Tertarik Betul Dengan Perodua Axia 2023



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua... Baru-baru ni Perodua telah melancarkan Axia 2023.

Menarik pulak Axia 2023 ni... Disebabkan ianya menarik Bonde nak kongsikan tentang Axia 2023 ni dengan anda semua.  Apa bezanya Axia yang Bonde ada dengan Axia 2023.

Tak heranlah Perodua Axia sekarang ada banyak diatas jalan raya.

Sememangnya Axia merupakan antara kereta pilihan paling popular bagi kereta yang bersaiz tidak terlalu besar namun lengkap dengan ciri-ciri yang menarik.

Baca : pasang kepala gas

Tertarik Betul Dengan Perodua Axia 2023


Perodua Axia sesuai untuk kegunaan mahasiswa, golongan bujang mahupun keluarga kecil.

Kereta Perodua Axia antara kereta yang paling laris buat masa sekarang. Sesuai untuk perjalanan dalam bandar kerana kereta axia jimat minyak. Harga amat kompetatif dan boleh dikatakan murah.



Bagi yang mempunyai bajet yang rendah, Perodua Axia adalah pilihan terbaik harganya yang murah dan sangat berbaloi bertepatan dengan ciri-ciri yang ada padanya.

Perodua Axia Jimat Minyak


Pengunaan minyak Perodua Axia 2023 adalah dalam anggaran 27.4 KM/L. Perodua Axia sangat menjimatkan!


Perodua Axia 2023 menawarkan rekabentuk yang lebih bergaya, sistem keselamatan yang ditambahbaik, serta teknologi yang lebih canggih.

Semi Bucket Seat with Semi Leather

Push Start/Stop Button

265L Luggage Space Capacity
Harga Terkini Axia 2023


Model terbaru ini mempunyai empat varian ditawarkan pada harga :

  • G – RM38,600
  • X – RM40,000
  • SE – RM44,000
  • AV – RM49,500

Lima warna ditawarkan iaitu:

  • Granite Grey (kelabu)
  • Lava Red (merah)
  • Glittering Silver (perak)
  • Ivory White (putih, solid)
  • Coral Blue (biru, warna baharu).



Perbezaan Harga kereta Axia bagi varian 2022 adalah seperti berikut :

VarianAxia 1.0 AVAxia 1.0 SEAxia 1.0 STYLEAxia 1.0 GXTRAAXIA 1.0 GAxia 1.0 (M)
HargaRM 41,427RM 37, 5151RM 37,515RM 33, 940RM 32, 485RM 23,367

Untuk makluman anda, terdapat 6 varian Perodua Axia 2022 di pasaran :

  • 1.0 AV – Automatik
  • 1.0 SE – Automatik
  • 1.0 STYLE – Automatik
  • 1.0 GXTRA – Automatik
  • 1.0 G – Automatik
  • 1.0 E (M) – Manual
Butiran bagi ciri-ciri dan spesifikasi bagi setiap varian boleh dirujuk dalam jadual di bawah.

Secara keseluruhannya, perbezaan ketara antara setiap varian adalah terletak pada spesifikasi ciri keselamatan serta penambahan aksesori-aksesori yang dirasakan perlu.

Kesemua varian Axia turut tergolong dalam Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), jadi penggunaan bahan api pastinya tidak akan membebankan pemilik.

Berikut kami senaraikan Harga Axia 2022 beserta spesifikasi dan jumlah pembayaran bulanan bagi loan kereta ini.



Simpan sini untuk rujukan anda semua... Axia Bonde InsyaAllah lagi 4 tahun akan habis buat ansuran di bank.  

Perodua Axia memang sangat menjimatkan paling jauh Axia Bonde dah sampai ke Kuala Kedah (Utara) Dan Teluk Cempedak, Pahang (Pantai Timur) dan dah pernah naik Genting Highlands.

Syukur Alhamdulillah selamat pergi dan balik.  Perodua Axia juga sangat membantu Bonde nak ke pejabat hari-hari.  Duit minyak memang save isi full tank boleh tahan seminggu perjalanan dari rumah ke Cyberjaya dengan traffik jem di beberapa traffik light tetap jimat minyak.

Bayaran ansuran bulanan juga rendah....

Jadi pilihan adalah ditangan anda. Sama ada nak jimat atau nak bergaya tapi hidup sengsara dengan komitmen bulanan yang tinggi.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Booking cepat bonde...nak dapat lama 6-7 bulan..SA barukuar axia style beli utk dania tu 7 bulan baru dapat...jenuh...la ni axia baru ni dah 6000 unit orang booking...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.