Menu Favourite Dekat Zus Coffee



Anda pernah tak minum dekat Zus Coffee? Apa yang anda suka makan dan minum dekat Zus Coffee?

Dekat bawah ni Bonde kongsikan menu kegemaran kalau lepak-lepak dekat Cafe Zus Coffee.

Menu Favourite Dekat Zus Coffee



ZUS Coffee adalah antara jenama kopi yang sedang meningkat naik di Malaysia ada banyak cawangan telah dibuka (kebanyakannya di kawasan KL dan Selangor) serta beberapa buah cawangan di negeri lain.

Bonde pergi yang berdekatan dengan rumah di Kipmall. Kota Warisan.

Dengan ayat “A Necessity Not A Luxury”, syarikat ini membawa kelainan dengan membawakan pelbagai menu kopi premium tetapi pada harga mampu milik.

Syarikat ini mahukan kopi dilihat sebagai minuman harian yang mampu dinikmati setiap hari, bukan sebagai satu simbol kekayaan dan gaya hidup mewah.



Menu Pilihan Untuk Air :

Bonde - Zus Lemonade

Kanda - Caramel Maciato

Fatin - Hazelnut Latte







Menu Pilihan Untuk Cake :

Bonde - Chocolate Muffin

Kanda - Chocolate Muffin

Fatin - Burn Cheese Cake


Burn Cheese Cake


Banana Muffin



Chocolate Muffin

Harga Air Zus Coffee.

Harga air di Zus Coffee boleh tahan juga ada yang murah dan mahal, jadi kalau anda nak minum bolehlah pilih air kegemaran anda.

Semua menu yang kami cuba ni sedap dan kena selera masing-masing.. 

Kalau anda ke Zus Coffee apa menu yang anda minum dan makan?  Cuba anda kongsikan mana tahu Bonde berminat dan tertarik nak cuba lepas ni.


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. dulu selalu beli zus coffee, masa awal - awal pkp. setiap kali habis kerja, komfem beli. sikit - sikit badan mula naik.

    lepastu kena covid , masuk maeps. nurse kata macam ada kencing manis. terus tak beli zus sampai harini (macam dulu). kalau beli pun sebulan sekali/ orang belanja HAHAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami pun minum sini sekali sekala jer kalau teringin... tak selalu :) Risau pulak kalau ada kencing manis... kene kurangkan manis hehehe

      Padam
  2. kinah takde favourite pun, main order je. selalu order hazelnut latte je la.. next time boleh cuba yang caramel machiato pulak

    BalasPadam
  3. Caramel Maciato fav saya bonde. versi panas punya

    BalasPadam
  4. Hazelnut latte always my fav kalau kat Zus...Caramel Machiatto tu pun layan gak....

    BalasPadam
  5. banyak benar dah kedai viral macam ni kan.. kami je yang tak pernah lagi jengah

    BalasPadam
  6. Belum pernah cuba walaupun berkali-kali nampak kedai ni. 😅

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.