Tips Berjimat Cermat , Kawal Perbelanjaan Harian Bersama Pasangan Dan Keluarga



Zaman sekarang adalah zaman berjimat cermat.  Kita perlu simpan duit dari duit gaji yang kita perolehi setiap bulan.

Ada banyak perkara yang perlu kita kaji untuk perbelanjaan keluarga buat masa ini.  Kita kena bezakan dimana Perbelanjaan Keperluan dan di mana Perbelanjaan Kehendak.  Kita semua kena Bijak membezakannaya.

Tips Berjimat Cermat , Kawal Perbelanjaan Harian Bersama Pasangan Dan Keluarga

Antara Tujuh Simpanan Wajib Yang Perlu Simpan Setiap Bulan / tahun  adalah:

Dibawah Ini Ada Tujuh Perkara Yang Keluarga Bonde perlu simpan untuk setiap kali terima gaji bulanan.  





1. Simpanan Pendidikan/Sekolah

Memandangkan Cik Fatin baru sahaja habis Diploma Bonde sarankan agar ianya teruskan perbelajarannya peringkat Ijazah pula.  Jadi setiap bulan Bonde akan buat potongan gaji terus kepada akaun SSPN secara automatik daripada akaun gaji.  SSPN ni sangat membantu untuk sambung pendidikan anak-anak.  Siapa yang belum buat pergilah buat akaun SSPN untuk anak-anak.

2. 
Simpanan Perubatan

Walaupun tempat kerja Bonde ada sediakan keistimewaan seperti klinik panel dan hospital.  Sedikit sebanyak kena juga menyimpan untuk Simpanan Peubatan ini.  Ada setengah-tengah penyakit tu ada yang pihak insuran tak cover jadi kena keluar duit sendiri.  Dengan adanya simpanan perubatan ini sangat membantu memudahkan urusan hospital/warded nanti.

3. 
Simpanan Baikpulih Rumah / Baikpulih Kenderaan

Memandangkan Selangor sudah menjadi kawasan banjir, kawasan perumahan Bonde sering berlaku banjir dan sekeliling kawasan berdekatan Bonde ulang alik pergi pejabat sering berlaku banjir. 

Jadi kena standby duit siap-siap untuk baikpulih rumah dan baikpulih kenderaan jika terperangkap dalam banjir. Kita tak boleh buat apa?  Jadi simpanlah duit untuk persediaan berlakunya musibah yang secara tiba-tiba menimpa. (sediakan payung sebelum hujan hehehe)

4. Simpanan Untuk Roadtax /Cukai Jalan Dan Insuran Kenderaan

Untuk Roadtax kereta ini memang kena asingkan siap-siap sebab jumlah bayaran sudah tahu berapa nak kena kumpulkan untuk memperbaharui Roadtax nanti bila roadtax tamat tempoh, automatik insuran pun tamat tempoh.  Selalunya insuran ikut berapa nilaian harga kereta terkini. 

5. 
Simpanan Untuk Perayaan

Untuk Baju Raya, Tudung Raya dan Kasut Raya juga memang kene ada simpan atleast masa hari raya ada sepasang baju baru untuk dipakai waktu pagi raya (hari menyambut kemenangan, setelah sebulan berpuasa). 

6.  Simpanan  untuk Menunaikan Haji/Umrah

Semua umat islam ada impian nak jejakkan kaki untuk menunaikan Haji/Umrah jika mampu. Begitu juga Bonde, Jadi sebahagian dari duit gaji kena simpan tetap setiap bulan.  Bila dah cukup nanti bolehlah pilih pakej travel Haji/Umrah yang lengkap dan mencukupi dengan wang yang terkumpul.

7. Simpanan  Untuk Bercuti

Sudah menjadi trend bercuti dalam negeri atau luar negeri bagi Bonde mesti ada tabungan khas untuk pergi bercuti.  

Tabung Cuti Bonde ada dua.
i) Cuti bersama keluarga
ii) Cuti bersama kawan-kawan  

Bila bersama-sama keluarga selalukan tabungan dan jumlah wang yang disimpan agak lebih dari bercuti bersama kawan.

