بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat pagi, Hai pembaca semua...
Panipuri... sebelum ni asyik lalu lalang iklan Panipuri di wall media sosial Bonde... terus teruja nak cuba beli dan rasa Panipuri ni!
Pertama Kali Cuba Panipuri Viral
Panipuri Leen Nina @ Night Market Prima Avenue Cyberjaya
Bonde beli yang ready to eat !
Rupanya sedap Panipuri ni, patutpun menu ni viral... Bagi yang rajin nak cuba bolehlah buat...
Resepi Panipuri yang sedap dan unik.
Bahan-bahan:
PANI
✅ ½ cawan daun ketumbar
✅ ½ cawan daun pudina
✅ 5 biji cili padi hijau
✅ ½ inci halia
✅ 2 sudu besar jus lemon
✅ 4 cawan air
✅ ½ sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Kisarkan daun ketumbar, daun pudina, cili padi hijau, halia bersama jus lemon dan air.
2. Pindahkan ke dalam mangkuk dan perisakan dengan garam.
3. Sejukkan Pani sebelum dihidangkan.
CHUTNEY ASAM JAWA
✅ 1 cawan pes asam jawa
✅ 3 cawan air panas
✅ 1 sudu kecil serbuk jintan manis
✅ 1 sudu kecil serbuk cili
✅ ½ sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Campurkan pes asam jawa bersama air panas. Asingkan dan tapis biji.
2. Panaskan campuran tadi di atas kuali dan masukkan serbuk jintan manis, serbuk cili dan garam.
3. Tunggu selama 10-12 minit dan pindahkan ke dalam mangkuk.
MASALA
✅ 1 ½ cawan kentang (direbus)
✅ ¼ cawan kacang kuda putih (direbus)
✅ ¼ cawan kacang kuda perang (direbus)
✅ ½ sudu kecil serbuk cili
✅ ½ sudu kecil serbuk jintan manis
✅ ½ sudu kecil serbuk ketumbar
✅ ¼ sudu kecil garam masala
✅ 2 sudu besar daun ketumbar (dicincang)
✅ ½ biji bawang merah (dicincang)
✅ ½ sudu kecil garam
✅ 150g puri
Cara Membuat:
1. Lenyekkan kentang di dalam mangkuk.
2. Campurkan kacang kuda putih dan perang, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, garam masala, daun ketumbar, bawang merah dan garam. Gaul sebati.
3. Letakkan di dalam mangkuk
4. Gorengkan puri dan hidangankan bersama Pani, Chutney Asam Jawa dan Masala.
Sumber : seismik makan
Gerai Leen Nina dibuka setiap malam minggu di Night Market Prima Avenue Cyberjaya (dekat old town)
Selamat Mencuba!
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
~ Bonde Senyum Riang ~
9 Ulasan
Belum pernah rasa lagi Panipuri nie Bonde.. teringin pulak nak rasa..
BalasPadamSaya belum pernah jumpa panipuri. Selalu baca dalam blog kawan-kawan. Katanya sedap. Nantilah, ada rezeki balik Malaya boleh cari.
BalasPadamBelum pernah cuba lagi. Ramai yang kata sedap.
BalasPadamsaya first time juga makan aritu. not bad rasa dia sedap kan
BalasPadamSA dah rasa..tak boleh terima, maybe sebab SA kureng skit kot...tapi benda ni ramai je yang suka..
BalasPadamFirst time dengar n tengok .. x pernah try lagi. Maybe nextime kalau ada yg menjual dekat sini, nak try juga.
BalasPadamRenyah juga nak membuatnya.. lebih baik beli pada saya.. kiki.. panipuri tu nampak sedap betul.
BalasPadamOhh wow...I haven't tasted any panipuri before. Thanks for recommending from your tasting experience, gonna check out for my tasting too. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamwahh bonda .. rajin dan teliti .. kalau saya tak buat ni .. sbb banyak cara ..
BalasPadamone day nak cuba rasa ... tq kongsi resepinyer
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.