Kenapa Airbus A380 Di Pulangkan Kembali
Bagi anda yang nak tahu tentang sejarah Pendaratan Pertama airbus A380 di KLIA anda boleh baca petikan cerita dibawah ini.
Kenangan 12 tahun lalu, ketibaan pesawat komersial terbesar dunia itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut meriah yang dilihat era baharu sektor penerbangan negara.
Malaysia Airlines merupakan pelanggan kelapan dan terakhir membeli pesawat itu sebanyak enam unit.
Selepas 10 tahun berkhidmat, malang buat pesawat menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900 dengan kapasiti 494 penumpang itu apabila ‘terkandas’ hampir dua tahun di KLIA akibat pandemik.
14 November 2022 Pesawat Malaysia Airlines A380 penerbangan pertama penghantaran pulang ke tempat asal pembuatannya di Perancis.
Yang menjadikan Bonde sebak dan sedih, dari cerita-cerita yang dikongsikan bahawa pesawat Aielines A380 mungkin pergi tidak akan kembali lagi kerana Malaysia Airlines tidak lagi mampu menanggung kos ‘menjaga’ Pesawat tersebut yang sangat tinggi.
Walaupun tiada penerbangan antarabangsa, namun Malaysia Airlines masih perlu mengeluarkan perbelanjaan penyelenggaraan yang tinggi.
Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 bagi menyelamatkan syarikat terus mencatatkan kerugian, tender menjual dikeluarkan pada Julai 2021.
Pesawat itu akan dilupuskan sekiranya masih belum ada pihak berminat untuk membeli.
Sudah setahun Malaysia Airlines mengeluarkan notis tender menjual. (Tapi tiada Pembeli)
Destinasi Percutian Popular
Jemaah Haji Dan Umrah

5 Ulasan
sedih kan bonde.. walaupun tiada kaitan..dan tak pernah naik pun terasa gak sebak
BalasPadambesar cabaran perniagaan sekarang.....
BalasPadamnapak jugak berita pasal ni. Sedih tapi nak buat macam mana kalau kos melambung sebab nak jaga dia je
BalasPadamAntara yang terkesan sebab pandemik dulu.
BalasPadamkos mtc mmg mahal kalau tak pakai mmg costly nak simpan.. alahai kalau singgit dua nak gak beli satu huhu
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.