Resepi Cencaru Sumbat Kelapa



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua...

Bonde nak kongsikan resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Jika ada yang teringin buat dan makan bolehlah ikut resepi ini.  Cara nak buat yang sangat mudah dan ringkas.  Bolehlah buat Menu Berbuka puasa nanti.

Bonde buat ni untuk seekor ikan cencaru saiz sederhana.  Kenapa buat satu? sebab ahli keluarga yang lain tak gemar makan menu macam nih.  Mereka lebih gemar makan ikan bakar.

Resepi Cencaru Sumbat Kelapa



Bahan-bahan :

Seekor ikan cencaru (belah bahagian belakang dan perut)

Bahan Kelapa sumbat :

Kelapa parut gunakan suku sahaja

1 biji bawang merah (copper kasar)

4 ulas bawang putih (copper kasar)

2 sudu cili api yang telah siap dimesin

serbuk kunyit

sedikit garam

Bahan untuk salut ikan

1 biji telur 

sedikit lada sulah

Sedikit minyak

Cara-cara memasak :

letak kelapa parut dalam dulang, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api, serbuk kunyit dan sedikit garam gaul rata-rata di seluruh kelapa parut.

Kelapa parut yang telah siap, Sumbat kedalam perut dan belakang ikan cencaru.




Pecahkan telur kocakkan dengan lada sulah.  Ambik ikan yang telah disumbat kelapa tu golek-golekkan dalam bancuhan telur.

Panaskan minyak dan gorengkan ikan, gunakan api kecil biarkan ikan masalah  dengan terbalikkan sebelah-sebelah hingga masak merata.


@bonde_cooking_time Cencaru Sumbat Kelapa #inspirasiseruramadan #inspirasiramadan #myfood #myfoodies #myfoodiesharing #masakansimple #masakantiktok #masakannusantara #resepi #masakankampungtapienak ♬ Tari-Tari Wau - Mohram

Resepi ni sedap makan dengan kuah kicap dan bersama nasi panas!  Selamat Mencuba.

 
~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.