بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamuaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua, Bonde nak kongsikan resepi Resepi Tumis Kulat Sisir.
Resepi ni adalah resepi yang selalu dimakan pada zaman kanak-kanak. Selain tumis, kulat sisir sedap dimasak lemak cili api, sambal taun, masak lemak putih... ishhh sedap tau! sedap makan dengan nasi panas.
Kulat sisir ni dulu mudah didapati dibatang pokok getah. Maklumlah dulu rumah dikampung memang sekelilingnya ada pokok getah. Jadi jika ada pokok yang tumbang, dengan mudah kulat sisir ini muncul.
Resepi Tumis Cili Api Kulat Sisir
Bahan-bahannya
1 pack kulat sisir
4 ulas bawang merah (dicopper)
4 ulas bawang putih (dicopper)
10 biji cili api (dicopper)
2 gm ikan bilis (dicopper)
sedikit minyak
sedikit garam
Cara memasak :
Mula-mula rendam kulat sisir biarkan kembang.
Panaskan minyak
Tumis bahan-bahan yang dicopper hingga garing.
Masukan kulat sisir, gaul rata dengan bahan tumisan.
Masukkan garam ikut selera nak banyak mana.
Siap untuk dihidangkan.
@bonde_aisheteru Tumis Cili Api Kulat Sisir #inspirasiseruramadan #inspirasiramadan #menujuhalal #jommasak #resepimudahsimple #halalfood #resipilokal #racuntiktok #sukamasak #VideoMasakmasak #contentmasakmasak #ResepiViral #MasakTikTok ♬ Anak Kampung Tiap Hari Luntang Lantung (Remix) - Edo
5 Cendawan Boleh Dimakan Dan Cara Memilihnya
Ada banyak jenis cendawan tumbuh selepas hujan, kalau nak tahu ianya boleh dimakan atau tidak anda baca info 5 Cendawan Boleh Dimakan Dan Cara Memilihnya
Selamat mencuba! Resepi ni sesuai dimakan waktu berbuka puasa.
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
sedap nya bonda. feveret ni
BalasPadamWah, sedap ni boleh cuba la nanti. Tak pernah masak kulat sisir: hee
BalasPadamtak penah buat lagi ni bonde tq resepi
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.