blogspot.com

Roti Canai Sarang Burung Dekat Warung Sirih Pak Manap (Langkawi)


Roti Canai Sarang Burung @ Warung Sirih Pak Manap (Langkawi)

Roti Canai Sarang Burung @ Warung Sirih Pak Manap (Langkawi)

Awal tahun ini, kami sekeluarga pergi bercuti dekat Langkawi, flight awal pagi dan kami sampai-sampai airport Langkawi terus mencari sarapan di area-area airport sahaja.  

Warung ni kami google jer pagi tu, tengok menu menarik jadi terus terjah.  Rupanya warung ni memang popular pada pelancong yang datang bercuti di Langkawi.

Ada pelbagai menu menarik sarapan pagi dekat sini, tertarik dengan Roti Canai Sarang Burung terus pesan satu untuk dimakan.  Roti lembut, daging tu sedap dan telur mata goyang tu memang kesukaan.

Kalau anda ke Langkawi anda harus cuba Roti Sarang Burung di Warung Sirih Pak Manap yang beralamat di Kg Bukit Nau, Mukim Padang Matsirat, Langkawi, Malaysia.  Roti Sarang Burung ni memang sedap dan cukup menyelerakan.  Kalau ke Langkawi pasti repeat makan Roti Canai dekat sini.

Roti Canai Kayu Arang

Roti Canai Kayu Arang

Roti Canai Kayu Arang

 
Kalau anda ke Melaka bolehlah cuba Roti Canai Kayu Arang yang terletak di alamat : 459, Kampung Bakar Batu, 75250 Bandar Melaka, Melaka.  Perkongsian dari rakan blogger ni pun buat Bonde tak sabar nak cuba. 

Roti Canai Sarang Burung Madibest Cafe


Roti Canai Sarang Burung Madibest Cafe

Roti Canai Sarang Burung Madibest Cafe


Kalau anda ke Pasir Gudang, Johor jangan lupa cuba Roti Canai Sarang Burung Madibest Cafe yang terletak di alamat : No 26, Jalan Pelanduk 6, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor.  Nanti kalau ke Johor akan singgah dekat cafe ini.

Jika ada antara Roti Canai yang popular dan viral di tempat anda bolehlah kongsikan di ruangan komen, mana tahu jika terlalu tempat tu bolehlah singgah dan merasa keenakkannya.

~Bonde Senyum Riang~

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.