Ending Drama Rindu Kasih Episod 15



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Malam... Hai pembaca semua,  Ramai yang tak sabar menyaksikan Episod terakhir Drama bersiri Rindu Kasih dibintangi oleh Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Amyza Aznan dan ramai lagi, Drama Rindu Kasih telah mula ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada 16 November, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam atau strim melalui platform penstriman Disney+ Hotstar.  

Drama ini sudah mula menjadi perbualan sejak ia mula ditayangkan, kerana watak-watak yang dilakonkan didalam drama telah membuatkan penonton teremosi termasuklah Bonde sendiri.

Ending Drama Rindu Kasih Episod 15


Rindu Kasih

Episod: 15

Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib

Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)

Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd

Lagu Tema (OST): 

Seandainya - Ariff Bahran
Retak - Aqeesh Aleeya

Watak Pelakon Rindu Kasih


Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Nafiz Muaz sebagai Hisham
Amyza Aznan sebagai Shida
Arash Mohd sebagai Khalid
Shazia Rozaini sebagai Huda
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Meor Mohd sebagai Iqbal
Ayu Azlina sebagai Siti
Nik Ramly sebagai Zamani
Ikhwan Khairudin sebagai Khalid Muda
Fariza Shafinaz sebagai Halijah Mudah
Iskandar Shah sebagai Amin
Yamin Abu Bakar sebagai Supri
Siti Rohani Dollah sebagai Tini 
Elly Suhaili sebagai Sofia 
Hairi Ab Ghani sebagai Kamil

Sinopsis Rindu Kasih

Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd) menjadi tidak keruan kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina (Ummi Nazeera) yang berusia hanya beberapa bulan. Khalid membesarkan Salina seorang diri dan terpaksa merahsiakan kisah tentang ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu.

Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam) iaitu anak kepada Zamani (Nik Ramly) yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud) dan mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu mengahwini Salina.

Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu. Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina?




Tak sabar nak tengok kesudahan drama ini pada 11/12/2022 (Ahad) on line  Disney+ Hotstar dan 12/12/2022 TV3 10 malam

Kisah Salina, Amir dan Mak Amir (Mak Mentua Salina). Rasanya ending sudah boleh teka, Salina dan Amir akan berpisah.  


Mak Salina yang sakit dihospital meninggal, 

Amir dah tahu semua kisah yang terjadi.

Mak Amir mengaku salah dan insaf

Amir kena tikam, Pak Hassan kena tangkap

Murni berkahwin dengan Hisham

Salina keluar penjara dan mencari Fayad  untuk hidup bersama anaknya

Salina jatuh talak kerana Salina pergi bawa Fayad

Mak Amir kena tangkap... Tamat..

Apapun lakonan semua watak yang dilakonkan terutama Ummi Nazeera, Amyza Adnan, Izzue Islam dan Fazlina Ahmad (Mak Amir)  memang hebat dan ramai penonton yang teremosi dengan mereka punya lakonan. 

Tahniah kepada semua pelakon, penulis skrip, pengarah dan Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd

Moga yang baik kita jadikan tauladan dan yang tak baik tu ambil jadi pengajaran.

Anda rasa ending drama nih macam mana ? Komenlah dibawah.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.