Menu Lunch Dekat Office....



Bonde nak kongsikan menu lunch makan dekat office minggu lepas. Ya Ampun.. lauk biasa tapi dia punya sedap luar biasa makannya.

Baca : Sayur MasakLemak

Menu Lunch Dekat Office

Menu Lunch Dekat Office


Menu Lunch Yang Simple

Nasi Putih beli dekat cafe office

Kacang Bendi beli dengan office mate rebus dekat pantry

Bendi



Bonde kira-kira Bendi ni ada lebih kurang 40 batang 
Asalnya beli nak buat masak asam pedas tapi tak jadi.. sedap rebus makan macam tu ataupun cicah sambal belacan jer.

Bendi

Peria Kanbas Muda beli dengan office mate hiris-hiris buat ulam

Peria Kambas

Peria ni sedap sangat buat ulam, tak berapa pahit!

Peria Kambas



Ikan Uji Rashid office mate bawak goreng dekat office

Sambal Belacan office mate bawak dari rumah (before ni dia bakar belacan kat office sudah satu office gempar bau belacan hahaha)


10 Kasiat Kacang Bendi


Sayur bendi sering dijadikan pelengkap kepada hidangan kari, selain dinikmati begitu sahaja sebagai ulam atau digoreng bersama cili. Tumbuhan yang berasal dari Afrika Tengah ini banyak ditanam di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Secara teknikal, bendi diklasifikasikan sebagai sayuran buah yang berlendir. Lendir daripada sayur bendi turut digunakan untuk memekatkan sos tomato. Tahukah anda akan kebaikan sayur ini daripada sudut kesihatan? Artikel ini akan membincangkan 10 khasiat sayur bendi.

1. Mengawal gula dalam darah


Seperti kebanyakan tumbuhan lain, bendi juga tinggi dengan kandungan serat. Serat membantu mengawal paras gula dalam darah dengan memperlahankan penyerapan gula daripada usus. Selain itu, fungsi ini juga berpotensi mencegah kerosakan buah pinggang, memandangkan kebanyakan penyakit buah pinggang berpunca daripada kencing manis yang tidak dikawal.

2. Merawat masalah penghadaman

Lenggai sayur bendi yang belum matang mengandungi polisakarida. Polisakarida ialah karbohidrat yang turut mempunyai sifat anti-lekat. Di dalam sistem penghadaman manusia, polisakarida ini membantu mencegah bakteria daripada melekat pada tisu perut, sekaligus mengelakkan pembiakannya. Sebagai contoh, komponen ini dapat mencegah pembiakan Helicobacter pylori yang berisiko menyebabkan gastritis dan ulser perut.

3. Meningkatkan kesihatan kulit


Lima batang sayur kacang bendi mampu membekalkan 11 miligram vitamin C, iaitu bersamaan 16% daripada saranan pengambilan vitamin C harian bagi orang dewasa. Vitamin C ialah salah satu antioksidan yang membantu proses pertumbuhan dan pembaikan tisu kulit. Oleh sebab itu, bendi mampu melambatkan proses penuaan kulit, di samping melindungi tubuh kita daripada kerosakan akibat radikal bebas.


4. Membantu proses pembekuan darah


Selain vitamin C, kacang bendi juga merupakan salah satu sumber vitamin K yang baik. Tubuh kita memerlukan vitamin K bagi menjalan proses pembekuan darah. Individu yang sering mengalami pendarahan gusi dan hidung atau aliran haid yang berlebihan mungkin mempunyai komposisi darah yang cair. Sumber vitamin K dapat memperbaiki kebolehan tubuh untuk memastikan proses pembekuan darah yang efisien.


5. Meningkatkan kesihatan jantung


Kandungan serat larut di dalam sayur bendi berfungsi untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah. Perkara ini dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Di samping itu, bendi juga mengandungi pektin yang berupaya mengubah suai penghasilan asid hempedu di dalam usus, dan seterusnya turut membantu mengurangkan kolesterol.

Selain itu, kandungan polifenol dalam sayur bendi berupaya mengurangkan penanda keradangan yang dikaitkan dengan penyakit jantung.


6. Memperbaik daya penglihatan


Vitamin A dan beta-karotena merupakan nutrien penting dalam memastikan kesihatan mata dan penglihatan. Sayur bendi merupakan sumber vitamin A yang baik! Di samping itu, kandungan ini juga mampu mencegah masalah kesihatan yang berkaitan dengan penglihatan.

7. Mengurangkan risiko kanser


Terdapat sejenis komponen yang terkandung di dalam kacang bendi dan dikenali sebagai lektin. Lektin mampu mencegah pembentukan sel kanser. Satu kajian tabung uji terhadap sel kanser payudara membuktikan bahawa lektik dalam sayur bendi dapat mengurangkan pertumbuhan sel tersebut sehingga 63%. Ekstrak sayur bendi juga didapati menyebabkan kematian sel kanser.

