Jadual Bayaran Gaji 2023 Kakitangan Awam



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... Bagi yang berkerja, Setiap tahun kita akan ambil tahu Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan.

Bukan apa?  Kena tahu tarikh pembayaran emolumen ni penting, bagi yang berkerja atau surirumah supaya senang nak bajet perbelanjaan bulanan kita.  Terutama belanja barang dapur.

Jadual Bayaran Gaji 2023 Kakitangan Awam 


Ada masa tarikh bayaran tu awal, nak tunggu bulan seterusnya tu kalau jarak terlalu lama lebih kurang 30 hari juga nak terima bayaran gaji bulan seterusnya jadi kita kena pandai kawal perbelanjaan keluarga.


Berikut jadual gaji 2023 bagi Kakitangan Awam terkini yang disediakan oleh Jabatan akauntan Negara Malaysia (JANM)



Jadual Gaji 2023 Malaysia

Kerajaan Malaysia sangat komitet dan prihatin termasuk dalam aspek kebajikan kakitangan dan penjawat awam.

Permakluman dan penyediaan jadual gaji ini adalah bagi memudahkan rujukan kakitangan awam untuk membuat perancangan kewangan peribadi dan juga keluarga untuk apa-apa urusan.

Gaji Januari 2023

Pembayaran gaji pada bulan Januari 2023 di awalkan iaitu pada 17 Januari 2023. Ianya bagi membolehkan kakitangan awam khususnya yang berbangsa cina untuk membuat persediaan bagi menyambut perayaan tersebut pada tarikh 23 & 22 Januari 2023.

Gaji Febuari dan Mac 2023

Tarikh pembayaran gaji kakitangan awam pada bulan Febuari dan Mac ialah pada 24 Febuari 2023 hari Jumaat dan 24 Mac 2023 hari Jumaat

Gaji April 2023

Tarikh gaji bulan April 2023 ialah pada 17 April 2023 bersaman hari Isnin. Pembayaran gaji pada bulan ini di awalkan bagi memudahkan kakitangan Awam beragama Islam membuat persiapan dan perancangan kewangan bagi menyambut Hari Raya

Gaji Mei 2023

Tarikh bayaran gaji bagi bulan Mei 2023 ialah pada 25 Mei 2023 sempena menyambut Hari Pesta Kaamatan bagi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah yang disambut pada 30 & 31 Mei 2023

Gaji Jun 2023

Tarikh pembayaran gaji bagi bulan Jun 2023 ialah pada 23 Jun 2023 bersamaan hari Jumaat. Memandangkan cuti umum perayaan Hari Raya Haji jatuh pada 29 & 30 Jun 2023, tiada keperluan khusus untuk pemberian gaji di awalkan.

Gaji Julai, Ogos, September,Oktober 2023

Bagi bulan Julai, Ogos, September dan Oktober 2023, pembayaran gaji adalah pada tarikh 25 haribulan berkenaan.

Gaji November 2023

Pembayaran gaji bulan November 2023 ialah pada 24 November 2023.

Gaji Disember 2023

Pembayaran gaji bagi bulan Disember 2023 ialah pada 19 Disember 2023. Pembayaran gaji di awalkan bagi membolehkan kakitangan awam penganut agama Kristian membuat persiapan bagi menyambut perayaan Hari Natal yang jatuh pada 25 Disember 2023

Kalau dah ada Kalender 2023 bolehlah mark siap-siap dekat dalam kalender tu.

Semoga bermanfaat.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. SA pun gaji awal 20hb..kena la berjimat cermat...lama nak tunggu gaji bulan 2 plak tu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.