Tidur Lena dan Badan Lebih Bertenaga Dengan Eskayvie Mindtropic
Tahun ni seperti biasa umur Bonde bertambah satu tahun lagi. Bila umur semakin meningkat ni, semakin banyak tekanan yang akan Bonde lalui dan ia akan mempengaruhi kehidupan Bonde. Antaranya adalah tekanan di tempat kerja, kesihatan dan keluarga. Bermula daripada tekanan ini juga ia akan mempengaruhi tidur Bonde.
Kat sini Bonde nak story sikit pengalaman apa yang Bonde lalui seharian bila tak dapat tidur yang berkualiti. Satu perkara yang Bonde perasan tahun lepas, Bonde alami masalah sukar nak tidur malam dan susah sangat nak dapat tidur yang berkualiti berbanding sebelum-sebelum ini.
Kalau baring waktu nak tidur tu, nak terlelap tu susah betul! Kadang tu sampai berjam-jam nak bagi mata terlelap. Otak ni dok pikir macam-macam perkara. Memang stres kita dibuatnya bila tak dapat tidur ni. Dah la keesokan paginya nak pergi kerja.
Waktu Siang Semasa Bekerja Di Pejabat
Kira-kira jam 10.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari.
Setiap hari pada waktu ini, Bonde akan jadi sangat letih dan cepat mengantuk disebabkan malam tak cukup tidur. Kadang-kadang tu waktu tengah berkerja, Bonde terpaksa ambil masa beberapa minit untuk lelapkan mata sehingga ditegur oleh rakan sepejabat. Keadaan ini boleh dikatakan terjadi pada Bonde setiap hari.
Waktu Petang Sewaktu Pandu Kereta Untuk Pulang Ke Rumah
Kira-kira jam 6.00 petang hingga jam 7.00 malam.
Waktu memandu untuk pulang ke rumah, automatik mata Bonde akan jadi mengantuk. Kadang tu dalam kesesakan jalan raya pun Bonde boleh terlelap tau. Ini lebih parah kalau Bonde tertidur waktu memandu dan berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan.
Waktu Malam Di rumah
Jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi
Waktu ini sepatutnya Bonde rehat dan tidur! Tetapi malangnya, walau pun penat seharian di pejabat dan mengantuk tapi Bonde masih sukar untuk tidur. Puas lelapkan mata tapi tetap tak boleh tidur.
Bila mata ni tak boleh nak lelap, tangan tu mulalah mencapai handphone scroll-scroll dan layan Tiktok sampai la lewat pagi. Sedar-sedar jam dah menunjukkan 5.00 pagi. Walau mata tu mengantuk tapi nak lelapkan mata tu memang susah. 6.00 pagi dah bersiap-siap untuk ke office pulak. Nak taknak kena juga bangun dan bersiap.
Begitulah rutin setiap hari yang Bonde lalui. Bila di office mata jadi letih dan mengantuk sebab malam tak dapat tidur. Macam mana nak buat kerja? Level mengantuk tu memang tak boleh bawa bincang! Kadang jadi stres sebab mata mengantuk, kerja pula banyak. Sampai tak boleh fokus dengan kerja.
Bagi Bonde, perkara ni sangatlah tidak baik kerana jika dibiarkan berlarutan, lama-kelamaan ia akan memberi kesan yang buruk kepada prestasi kerja Bonde sendiri. Bonde sedar kerja tu satu amanah yang diberikan dan Bonde nekad nak ubah masalah sukar tidur yang Bonde lalui ni.
Tidur Lebih Mudah Dengan Eskayvie Mindtropic
Eskayvie Mindtropic ni diformulasikan oleh formulator produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob. Beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Eskayvie Mindtropic ni beliau hasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi untuk membantu menyokong kesihatan minda dan memudahkan penggunanya mengatasi masalah susah tidur serta mendapatkan tidur yang nyenyak.
Kelebihan Eskayvie Mindtropic
Manfaat Eskayvie Mindtropic
Jadi anda yang ada masalah sukar tidur malam macam yang dilalui Bonde, boleh la cuba Eskayvie Mindtropic ni untuk atasinya. Oh ya… Selain daripada mudah tidur, banyak lagi kelebihan yang ada pada Eskayvie Mindtropic ni ya. Antaranya adalah:
- Mengatasi gejala Brain Fog (kabut otak)
- Merangsang perkembangan sel otak
- Menguatkan memori
- Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
- Menjadikan mood & emosi lebih terkawal
- Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
- Menjadikan lebih ceria & gembira
- Meningkatkan kesihatan tulang & otot
5 Bahan Utama Eskayvie Mindtropic
Eskayvie Mindtropic diformulasikan daripada 5 bahan utama yang banyak kebaikan dan manfaat. Di bawah ni adalah 5 bahan utama yang ada di dalam Eskayvie Mindtropic.
1. PHOSPHATIDYLSERINE
- Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.
Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA dari usia asal.
Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak spt neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir pada tahap optima.
2. ASHWAGANDHA KSM-66
Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.
Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
3. BACOPA MONNIERI
Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
4. MAGNESIUM
Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.
Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).
5. SELENIUM
Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic
- Eskayvie Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.
- Bagi orang dewasa 18 tahun ke atas, disyorkan untuk mengambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.
- Bagi kanak-kanak berumur 13-17 tahun disyorkan mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.
Cara simpan pula adalah di bawah suhu 30°C dan terlindung daripada cahaya kelembapan.
