بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai pembaca semua... Dah lama Bonde tak pergi Camping tau! Kali ni trip Jabatan Bonde buat Team Building Dekat Goreng Glamping Park, Perak. Jadi Teruja sangatlah nak pergi.
Team Building Di Gopeng Glamping Park, Perak
Nak rasa suasana bercamping bersama officemate pulak...
Gopeng Glamping Park
Bagi anda yang nak tahu info tentang Gopeng Glamping Park...
Dikelilingi oleh Bukit, Sungai, Gua dan Hutan; Gopeng Glamping Park menawarkan pengalaman yang ideal dan unik di tengah-tengah pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan, sesuai untuk acara seperti pintu masuk romantis atau perhimpunan hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan. Dan juga untuk pembinaan pasukan, parti, retret dan perayaan.
Gopeng Glamping Park ialah pengalaman perkhemahan luar glamor yang dikendalikan oleh keluarga, memastikan layanan yang paling mesra dan keselesaan seperti di rumah anda.
Bersempadan dengan perkampungan Kampung Chulek yang indah dan tenang, Gopeng sebagai salah satu hab pengembaraan-pelancongan terbaik di Malaysia, Gopeng Glamping Park menawarkan beberapa pilihan aktiviti daripada tempat percutian yang tenang dan santai kepada budaya santai, warisan dan aktiviti bersejarah kepada yang paling banyak.
Aktiviti lasak dan pengembaraan untuk penggemar adrenalin, Taman Glamping Gopeng pasti akan memenuhi keperluan dan pilihan tetamunya.
Gopeng Glamping Park berbangga dengan hidangan makanan yang disediakan, setiap hidangan disediakan dan dihidangkan dengan kasih sayang dan belas kasihan untuk para tetamu yang datang.
Dengan pelbagai pilihan daripada makanan Melayu tempatan, hidangan oriental hingga masakan barat, Gopeng Glamping Park cuba sedaya upaya memastikan tetamu Gopeng Glamping Park menikmati makanan sepuas hati.
Iternary 3D2N Di Gopeng Glamping Park, Perak
Day 1 : Jumaat
9.30 pagi : Loading bag dan semua kelengkapan ke dalam bas
10.00 pagi : Bergerak dari Office di Cyberjaya menaiki Bas Pejabat
12.30 tengahari : Singgah makan tengahari di Mee Udang Kak Zai, Sungkai, Perak.
1.15 petang : Sampai di Gua Tempurung transit naik lori untuk ke Tapak Glamping
3.00 petang : Sampai dilokasi Gopeng, Glamping Park (loding bag dan peralatan)
3.30 petang : Minum petang/solat
4.30 petang : Ice breaking dan penerangan aktiviti/mandi sungai
7.30 malam : Solat
7.45 malam : Makan malam
8.30 malam : Tazkirah dari Bos dan Aktiviti dalam Kumpulan
11.00 malam : Balik ke khemah rehat dan tidur
Day 2 - Sabtu
6.30 pagi : Solat berjemaah
7.00 pagi : Aktiviti bebas berjoging dan berbasikal
8.00 pagi : Sarapan pagi
9.00 pagi : Aktiviti berkumpulan Outdoor (Bola beracun, Keretapi Laju, Belon Air)
12.30 tengahari : makan tengahari
1.30 petang : Solat
2.00 petang : Water Rafting
7.30 malam : Solat
7.45 malam : Makan malam
8.30 malam : Tukar-tukar hadiah - (Surprise cabutan bertuah)
11.00 malam : Balik ke khemah rehat dan tidur
Day 3 - Ahad
6.30 pagi : Solat berjemaah
7.00 pagi : Aktiviti bebas berjoging dan berbasikal
8.00 pagi : Sarapan pagi
9.00 pagi : aktiviti bebas
12.00 tengahari : Check Out
Facilities Gopeng Glamping Park
Toilet - shower & heater
Laundry
Surau
Tree house
Trampoline
Buaian
Basikal free
Basikal kuning (RM5 / 3jam)
Aktiviti Gopeng Glamping Park
Mandi sungai
Cycling keliling kampung
Archery
Layan live band
Camp fire
Fire show
Add On Activities (Yang Berbayar)
Fun trip rafting -kita ambil yang ni RM350 perboat
White water rafting
River tubing
Cave exploration -Gua Tempurung
Sunset hiking -Bukit Batu Putih
Waterfall abseiling
Jom Bonde bawa explore kawasan Gopeng Glamping Park ni...