Bagaimana Nak Simpan Duit Gaji Setiap Bulan?

1. Mula Simpan Duit Gaji Dengan Jumlah yang Kecil

i. Tips Menabung Yang Sangat Berkesan Dan Menyeronokkan

Tip ini Bonde pernah cuba dan kongsikan diblog sebelum ini, Ianya memang berkenan dan sangat menyorokkan.  Kita juga akan rasa displin diri untuk menanda jadual pada senarai simpanan mengikut hari, bulan dan jumlah akan dikira pada pada akhir tahun nanti Bulan Disember.



Enam Tips Simpan Duit Setahun Dapat RM 3,300.00

1) RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung. 

Total setahun genapkan RM 400.

2) RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. 

Total genapkan setahun RM 500.

3) RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. 

Total setahun genapkan RM 1000.

4) RM RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. 

Total setahun genapkan RM 500.

5) RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). 

Total setahun RM 300.

6) RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). 

Total setahun RM 600.

TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. 

Banyak kan?



2. Simpanan Melalui Pemotongan Gaji

Terdapat Tiga Cara Penyimpanan Yang Berkesan adalah seperti :

i. Buat Simpanan Tetap potong terus melalui penyata gaji ke akaun
ii. Simpan Dalam ASB
iii. Simpan Dalam Tabung Haji


3. Semak Semula Komitmen Bulanan

Senaraikan semua komitmen bulanan yang perlu dibayar sama ada akaun suami dan akaun isteri.  Seperti rumah, kereta, pinjaman komputer dan pinjaman bank.  

Senarai ini bertujuan untuk mengira jumlah bayaran/komitmen pasangan untuk setiap bulan.

4. Berjimat Cermat Dalam Perbelanjaan Harian

Telah menjadi kebiasaan, untuk membeli barang dapur selalunya barang yang nak dibeli akan disenaraikan terlebih dahulu sebelum pergi membeli, bukan apa? perkara ini sering terjadi pada Bonde yang tidak senaraikan barang yang tidak diperlukan! sebelum ini, kerap terbeli barang yang tidak diperlukan dan ada juga berlaku barang yang perlu tidak terbeli.  Sudahnya kena keluar dan pergi beli .

Perkara yang seperti itu, akan membuatkan kita sering terover  perbelanjaan dari bajet bulanan.  

Apa yang berlaku  awal dan pertengahan bulan. (duit sudah tiada dan terpaksa korek tabung simpanan)

5. Rancang Simpanan Bulanan Guna Kalkulator

Bagaimana nak buat pengiraan untuk simpanan menggunakan Saving Calculator

Sedikit info untuk anda yang ingin menyimpan tetapi tak tahu bagaimana nak buat pengiraan untuk simpanan. Anda boleh menggunakan Saving Calculator ini. 

Anda cuma pergi ke Saving Goal Calculator, masukkan amaun yang diperlukan untuk menyimpan atau melabur di ASB / Tabung Haji. 



Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua,  Moga di akhir tahun 2022 ini ada tabung yang telah terkumpul jumlahnya sekian-sekian... mesti Happykan!


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Useful tips 😍 Thanks for sharing this ye Bonda... Memang banyak kena buat saving, Dan bijak mengatur strategi..Huhu..

    BalasPadam
  2. seronoknya menyimpan cara mcm ni.. tq bonde for sharing

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, saya juga guna tips bonda. Terima kasih bonda kongsi ilmu bermanfaat.

    BalasPadam
  4. Bagus juga tips simpanan ni, tak pernah terfikir nak buat tabung untuk specific keperluan. Hmm esok juga nak ke diy beli tabung nak buat tabung specific mcm ni.

    Dr Amelina Tempelak Beautifulnara, Ohmedia dan Rotikaya Sebab Putarbelit Kenyataan

    BalasPadam
  5. kena rajin menyimpan walau dengan apa cara sekalipun kan..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.