Feedback Pengguna Eskayvie Mindtropic
Di bawah ni pula adalah antara testimoni daripada para pengguna lain yang dah cuba Eskayvie Mindtropic.
Banyak lagi sebenarnya maklumbalas penggunaan Eskayvie Mindtropic ni. Anda boleh cari di media sosial Eskayvie. Mereka ada kongsikan di sana.
Alhamdulillah dengan Eskayvie Mindtropic ni, masalah susah tidur yang menghantui Bonde tahun lepas akhirnya dapat diatasi. Kini Bonde dah mudah tidur awal, lebih bertenaga dan ceria bangun pagi. Walaupun kadang tu tidur lewat tapi keesokannya badan tetap tak letih dan lesu. Kat pejabat pun dah tak mengantuk lagi dan dapat buat kerja dengan lebih produktif.
Katakan Tidak Kepada Stres Dengan Semburan Aromaterapi Eskayvie Neuscential Inspire
Eskayvie telah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Eskayvie Neuscential Inspire yang berbentuk semburan aromaterapi. Produk ni sangat bagus digunakan bersama Eskayvie Mindtropic untuk kesan yang lebih baik. Ia memudahkan pengguna mendapatkan tidur yang berkualiti serta membangkitkan mood positif setiap hari.
Hanya sembur di telapak tangan dan hidu setiap pagi sebelum keluar ke tempat kerja. Boleh juga sembur di badan atau di persekitaran untuk memberikan rasa tenang bagi memulakan hari.
Di bawah adalah antara kebaikan Eskayvie Neuscential Inspire:
- Mengurangkan anxiety
- Meningkatkan mood dan memberi kesan relaks
- Mengurangkan stres
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Mengurangkan keradangan terutama keradangan dibahagian otak yang menyebabkan masalah neurodegenerasi seperti Parkinson, Alzheimer dsb.
Masalah susah nak tidur dan tidur tak lena ni memberikan banyak keburukan kepada kehidupan dan kesihatan kita. Jika korang ada masalah ni, cepat-cepat la atasinya dan jangan biarkan ia berlarutan. Macam Bonde, bila tak dapat tidur yang cukup, kesannya prestasi kerja Bonde memang merosot.
Anda yang berminat nak cuba Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Neuscential Inspire ni boleh dapatkannya di website dan media sosial Eskayvie.
WEBSITE
https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq
#EskayvieMindtropic #JanganStresStres
21 Ulasan
Saya nak try juga ni bonde. Umur dah meningkat ni faham faham jela kan
BalasPadamBetul tu..Bonde lagilah tak tahu apa penyakitnya mudah sangat letih dan lesu...
Padambagus untuk kesihatan badan ni..:)
BalasPadamYea Betul...Kena cuba baru tahu, bangun pagi segar sejak amalkan Eskayvie Mindtropic
Padambetul la tu tido mesti kena lena tanpa gangguan
BalasPadammmg efek tenaga lebih
seminggu 2 ni badan asyik letih aje, bagus juga produk ni
BalasPadamAshwaganda tu memang bagus..no wonder la mindtropic ni memang merehatkan..
BalasPadamTidur lena baru lah esok proaktif!
BalasPadamItu yang orang cakap kekayaan tak boleh beli tidur yang lena. Tapi dengan bantuan suplemen boleh membantu dapat tidur yang lena kan.
BalasPadamItu yang orang cakap kekayaan tak boleh beli tidur yang lena. tapi dengan bantuan suplemen boleh membantu tidur yang berkualiti,
BalasPadamMacam menarik produk ni...memang kena cuba ni
BalasPadamBab tidur ni memang kena cukup jamnya. Kalau tak badan sukar nak bangun esok hari. Dengan adanya produk ni jadikan tidur lebih lena
BalasPadamMasalah tidur ni sebenarnya ramai juga yang hadapi. Bersyukur kan dijumpakan dengan supplement yang betul2 serasi dan membantu masalah yang dihadapi.
BalasPadamMoga dengan asbab amik supplement ni, Allah beri kesihatan yang lebih baik. InshaaAllah.
BalasPadamThanks for sharing this Eskayvie Mindtropic supplement for those that in need for good sleep. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamBetul bonde, dah naik umur mmg susah la nak tdur ...lepas tu siangnya boleh buat mood ke laut pulak bila x cukup tdur .. alahai,.mmg ada masa berperang juga nak dptkan tdur yg cukup.
BalasPadamSaya pun pernah alami masalah macam ni kadang tak boleh lena sampai ke pagi, menarikk produk ni boleh cuba. Moga diberi kesihatan yang baik untuk bonde ya.
BalasPadamkalau susah tidur mmg bg kesan kan keesokkan hari sbb kita tak cukup rehat, pastu rasa tak fresh. penah juga rasa mcm ni, take time utk dapat waktu tidur yg normal smula
BalasPadamBetul tak boleh biarkan. Bahaya untuk kesihatan kita. Memang sakit lemguh2 rasa badan kan
BalasPadamAlhamdulillah bonde. Kalau dah jumpa yang sesuai dan serasi dengan diri, better teruskan. Tidur ni memang penting, bila kita dapat deep sleep, bangun pagi mmg fresh. so kita pun efektif 💪
BalasPadamtidur sangat penting tau.. kalau tak cukup boleh datangkan bahaya jugak pada badan dan emosi
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.