Ini adalah area khemah Bonde dan officemate yang lain. Khemah kami berdekatan jadi senanglah kami berhubung antara satu sama lain.
Dan aktiviti malam ada unggun api dan fire show berhadapan dengan khemah kami sahaja.
Khemah disini memang sentiasa terpasang dan tertutup jika tiada sewaan. Kadar sewa khemah anda boleh check dekat sini.
Khemah Bonde ada 2 Katil Queen, muat untuk 4 orang
Geng satu khemah
My Bag
Pemandangan di bahagian belakang area khemah Bonde
Seterusnya Bonde bawa ke tempat aktiviti
Padang untuk aktiviti Sukaneka dan Memanah
Area trampoline
Tree House
Dekat bahagian atas kami adakan aktiviti indoor games pada belah malam, anda juga boleh main permainan yang disediakan seperti congkak, dam aji, chess dan lain-lain
Hammock Tent
Kalau anda tak selesa nak tidur dalam khemah anda boleh tidur dalam hammock ni.... Bonde pun ada cuba duduk bersantai dalam hammock seronok dibuatnya berbuai-buai lekas betul mata nak lelap
Bicycle Rental
RM 5.00 / 3 Hours
Seronok juga sewa bicycle masa aktiviti bebas, Boleh ronda-ronda kampung dan lalu jambatan yang bawahnya ada sungai...
Bersebelahan dengan tempat sewa bicycle ni adalah tempat makan.
Buffet 4x makan 🍽
Breakfast, lunch, hi tea and dinner.
Semua menu makanan sedap-sedap menu masakkan kampung dan westernnya rasa nak menambah jer time makan tu, paling best kambing bakar yang marvelous kuah black pappernya asyik nak repeat makan... hehehe boleh tengok dekat video IG reels dibawah.
Mandi Sungai
Air sungai sangat tenang, jernih, bersih dan airnya sejuk , memang seronok sekali... rugi tak rasa nikmat tu yea. Jadi kalau datang sini jangan lupa mandi sungai.
Tandas 5 Bintang
Sebab bersih, ada open dan berbilik jadi tak perlu berebut-rebut untuk mandi
Package Gopeng Glamping Park, Perak
Kami ambik package 3D2N full board
Harga:
RM 158 seorang (dewasa)
Termasuk 4x makan
Breakfast, lunch, hi tea & dinner
Dari Gua Tempurung ke Gopeng Glamping Park
Sekitar kawasan Di Gopeng Glamping Park
Menu-menu makanan di Gopeng Glamping Park
Next Bonde akan kongsikan aktiviti yang Bonde cuba , iaitu water rafting! Ini adalah pengalaman pertama Bonde tau... keterujaan tu lebih ! Jadi anda kena saksikan apa yang terjadi.
Untuk keterangan lanjut dan promosi anda boleh layari :
Laman Web :
Facebook :
Instagram :
~ Bonde Senyum Riang ~
6 Ulasan
bestttt...bulan 11 aritu kami pon buat team building dekat Kem Murni Kg Jahang Gopeng..xbuat water rafting tpi kami buat water tubing...
BalasPadamBestnya bonde buat team building macam ni. Happening
BalasPadamcantik betul tempat ni mmg segar rasanya kat sini kan
BalasPadamBestnya bonde buat team building kat situ..
BalasPadamWow..bestnya team building Bonde...
BalasPadambestnya bonde... ita suka tau join aktiviti macam ni.. belum berpeluang je lagi
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.