Kongsi Rezeki Dengan Infaq Prihatin Kopetro Catering



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Salam Jumaat... Bonde nak kongsikan berkenaan INFAQ PRIHATIN

Kongsi Rezeki Dengan Infaq Prihatin Kopetro Catering



Selain beribadah, sedekah adalah salah satu cara untuk kita menggandakan amalan. Konsep sedekah dalam Islam luas dan tidak hanya terhad kepada memberi wang kepada mereka yang memerlukan. Terdapat pelbagai cara untuk bersedekah dan salah satunya adalah dengan berkongsi rezeki melalui infaq dalam bentuk makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

 

KOPETRO Catering, salah sebuah anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), peka dengan nasib golongan yang memerlukan dan dalam kesusahan, telah membuat inisiatif mengadakan sebuah program bantuan makanan Infaq Prihatin. Bantuan dalam bentuk pek makanan beserta minuman ini akan disampaikan kepada para gelandangan, daif, anak yatim dan pelajar tahfiz di Pusat Gelandangan Kuala Lumpur dan As-Sofa Ampang dengan harapan sumbangan tersebut dapat memberikan kegembiraan kepada mereka

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, KOPETRO komited untuk mengadakan inisiatif infaq pek makanan bagi membuka peluang kepada masyarakat atau mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui program Infaq Prihatin. Sebelum ini, KOPETRO juga konsisten mengadakan program infaq makanan dengan memberi sumbangan kepada masjid, anak yatim, gelandangan dan juga ketika banjir pada tahun 2021.

 

Program Infaq Prihatin kali ini memberi peluang kepada orang ramai, pihak korporat, pertubuhan bukan kerajaan atau sesiapa sahaja yang ingin berinfaq pada bila-bila masa dan tidak hanya terhad ketika bulan Ramadan atau ketika bencana sahaja. Melalui sumbangan serendah RM100, sejumlah 14 pek makanan akan disampaikan kepada penghuni di pusat-pusat tersebut demi mengukir senyuman di bibir mereka,” ujar Ahmad Shakir.

 

Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan & Minuman KOPETRO, Mohd. Safwan Zulmani berkata pek makanan program Infaq Prihatin ini dilengkapi produk sejuk beku sedia untuk dimakan jenama LengQuas keluaran KOPETRO Food. Mula dipasarkan sejak tahun 2019, produk makanan LengQuas mempunyai 9 pilihan menu berasaskan makanan sejuk beku, dan kini mendapat tempat di hati para peminat.

 

Bagi memastikan pilihan makanan yang lebih banyak, orang ramai yang berminat untuk membuat infaq boleh memilih di antara tiga pakej di dalam inisiatif Infaq Prihatin KOPETRO Catering ini.

 

Di dalam Pakej A, menu set sedia makan LengQuas seperti Nasi Putih Daging Masak Hitam, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah dan Ayam Masak Merah disediakan bersama minuman jus Ayera dengan ketulan nanas atau pic epal dan air mineral. Pakej B pula dilengkapi dengan hidangan Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Ayam Masak Hitam dan pilihan minuman yang sama.

 

Pakej C dilengkapi pakej hidangan Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah dan Ayam Masak Hitam bersama set minuman. KOPETRO Catering juga menyediakan beg penyejuk secara percuma untuk setiap pakej makanan yang ditawarkan itu.

 

Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan pakej Infaq Prihatin atau mendapatkan butiran lanjut boleh menghubungi talian 03-21613561 atau 012-3236519. Selain itu, anda juga boleh menghantar emel ke catering@kopetro.com.my sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan program Infaq Prihatin. Pelanggan juga boleh melayari laman web rasmi KOPETRO Catering di www.kopetrocatering.com.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO Catering.



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Alhamdulillah salah satu cara yang bagus untuk tambah saham akhirat

    BalasPadam
  2. Mudah de pakej mcm nie..boleh try lps utk next infaq..😍😍

    BalasPadam
  3. tahniah operasi Kakitangan PETRONAS Berhad

    BalasPadam
  4. bagus program ni, terbuka untuk sesiapa yang berniat untuk melakukan infaq

    BalasPadam
  5. bagusnya orang yang terus berbuat baik melalui program macam ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.