Resepi Kurus Dan Sakit Kaki



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua... Bonde ada terbaca di FB Page Habibah Badar Bajrai tentangResepi Kurus Dan Sakit Kaki, Jadinya Bonde nak kongsikan di sini untuk pembaca blog Bonde.  

Dalam masa yang sama, Bonde juga mengamalkannya.  Untuk kurangkan berat badan dan masalah sakit kaki.  Sebab itulah Bonde tertarik nak cuba resepi yang dikongsikan... yang menariknya anda boleh ...

Hilang berat badan
Hilang lemak berlebihan
Hilang buncit macam mengandung 4 bulan
Hilang sakit kaki yang berlarutan
Hilang sakit lutut yang selalu ragut keselesaan

Yang turun 10 ke 15 kilo tu memang senang sesangat. Tapi lagi luar biasa, bila ada beberapa orang yang berat lebih 3 angka, boleh turun lebih 40 kilo tau.

Yang sakit kaki pun gitu.
Dari duduk masa sembahyang, dah boleh sembahyang diri (seperti biasa)
Dari yang jalan sikit kaki dah sakit, dah boleh jalan jauh sedikit
Dari lutut bisa bisa, dah boleh naik tanga

Keyword dia, kena minum air rebusan ni secara KONSISTEN. Sebab ni seme bahan natural jek. Ambik masa sikit baru nampak hasil.

Yang penting, jangan pandai pandai ubah resepi. Wajib guna Kayu Manis Ceylon, kayu manis asli.

Kayu manis biasa tu tak sesuai untuk minum hari hari. Nanti boleh tingkatkan risiko rosak hati.

Madu pula, make sure madu asli. Madu tak asli tu campur gula. Nanti badan tak kurus, sakit kaki tak hilang, diabetes menjelma, penyakit lain yang datang.

Resepi Kurus Dan Sakit Kaki

Bahan-bahan yang diperlukan

1 Liter air
2 Batang serai
7 Biji cengkih
1 Batang Kayu Manis Ceylon
3 Hiris halia di ketuk
1 Biji lemon
1 Sudu Madu

Cara-caranya :

Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu.

Minum ketika masih suam sebelum makan.

Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!


Hasilnya?

Power Rangers!! Dah la kurus, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi detox gak!

Dekat bawah ni pulak khasiat bahan-bahan yang digunakan.

KAYU MANIS CEYLON (KMC)
- kayu manis sebenar (true cinanmon)
- mengandungi kandungan coumarin yg amat rendah (0.017gm/kg) berbanding kayu manis cassia (0.31-6.97gm/kg)
- mengurangkan kolesterol
- membantu melambatkan proses penuaan
- merawat nafas berbau
- kurangkan kadar gula dalam darah
- mampu kuruskan badan

SERAI
- turunkan berat badan
- kurangkan kolesterol dan gula dalam darah
- turunkan tekanan darah tinggi
- buang toksin dari badan
- bantu pencernaan
- ada citral yg boleh merawat kanser

HALIA
- buang angin dalam badan
- kurangkan bau hamis darah ketika haid
- buang angin dalam badan
- tingkatkan tenaga batin
- rawat pengaliran darah yang ada masalah
- panaskan tubuh

CENGKIH
- rawat masalah pernafasan
- bantu sistem pencernaan
- panaskan tubuh
- ada euganol yang berfungsi untuk cegah darah beku dan cegah sakit jantung dan stroke
- sumber antioksidan yang jaga kesihatan kulit dan wajah

MADU ASLI
- tingkatkan antibodi badan
- tambah stamina
- cantik kan kulit
- perangi bakteria dalam badan
- cegah penuaan
- tingkatkan penyerapan nutrisi dalam badan

LEMON
- lancarkan pencernaan
- bersihkan darah
- pecahkan lemak di badan
- bantu tingkatkan stamina

Akhir kata dari penaja, cuba, jangan tak cuba. Kalau tak cuba, takkan berjaya.


Selamat Mencuba semua.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tq share, berat kita tak turun pun, malas benor nak exercise. Heheheh

    BalasPadam
  2. Tq for sharing.
    Elok sangat dicuba ni.

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat

    BalasPadam
  4. Okey bahan x mahal..murah dan ada disekeliling kita je..boleh buat nanti ni...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.