Celebrate Birthday Cik Fatin At The Ship Pertama Complex



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua, Bonde nak kongsikan cerita sambutan Birthday Cik Fatin tahun lepas di The Ship Pertama Complex.

Sambutan Birthday Cik Fatin request nak makan steak!  Jadi kebetulan pada hari yang sama kami satu family jalan-jalan dan shopping dekat Sogo jadi kedai steak terdekat adalah seberang jalan sahaja di Pertama Complex iaitu The Ship.

Celebrate Birthday Cik Fatin At The Ship Pertama Complex


Menu The Ship


Menu Istimewa yang terdapat di The Ship adalah hidangan Steak.  selain steak ada juga :

NEPTUNE TAURUS DELIGHT 

Gabungan udang harimau dan stik fillet tenderloin di atasnya dengan kuah dan dihidangkan di atas pinggan panas dengan kentang goreng, jagung rebus dan semangkuk salad

LACK MUSHROOM STEAK 

Steak fillet panggang dihiasi dengan cendawan hitam dan sos kuah, dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran

TENDERLOIN SIZZLING STEAK

Steak fillet yang lembut di atas pinggan panas yang mendesis, dihiasi dengan kuah dan mentega bawang putih yang dihidangkan dengan kentang goreng dan semangkuk salad

BOMBAY STEAK

Steak fillet panggang dihiasi dengan cili segar yang dicincang dan sos kuah chutney mangga dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran

STEAK LADA HITAM

Keistimewaan Steak fillet panggang dihiasi dengan sos lada hitam terpilih, dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran

BAWANG PUTIH STEAK PARISIENNE

Steak fillet panggang dihiasi dengan sos bawang putih, dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran

STEAK FILLET

Stik tanpa lemak dan berair yang dibakar mengikut citarasa anda, dihidangkan bersama kentang goreng dan sayur-sayuran

KEBAB SHISH

Kepingan tenderloin, capsicum dan bawang yang direbus dengan lidi, dihidangkan bersama nasi mentega, salad mini dan sos kuah cili halia

GRILL CAMPUR

Gabungan ayam, daging lembu, kambing, daging ayam belanda, sosej dan telur goreng, dihidangkan bersama kentang goreng dan sayur-sayuran

MINUTE STEAK

Potongan tenderloin panggang yang dileperkan, dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran

CARPETBAG STEAK 

Steak fillet panggang disumbat dengan tiram salai dan di atasnya dengan sos tiram, dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran


FILLET MIGNON 

Steak fillet panggang, dihiasi dengan daging ayam belanda dan asparagus dihidangkan dengan sos kuah cendawan hitam, kentang goreng dan sayur-sayuran

CHARBROILED RIB EYE STEAK 

Steak yang lembut dan berair dihidangkan dengan sayur-sayuran utama, jagung bertongkol, kentang panggang dan semangkuk salad

CHARBROILED BBQ SPARERIB 

Steak tulang rusuk diperap dengan lazat sehingga kunyah tulang dihidangkan bersama sayur-sayuran utama, jagung rebus, kentang panggang dan semangkuk salad

STEAK SIRLOIN CHARBROILED 

Potongan terpilih dari bahagian pinggang, dihidangkan dengan sayur-sayuran utama, jagung rebus, kentang panggang dan semangkuk salad

STEAK T-BONE CHARBROILED 

Steak Bone-in yang lazat dari bahagian tengah pinggang, dihidangkan dengan sayur-sayuran utama, jagung bertongkol, kentang panggang dan semangkuk salad

Ada banyak lagi menu lain anda boleh semak di menu



Bonde suka tengok Buku Menunya ada menerangkan tentang kedudukan pekerja dalam kapal, sedikit sebanyak boleh tahu mengenai tugas-tugas pekerja dalam kapal yang diilhamkan menjadi Restoran The Ship.

Pekerja disini semuanya mengenakan pakaian petugas kapal seperti dibawah.



Decoration dalam Restoran The Ship


Decoration dalam Restoran The Ship juga menunjukkan kedudukan dalam kapal dan juga menarik perhatian pelanggan yang datang, tapi pencahayaan agak kurang dalam Restoran ini, Kalau nak bergambar kena ada flash baru gambar anda jadi cantik dan menarik.

Yang penting selesa makan dekat sini.



Dah cerita pasal Restoran bila nak makan?

He he he Okaylah dibawah ini Bonde kongsikan Menu yang kami makan.


Disebabkan Bonde lapar nasi, Bonde memilih Nasi Goreng Udang.  Sepinggan penuh nasinya... Jadi nasi ni berkongsi bertiga hehehe buat ghaso-ghaso.


Yang Bawah ni pula pilihan Kanda... Penuh sepinggan juga, Kanda lebih suka daging tu dimasak penuh atau dipanggil "Well Done".



Di bawah ini pula pilihan Cik Fatin... Cik Fatin lebih suka memilih daging dimasak separuh atau "haft Cook"



Keseluruhannya kami happy makan disini, menu dekat sini sedap dan boleh repeat nextime! 


Jika anda.. berminat nak makan dekat sini bersama keluarga.  Anda bolehlah hubungi number contact dibawah untuk booking table.



Address Show Map

Lot 1222, Section 46,
Jalan Dang Wangi,
Plaza Gerai Pertama, (Pertama Kompleks),
50100 Kuala Lumpur

Business Hour

Monday to Sunday (11.30 am to 11.00 pm)

Contact Info

03 - 26983791, contact@theship.com.my



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Lamanya tak makan dekat The Ship ni...masih macma dulu x bonde...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya firstime datang makan steak dkt The Ship sebelum ni tak tahu macam mana SA

      Padam
  2. Happy birthday Birthday Cik Fatin

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.