Namun begitu, kajian lebih mendalam terhadap tubuh manusia masih diperlukan bagi membuktikan khasiat ini.

8. Baik untuk ibu mengandung


Salah satu nutrien penting bagi wanita mengandung ialah vitamin B9 atau folat. Pengambilan folat yang mencukupi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang akan membantutkan perkembangan otak dan tulang belakang fetus yang sedang membesar. 100 gram kacang bendi dapat membekalkan kira-kira 15% daripada keperluan folat harian wanita.


9. Mencegah osteoporosis


Di samping membantu proses pembekuan darah, kandungan vitamin K dalam sayur bendi juga berfungsi untuk mencegah masalah tulang seperti osteoporosis. Selain kalsium, vitamin K juga berpotensi menguatkan tulang serta mencegah keretakan.

10. Mencegah stres


Melalui kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal, ekstrak kacang bendi didapati mempunyai kesan antioksida dan anti-stres. Pengurusan tahap stres juga merupakan salah satu langkah penting dalam mengawal paras gula dalam darah. Stres pada tahap yang tinggi dan berpanjangan berisiko menaikkan paras gula.

Diharapkan artikel khasiat kacang bendi ini akan memberikan sedikit sebanayak pengetahuan kepada para pembaca kepada kebaikan sayur ini.

Sumber : Khasiat Kacang Bendi

Kandungan Dan Khasiat Peria Katak


1. Polyphenols dan Flavanoid


Polypehols dan flavonoid ini merupakan kandungan yang bertanggungjawab memberikan sifat antioksidan selain kandungan vitamin C. Kandungan polyphenols ialah sebanyak 257.06mg namun akan meningkat ketika peria katak ini mencapai usia matang.

2. Saponins

Rasa pahit peria katak adalah berpunca daripada kandungan saponin ini. Saponin ini juga mempunyai kesan seperti mampu mengurangkan bacaan gula di dalam darah serta mampu membaik pulih kerintangan insulin.

3. Terpenoids

Terpenoids atau juga dalam bahasa kimia dikenali sebagai isoprenoids. Terpenoids juga mempunyai fungsi sebagai pemberi rasa pahit pada peria katak ini. Kajian mengatakan tumbuhan yang mempunyai terpenoids mempunyai sifat anti-kanser dan juga anti-kulat.

10 Khasiat Peria Katak Pada Kesihatan


1. Mampu mengawal bacaan gula di dalam darah


Kandungan saponin dan terpenoids mampu menggurangkan bacaan gula dalam darah pesakit kencing manis. Saponin dan terpenoids boleh membantu pergerakan gula dalam darah ke sel bagi proses penjanaan tenaga.

Selain itu, saponin dan terpenoids juga mampu membantu penyimpanan dan pemprosesan gula di dalam hati dan otot. Kajian terhadap pesakit kencing manis, mampu mengurangkan bacaan gula dalam darah dan bacaan HbA1c.


Peria katak juga membantu penghasilan insulin, dimana insulin yang bertanggungjawab menukarkan gula kepada tenaga seteusnya dapat seimbangkan bacaan gula dalam darah.


2. Rendah indeks glisemik

Indeks glisemik merupakan bacaan dari 1-100. Di mana bacaan ini digunakan sebagai aras untuk mengetahui kadar cepat atau lambat makanan tersebut untuk menaikkan gula di dalam darah.

Terdapat makanan yang menyebabkan gula naik terlalu cepat di dalam darah, iaitu makanan indeks glisemik tinggi. Terdapat 3 kategori indeks glisemik iaitu rendah (1-55), sederhana (56-70), dan tinggi indeks glisemik melebihi nilai 70. Bagi peria katak ini ialah indeks glisemik rendah iaitu bawah nilai 55.


Oleh kerana itu, peria katak sering dikatakan sesuai diambil oleh pesakit kencing manis disebabkan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Dimana, pesakit kencing manis disyorkan mengambil makanan yang rendah indeks glisemik.

3. Mempunyai kesan kepada kolesterol jahat

Pengumpulan kolesterol boleh menyebabkan pengumpulan plak pada salur darah yang akan menyebabkan jantung bekerja lebih keras untuk pam darah. Hal ini akan menyebabkan jantung berisiko mendapat sakit jantung serta berisiko mendapat strok sekiranya keadaan lebih teruk.

Kajian mendapati, ekstrak peria katak mempunyai kesan penurunan kolesterol jahat iaitu LDL kolesterol serta trigliserida. Kajian lain mendapati ektrak peria katak mampu mengurangkan kolesterol berbanding plasebo. Semakin tinggi ektrak peria katak, semakin tinggi penurunan kolesterol.

Namun, kajian terhadap manusia diperlukan dengan lebih meluas kerana kajian sangat terhad kepada haiwan sahaja.



