بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai Pembaca semua... Bonde nak kongsikan dengan anda semua, tentang produk terbaharu Syahirah Korean Secret Hydra Soft Hydrating Plus Essence dan apa yang menariknya tentang produk ni untuk anda semua cuba juga.
Syahirah Korean Secret Hydra Soft Hydrating Plus Essence
Rangkaian SYAHIRAH Korean Secrets membawakan anda bahan-bahan terpilih dari Pulau Jeju di Korea. Dirumus dengan bahan penghidratan daripada Pati Tri-Bunga - Ginseng, Chamomile & Bunga Teh Hijau, produk penjagaan kulit SYAHIRAH Hydra Soft dibangunkan untuk memberikan kelembapan pada kulit , supaya kita mempunyai kulit yang terhidrat!
Bahan-Bahan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence (30ml)
Syahirah Korean Secret Hydra Soft Hydrating Plus Essence dirumus dengan ekstrak Jeju Green Tea. Jadi ia memberikan penghidratan kulit yang maksimum, menjadikan kulit berasa lembap dan anjal.
Ianya juga diperkaya vitamin B5 dan Asid Hyaluronik bagi membantu melindungi kulit daripada iritasi dan sangat menyegarkan. Malahan ianya juga bertindak untuk menjadikan tektur kulit lebih licin dan lembut terutamanya yang mengalami masalah kulit kering.
Jeju Green Tea
Membantu mengekalkan kulit lembap dan terhidrat untuk kulit kelihatan anjal dan sihat.
Vitamin B5
Membantu menenangkan kulit, mengekalkan kelembapan kulit dan mengekalkan tahap penghidratan untuk kulit yang anjal dan licin.
Hyaluronic Acid
Mengisi semula kulit dengan penghidratan yang kuat dan sifat pelembap yang kuat untuk mengekalkan kulit terhidrat dan melembapkan.
Produk ini juga BEBAS dari alkohol dan juga Paraben.
Faedah Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence:
1. Memperbaiki penampilan kulit
- kulit kelihatan lebih gebu dan anjal. Ia juga membantu mengatasi kekusaman permukaan
2. Meninggalkan kesan glowing dewy pada kulit
3. Membantu mengurangkan masalah kulit apabila kulit terhidrat dengan baik Melambatkan tanda-tanda penuaan
- membantu mengekalkan keanjalan kulit dan memerangi penampilan garis-garis halus/kedutan yang digeruni.
1. Formula hipoalergenik.
2. Pakar dermatologi diuji
3. 100% Mengurangkan Kekeringan
4. 56% Membaiki Kulit Rosak
5. 42% Menenangkan Kulit Dengan Berkesan
|
Selepas menggunakan Syahirah Korean Secret Hydra Soft Hydrating Plus Essence kulit wajah nampak lembab sahaja... best sangat. |
Cara Penggunaan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence (30ml)
1. Titiskan dua atau tiga titik keatas kulit wajah.
2. Kemudian sapukan ke seluruh kulit wajah, oleskan dengan lembut termasuk bahagian leher.
3. Tepuk-tepuk @ dap-dapkan ke seluruh wajah dengan lembut. Jangan lupa pakai moisturizer (pelembap) selepas itu.
4. Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence sangat mudah meresap dan kulit wajah menjadi lembab sepanjang hari.
Untuk dapatkan hasil yang cepat dan berkesan , gunakan secara konsisten.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk dan promosi anda boleh klik media sosial di bawah :
~ Bonde Senyum Riang ~
1 Ulasan
Dah lama x pakai serum...syahirah ni pun not bad kan...
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.