Pengalaman Menyertai Water Rafting Di Gopeng Glamping Park, Perak



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Malam... Sambung cerita Gopeng Glamping Park Day 2 - Water Rafting.  Sebenarnya Bonde memang sangat teruja nak cuba sertai Water Rafting nih.  

Sebelum ni, Bonde memang tak pernah cuba lagi aktiviti  sukan air lasak macam nih.  Jadi dalam keterujaan tu jangan abaikan keselamatan.

Pengalaman Menyertai Water Rafting Di Gopeng Glamping Park, Perak

7 Persediaan Sebelum Bermain Water Rafting Untuk Newbie


1. Untuk melakukan aktiviti water rafting anda perlu mengubah mind set daripada takut kepada enjoy.

2. Aktiviti white water rafting adalah aktiviti yg memerlukan kerjasama serta semangat berkumpulan yang tinggi antara setiap ahli untuk mengharungi arus deras dan pelabagai cabaran lain.

3. Sebelum aktiviti berlangsung, para river guide akan memberikan taklimat keselamatan tentang aktiviti ini kepada para peserta (Dengar cakap, anda selamat)

4. Bagi anda yang tidak pandai berenang, tidak perlu risau kerana penganjur akan melakukan aktiviti water confident kepada para peserta supaya mereka selesa ketika berada didalam sungai dan tidak panik apabila mereka berada di dalam sungai.

5. Para peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti seperti memakai kasut air/ kasut sukan, seluar sukan dan baju yang bersesuaian dengan aktiviti sukan air

6. Keselamatan para peserta adalah tanggungjawab penganjur. Justeru, mereka menggunakan alatan keselamatan yang sesuai untuk aktiviti white water rafting ini

7. River guide akan tetapkan geng untuk satu bot walaupun bot boleh memuatkan sehingga 8 orang, pilihan geng ini akan memudahkan untuk river guide mengawal kedudukkan bot bila berada dalam keadaan kecemasan.

Persiapan semasa sebelum Water Rafting bermula.

Dengar taklimat keselamatan dari river guide, Pakai Helmet dan Life Jaket


Berapa lama aktiviti water rafting nih?

Aktiviti water rafting ini mengambil masa lebih kurang 2 jam dalam air dan 2 jam untuk perjalanan ke drop point. 

Harga Water Rafting Gopeng: RM150/pax, min 4 Pax

Naik lori untuk ke lokasi Water Rafting



Sampai di lokasi water rafting tunggu river guide panggil masuk bot.  Ikut kumpulan yang telah ditetapkan sebelum pergi ke drop point tadi.





Maka bermulalah water rafting kami naik bot, naik-naik jer bot hujan pun turun dengan lebat, perasaan takut ada, teruja pun ada... tapi kata orang alang-alang dah basah tu teruskan aktiviti ni sampai akhir.

Awal-awal perjalanan dalam hujan renyai, lawan-lawan main air antara bot kami, dengan bot rakan-rakan.  Suasana ni memang seronok masa ni tak kira Bos pun kena siram dengan air... (hambekkk hahaha)

River guide kami maklumkan... air hujan yang turun agak deras dan laju, kami kena ikut arahan yang diberikan olehnya.  Katanya lagi kalau tak hujan agak penat untuk mendayung guna pendayung tu sebab air kurang deras... 

Tibalah kami ditempat yang agak curam dan penuh dengan adventure.  Kami kena get ready bot akan menjunam masa nih sebab curam.  Dekat sini ada cameraman tunggu untuk rakam setiap Bot yang lalu.  Kenangan ni yang mahal hehehe

Bawah ni adalah gambar-gambar masa water rafting tu... 















Bawah ni adalah  video masa water rafting tu....


Boat kami tersangkut laaa 



Yesss selesai aktiviti water rafting!


Memang seronok aktiviti water rafting nih!  Kalau diberi peluang rasanya nak join lagi... akan datang dekat mana lokasi best untuk water rafting yang ada di Malaysia ni.  Bolehlah explore situ pulak...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.