4. Mempunyai sifat anti-kanser.

Kajian mendapati peria katak mempunyai sifat anti- kanser. Dalam satu kajian tabung uji dilakukan terhadap ekstrak peria mampu membunuh kanser sel perut, colon, paru-paru dan nasopharynx.

Kajian lain juga mendapati peria katak boleh membantutkan pertumbuhan sel kanser dan pembiakan sel kanser payudara serta membantu mematikan sel kanser.

Namun begitu, kajian ini hanyalah dilakukan menggunakan ekstrak peria katak yang sangat tinggi terhadap sel individu di dalam makmal. Malah, kajian ini memerlukan kajian yang lebih menyeluruh dan terhadap manusia.

5. Menggurangkan keradangan


Peria katak mempunyai sifat anti-keradangan. Anti keradangan mampu menggurangkan radang pada tubuh badan. Peria katak mempunyai polyphenols yang memberi sifat anti-keradangan. Satu kajian mendapati kesakitan terhadap osteoarthritis berkurangan setelah mengambil 3 kapsul yang berdos 500mg peria katak setiap satu kapsul.

Kajian ini juga menunjukkan keputusan positif terhadap kecederaan lutut berbanding plasebo setelah dilakukan selama 3 bulan.

6. Kaya dengan antioksidan

Peria kata juga dikatakan mempunyai sifat antioksidan. Hal ini kerana peria katak sangat kaya dengan vitamin C, vitamin A,E dan B. Ianya juga kaya dengan flavonoid, pehnolics dan carotenlids. Ketinggian antikosidan sejajar dengan rasa pahit disebabkan terdapat kandungan flavonoid, terpenes, isoflavones dan glucosinolate.

Disebabkan peria katak tinggi denga fitokimia, rasa pahit tersebut menyebabkan peria katak mempunyai tinggi sifat anti-oksida.

7. Kaya dengan sumber serat

Peria katak adalah sumber serat bagi manusia. Serat berfungsi mengawal paras gula dalam darah serta memberi rasa kenyang yang lebih lama dan disarankan mengambil serat bersama karbohidrat dan protein agar mendapat kesan yang efektif. Saranan pengambilan serat ialah 25-30g sehari.

Malah, 1 genggam peria katak mempunyai 1.1g serat. Serat juga mempunyai kelebihan dengan membantu penghadaman agar lebih lawas.

8. Menggurangkan simptom asma

Asma dan juga chronic obstructive pulmonary disease (COPD) adalah disebabkan oleh laluan udara yang sempit dan menyebabkan kesukaran bernafas. Untuk menggurangkan simptom ini, bronchodilator akan digunakan atau lebih dikenali sebagai inhaler.

Fungsinya ialah untuk membuka ruang laluan udara dengan memberi kesan ‘relax’ kepada otot. Namun, satu kajian ke atas peria katak mendapati ianya mampu memberikan kesan ‘relax’ kepada otot. Dan seterusnya menggurangkan simptom asma.

9. Mampu mengurangkan berat badan

Peria katak dikatakan mampu memberikan khasiat seperti pengurangan berat badan dan pemendapan lemak. Pemendapan lemak selalunya berlaku pada pelvis, pinggul dan peha bagi perempuan dan perut bagi lelaki. Masalah selulit juga merupakan pemendapan lemak pada tubuh badan.

Kajian pada tikus mendapati diet 0.75% peria katak mampu mengurangkan berat badan dan penurunan lemak visera. Kajian lain juga mengatakan peria katak diambil 2ml sehari mampu mengurangkan lemak viscera dan menurunkan hormon leptin.

Bagi orang yang mengalami obesiti, kerintangan leptin sering berlaku dan pengurangan leptin perlu bagi menurangkan berat badan. Jadi dengan pengurangan hormon leptin ini mampu membantu mengurangkan berat badan. Namun harus diingatkan bagi yang tiada masalah obesiti mekanisma leptin amat berbeza.

10. Mengubati malaria

Peria katak telah digunakan di negara Afrika sebagai perubatan tradisional sebagai ubat untuk malaria. Kajian dilakukan pada tikus diberikan 50mg, 100mg dan 200mg berat badan tikus. Namun, dos yang tertinggi iaitu 200mg setiap berat badan yang memberikan kesan positif terhadap malaria.

Namun, kajian ini hanya dilakukan kepada tikus dan belum ada kajian yang meluas tentang dos yang tepat kepada manusia.

sumber : Khasiat Peria Katak


Anda layan tak menu macam ni? Makan tambah berselera dengan nasi panas-panas.

Selamat mencuba!

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Hidangan tengahari yang sihat dan berkhasiat.

    BalasPadam
  2. sedapnya bendi, rebus gitu pun dah boleh buat ulam dah

    BalasPadam
  3. Sihat betul hidangan bonde ni...kalau SA x larat makan peria tu buat ulam...mesti nak kena masak dulu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.