بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai pembaca semua.. Bonde nak kongsikan tentang Majlis Pelancaran...
Delivery Hero Melancarkan bekal by foodpanda, satu-satunya Armada Penghantaran Makanan yang Diperakui Halal di Malaysia
Platform penghantaran global menawarkan penghantaran halal menyeluruh untuk pelanggan di Malaysia
Pencinta makanan kini boleh menikmati makanan halal yang dihantar kepada mereka dengan selamat melalui bekal by foodpanda. Armada penghantaran yang baru dilancarkan ini merupakan satu-satunya platform penghantaran di Malaysia yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Dari saat pesanan dibuat dengan vendor yang disahkan halal di aplikasi foodpanda hingga pesanan sampai ke rumah pelanggan, bekal by foodpanda menjaga integriti dan kesucian halal sesuatu produk, merentasi setiap langkah proses penghantaran. Bagi memastikan peringkat terakhir proses penghantaran makanan dalam talian mematuhi keperluan halal, bekal by foodpanda telah mewujudkan armada halal yang dilengkapi dengan beg penghantaran khas bagi produk halal dan penghantar diberikan latihan khusus mengenai kesedaran halal dan sertu.
Sayantan Das, Ketua Pegawai Eksekutif bekal by foodpanda. |
“Kami melihat permintaan yang semakin meningkat di kalangan pelanggan untuk perkhidmatan penghantaran yang diperakui halal secara menyeluruh, dan ia penting kepada kami untuk memberi pelanggan jaminan yang mereka perlukan. Hari ini, saya amat berbangga kerana kami adalah satu-satunya armada penghantaran makanan yang disahkan halal di Malaysia. Diperakui Halal bermakna semua pelanggan boleh menaruh kepercayaan terhadap kami dalam hal pematuhan piawaian kebersihan dan keselamatan makanan yang paling ketat,” kata Sayantan Das, Ketua Pegawai Eksekutif bekal by foodpanda.
“Tambahan pula, pelanggan kami yang beragama Islam akan lebih yakin bahawa armada yang diperakui halal ini mempunyai penunggang yang dilengkapi peralatan terbaik di negara ini untuk menghantar makanan halal dengan cara yang selamat dan terjamin. Kami memastikan bahawa setiap penghantaran dilakukan dengan kepatuhan penuh kepada prinsip-prinsip halal, tanpa risiko makanan itu dicemari oleh makanan yang tidak halal,” tambah beliau.
Bagi vendor foodpanda yang terdiri daripada vendor-vendor dan jenama-jenama yang telah diperakui halal, bekal by foodpanda akan menjadi satu-satunya rakan kongsi penghantaran.
yang akan mengekalkan integriti halal menyeluruh bagi produk dan jenama mereka. Peniaga yang belum disahkan halal tetapi berhasrat untuk mendapat pensijilan halal juga boleh turut serta dalam latihan kesedaran halal dan pensijilan halal yang telah dirancang oleh bekal by foodpanda bagi menyokong hasrat Kerajaan dalam mengembangkan ekosistem vendor halal di negara ini.
Dato’ Dr Mohd Na’im Bin Mokhtar |
Dalam majlis pelancaran bekal by foodpanda di Cyberjaya semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Dr Mohd Na’im Bin Mokhtar berkata, “Saya berasa bangga melihat bekal by foodpanda mengambil langkah proaktif dan memberi komitmen yang serius dalam sektor penghantaran makanan halal khususnya dalam usaha memperoleh sijil halal. Platform ini akan memperkukuhkan lagi agenda Kerajaan dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana menjadi peserta aktif dalam ekonomi halal domestik serta memberikan mereka sokongan dalam menyertai perniagaan digital secara berterusan.”
bekal by foodpanda dilancarkan di Putrajaya pada 2022 dan dijangka akan berkembang ke kawasan kejiranan lain di seluruh Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Projek rintis ini menerima respons yang sangat positif daripada pelanggan, vendor dan rakan penghantar.
“Dengan adanya sijil halal, kami berbangga kerana dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi halal tempatan. Sektor makanan halal di Malaysia dijangka bernilai RM201.02 bilion menjelang 2025. Kami ingin menunjukkan komitmen kepada pelanggan Muslim kami bahawa bekal by foodpanda memenuhi keperluan kesucian barangan makanan halal mereka, ketika mereka membuat pesanan makanan atas talian dari platform kami. Kami gembira kerana dapat memberi keselesaan dan jaminan kepada pelanggan semasa mereka memesan dan mengambil makanan mereka,” kata Sayantan.
Industri halal dijangka menyumbang 8.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan menjana hasil eksport RM56 bilion menurut Rancangan Malaysia Ke-12. Kerajaan telah mengenal pasti industri halal tempatan sebagai sektor strategik dan berimpak tinggi, dan industri ini bersedia untuk menerokai pasaran halal global yang dianggarkan mencecah RM22.34 trilion menjelang 2030.
bekal by foodpanda kini beroperasi di Putrajaya dan akan diperluaskan ke semua kawasan di Lembah Klang menjelang Julai 2023, dengan rancangan perluasan berikutnya di seluruh negara. Pelanggan dalam zon penghantaran bekal by foodpanda boleh memesan barangan makanan mereka daripada vendor yang disahkan halal, yang disenaraikan di bahagian khusus ‘bekal’ di dalam aplikasi foodpanda. Vendor di bawah program itu akan ditanda ‘halal’ di aplikasi.
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.