بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai Pembaca Semua.. Bonde nak kongsikan tentang..
SET MANGKUK TINGKAT KOPETRO CATERING TANDA INGATAN RAMADAN INI
PENGGUNAAN mangkuk tingkat untuk mengirim makanan atau membawa bekal makanan merupakan warisan sepanjang zaman yang sudah menjadi tradisi sejak lebih 100 tahun dahulu. Budaya kiriman makanan dalam mangkuk tingkat atau ‘Tiffin’ ini dikatakan bermula apabila British membawa masuk budaya itu ke Tanah Melayu dari India pada sekitar abad ke-19.
Sehingga kini, budaya yang menjadi simbol kepada semangat persaudaraan dan tanda ingatan itu masih diamalkan oleh sesetengah pihak walaupun tidak serancak dahulu.
Evolusi mangkuk tingkat daripada jenis besi kepada bekas makanan plastik yang lebih efektif memudahkan ia untuk digunakan secara harian. Kebiasaannya, ciri-ciri mangkuk tingkat ini mempunyai dua dan tiga tingkat dan kini menjadi nostalgia untuk ramai orang yang pernah membesar dengannya.
Sempena bulan Ramadan ini, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) melalui anak syarikatnya, KOPETRO Catering memberi anda peluang mengimbau nostalgia melalui Set Mangkuk Tingkat dengan menu-menu yang boleh dinikmati bersama ketika berbuka puasa. Sampaikan Set Mangkuk Tingkat yang dilengkapi juadah berbuka puasa enak kepada pekerja atau klien anda dengan harga RM88.00 sahaja.
Terdapat beberapa variasi menu yang boleh dipilih dan diubah suai mengikut selera anda. Menu pertama yang penuh berkhasiat dilengkapi Nasi Putih, Udang Masak Lemak, Ayam Masak Merah, Sayur Campur, buah dan kurma, yang disediakan dalam set Tiffin menarik dan air mineral sebagai minuman. Menu pilihan kedua pula adalah Nasi Putih, Daging Masak Hitam, Ayam Goreng Berempah, Acar Rampai, buah dan
kurma di dalam set Tiffin beserta air mineral.
Pilihan juadah menu ke-3 yang boleh dinikmati melalui Set Mangkuk Tingkat ini dilengkapi Nasi Beriani, Rendang Ayam, Kari Kambing, Acar Rampai, buah dan kurma, juga dalam set Tiffin berkualiti selain air mineral.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Set Mangkuk Tingkat daripada KOPETRO Catering ini boleh dinikmati sendiri atau dihadiahkan kepada rakan perniagaan sebagai tanda ingatan dan mengukuhkan hubungan perniagaan.
“KOPETRO membuka peluang kepada masyarakat atau mana-mana sektor korporat yang ingin mengeratkan silaturahim dengan menyampaikan juadah berbuka puasa dalam bentuk Set Mangkuk Tingkat ini. Tradisi yang menjadi simbol kepada semangat persaudaraan ini jelas mendatangkan pelbagai manfaat dan harus dikembalikan untuk
memupuk generasi akan datang,” ujar Ahmad Shakir.
Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan Set Mangkuk Tingkat atau mendapatkan butiran lanjut boleh menghubungi talian 03-21613516 atau 012-3236519.
Selain itu, anda juga boleh menghantar emel ke catering@kopetro.com.my sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.
Pelanggan juga boleh melayari laman web rasmi KOPETRO Catering di
www.kopetrocatering.com.my atau ikuti KOPETRO Catering di Facebook dan Instagram untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO Catering.
KOPETRO Catering Sdn. Bhd. mempunyai pengalaman hampir 40 tahun dalam perniagaan katering dan perkhidmatan makanan. Bermula dengan perniagaan katering kecil pada tahun 80-an, KOPETRO Catering kini menjadi pilihan katering utama untuk bilik mesyuarat dan ruang jamuan bagi syarikat swasta dan badan kerajaan. Selain itu, perkhidmatan katering untuk mana-mana perniagaan, sektor korporat, mesyuarat dan
pelbagai jenis acara juga disediakan oleh KOPETRO Catering.
Sebilangan besar makanan yang disediakan oleh KOPETRO Catering disediakan di sebuah dapur setempat yang moden dan dikendalikan oleh pekerja profesional yang mampu menyediakan pelbagai menu halal menepati citarasa tempatan dan antarabangsa. KOPETRO Catering dibarisi kakitangan yang berpengalaman dan terlatih dalam melayani permintaan pelanggan untuk menjadikan kelancaran perjalanan majlis seperti yang diidamkan.
Moga info ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kongsikan jika ianya menarik.
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
Sedap2 menu dia.. Yummy😋
BalasPadamSohbet Sohbet odaları
BalasPadamMobil Sohbet Mobil sohbet odaları
Pilihan lauk pauk dia pun menarik...
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.