Review Bunian The Haunted Cafe, Kampung Hulu Melaka.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua... Sudah mula cuti sekolah mesti anda semua tercari-cari destinasi percutian untuk keluarga.  Anak-anaklah paling gembira kerana masa yang di tunggu-tunggu adalah cuti persekolahan.


Nakkan suasano katanya! Cafe hipters gituu Lokasi bersebelahan dengan tempat Makan Food Avenue atau Cendol Kg Hulu yang popular dekat cruise lalu. 

Sign Board Bunian The Hunted Cafe

Berhadapan dengan depan pintu masuk dekat dekat Ghost House tu.. Kena naik tingkat atas, tangga memang gelap yea... nak naik atas tu pun dah menyeramkan... 

Dekat atas tu, ada kaunter tempat untuk booking meja... kalau ramai kena beratur waiting list... 

Order makan terlebih dahulu dan bayar sementara tunggu turn. 

Cara nak bayar hanya boleh guna Cash, Qr code dan transfer (debit card dan kreadit card tak boleh guna) Kemudian bila dah sampai turn anda crew akan bagi lilin dan kena turun tingkat bawah untuk ke cafe.



(Sebab apa bagi lilin tangga turun pun gelap yea) macam masuk rumah hantuuu💀🧟‍♀️🧛🏿‍♀️ Kalau ada lemah jantung baik jangan masuk yea...takut terkeluar jantung tu sebab terperanjat. 

Masuk jer pintu tu, pasti terperanjat hantu jadi waiter dalam cafe yea Hantu-hantu akan datang dari meja ke meja yea untuk menyapa anda... (memang betullah dia kata makan bersama hantu)


Deco Bunian The Haunted Cafe, Kampung Hulu Melaka 


Patung Cik Ponti pun banyak yea tergantung-gantung dan lebih seram dekat dalam cafe pasang lagu muzik seram...

Slot Berjoget Bersama Hantu

Ini juga masa yang ditunggu-tunggu untuk melihat hantu berjoget.  Hantu akan menjemput pelangan untuk berjoget bersama..   Sementara tunggu makanan sampai boleh tengok show dari hantu-hantu nih.

Seram Ke Bunian The Haunted Cafe, Kampung Hulu Melaka?


Bagi Bonde Bunian The Haunted Cafe, Kampung Hulu Melaka ni tak lah seram mana? Rasa teruja nak masuk dan melihat dari dekat, Ianya cafe yang lain dari yang lain berkonsepkan hantu.

Ini adalah kali pertama Bonde masuk cafe macam nih...


Takut ke tu?

Acah-acah seram

Alamak hantu The NUN datang pulak...



Menu Bunian The Haunted Cafe

Menu yang dihidangkan dalam cafe ni ialah menu western dan harga pula standart harga cafe-cafe viral yang ada. 

Makan dalam suasana suram dan muzik horor non stop. Barulah ngam dengan nama Bunian Cafe kan!!!! Siap ada show!! Bila dan tutup lampu tu... korang jangan tutup mata lak... Gelap gelita pastu hantu-hantu menari .... nak suasano kan!

Menu Bunian The Haunted Cafe


Food yang dihidangkan kat sini western yea... asam pedas semua tu tak ada! Makanlah dekat Food Avenue sebelah 😂😂😂 

Bonde pilih untk makan fish filet with fries Dan Kanda Deep Fried Chicken Chop

Deep Fried Chicken Chop



Fish Filet With Fries


Bunian The Haunted Cafe, not recommended!


Cafe ni tak sesuai untuk anda yang dewasa memang penakut dan kanak-kanak kecil yang memang penakut hantu-hantu macam nih!  Pelanggan datang nak chil-chil sahaja bukan nak dengar tangisan anak anda sepanjang berada dicafe ini.

Cafe ini tidak sesuai untuk warga emas dan OKU yang berkerusi roda.  Sebab tak ada akses untuk mereka.  Tanga tinggi semasa naik ke kaunter dan tangga nak turun ke cafe pun sama tinggi boleh tengok dalam video dibawah.



Anda boleh call number dalam poster untuk booking meja! 

Beroperasi dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam dan tutup pada hari Rabu.


@bonde_aisheteru 📍🧟‍♀️BUNIAN The Haunted Cafe, 🧟‍♂️ Kampung Hulu,Melaka Nakkan suasano katanya! Cafe hipters gituu Lokasi bersebelahan dengan tempat Makan Food Avenue atau Cendol Kg Hulu yang popular dekat cruise lalu . Berhadapan dengan depan pintu masuk dekat dekat Ghost House tu.. Kena naik tingkat atas, tangga memang gelap yea... nak naik atas tu pun dah menyeramkan... Dekat atas tu, ada kaunter tempat untuk booking meja... kalau ramai kena beratur waiting list... Order makan dan bayar sementara tunggu turn. Cara nak bayar hanya boleh Cash, Qr code dan transfer (debit n kreadit x boleh guna) Kemudian bila dah sampai turn dia akan bagi lilin dan kena turun tingkat bawah ke cafe nya. (Sebab apa bagi lilin tangga turun pun gelap yea) macam masuk rumah hantuuu💀🧟‍♀️🧛🏿‍♀️ Kalau ada lemah jantung baik jangan masuk yea... takut terkeluar jantung tu sebab terperanjat. Masuk jer pintu tu, pasti terperanjat hantu jadi waiter dalam cafe yea Hantu-hantu akan datang dari meja ke meja yea (memang betullah dia kata makan bersama hantu) Food yang dihidangkan kat sini western yea... asam pedas semua tu tak ada! Makanlah dekat Food Avenue sebelah 😂😂😂 Makan dalam suasana suram dan muzik horor non stop. Barulah ngam dengan nama Bunian Cafe kan!!!! Siap ada show!! Bila dan tutup lampu tu... korang jangan tutup mata lak... Gelap gelita pastu hantu-hantu menari .... nak suasano kan! Ambik hahaha Cafe ni tak sesuai untuk anda yg dewasa memang penakut dan kanak-kanak kecil. #cafebunian #bunianthehauntedcafe #melaka ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya
 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Alamak ai...seram plak tengok pelayan dia..semua macam tu ke...

    BalasPadam
  2. Hipster betullah kafe ni, seram la nak makan , kot2 ada hantu lalu Kat tepi , adeh ... Boleh tersembur makanan keluar ... hahaha

    BalasPadam
  3. Ohh wowo....all the dishes served here so so good, I'm so tempting craving to enjoy this with my friends la . Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. Adoi, belum masuk, baru tengok je pun dah seram. rare ahh....

    BalasPadam
  5. Menarik tempat ni boleh try pergo nanti. Tapi seram pun ada hihi

    BalasPadam
  6. weii tacoddd hahahaha .. ermmm fikir byk kali jugha kalau nak terjah ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.