Resepi Masak Jangek Lemak Cili Api



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hai Pembaca semua.

Bila tiba bulan Ramadan menu-menu berbuka dan bersahur adalah menu yang mengamit memori.  Teringat zaman anak dara menu masakan Mak adalah paling dirindui dan diingati.  

Walaupun menu-menu biasa citarasa orang kampung ianya tetap menjadi ingatan. Dulu Arwah Mak dan Ayah memang orang terpenting dekat kampung setiap kali rewang.  Arwah Mak dan Ayahlah yang sering ada dekat ruang dapur tuan rumah. jika tuan rumah tumbangkan lembut, maka kaki lembu akan jadi milik ketua penanggah masa tu... Tak perlu berebut pun sebab tak ada orang yang nak kaki lembu tu.

Jadi Arwah Ayah akan bawa balik menjalankan proses bakar, kikis dan jemur kulit lembu dan bahagian tulang selalunya dibuat sup atau masak lemak cili api. 

Teringat masakan Mak kulit lembu masak lemak cili api.  Jadi menu tu sekarang Bonde kalau teringin nak makan beli jer kulit lembut siap diproses. Satu bekas RM 16.00.




Resepi Masak Jangek Lemak Cili Api


Jangek : Kulit Lembu



500 gram Jangek (kulit lembu yang siap direbus hingga lembut)
10 biji cili api hijau (copper kasar)
1 ulas bawang besar (copper kasar)
5 ulas bawang putih (copper kasar)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu garam
1 sudu cukup rasa maggi
8 biji belimbing buluh (belah dua)
2 biji tomato (belah empat)
1 kotak santan ayam brand (kecil)
sedikit air


Cara-cara memasak :

Masukkan jangek yang siap direbus kedalam periuk, masukkan bahan-bahan yang telah dicopper cili api, bawang merah dan bawang putih, masukkan serbuk kunyit dan sedikit air, buka api kecil dan kacau semua bahan-bahan hingga rata dan biarkan kuahnya mendidih.

Selepas kuah telah mendidih masukkan santan, garam, cukup rasa maggi dan kacau rata.  

Selepas kuah sudah matang, Masukan belimbing buluh kacau rata dan last sekali bolehlah masukkan tomato.


@bonde_cooking_time Masak Jangek Lemak Cili Api #inspirasiseruramadan #inspirasiramadan #menukampung #myfood #myfoodiesharing #foodie #MasakanBukaPuasa #MenuMasakanSimple #VideoMasakmasak #MasakTikTok #Masakansimple #IdeaMasakanSimple #menumasakankampung #InspirasiMasakan #ResepMakananTikTok #ResepMasakanEnak #IdeMasakanEnak ♬ original sound - Haziq Rosebi - HAZIQ ROSEBI
Menu ni sedap makan dengan nasi panas, Boleh dijadikan menu berbuka puasa.  Selamat Mencuba.



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. oh jangek tu kulit lembu...1st time dgr

    BalasPadam
  2. sedap ni bonde..klu raya haji mesti carilah..cik nor msk kari..:)

    BalasPadam
  3. SA orang NS pun x pernah masak sendiri jangek..selalu beli je..boleh la cuba masak nanti..tapi tu la..mahal la yang dah siap proses ni kan..nak proses sendiri memang takde laaa

    BalasPadam
  4. First time dengar jangek. Rupanya kulit lembu. Tq bonde sharing pasal ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.