Bagaimana Eskayvie Mindtropic Boleh Bantu Anda Tidur Dengan Lebih Lena Dan Mengatasi Masalah Stres



Bagaimana Eskayvie Mindtropic Boleh Bantu Anda Tidur Dengan Lebih Lena Dan Mengatasi Masalah Stres

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hai Pembaca semua... Untuk entri kali ini Bonde nak kongsikan pengalaman Bonde sendiri melalui Long-Covid.



Bagaimana Eskayvie Mindtropic Boleh Bantu Anda Tidur Dengan Lebih Lena Dan Mengatasi Masalah Stres

Apakah yang dimaksudkan dengan Long-Covid? Untuk pengetahuan semua, Long-Covid ini adalah gejala yang dialami berterusan walaupun selepas pulih daripada Covid-19. Bekas pesakit Covid-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh.


Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan Covid-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu. Gejala Long-Covid ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit Covid-19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit Covid-19 bergejala ringan mahupun bergejala serius.


Antara gejala yang Bonde alami adalah batuk berlarutan selama lebih kurang tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. Ada juga di kalangan rakan Bonde yang mengalami 'brain fog' cepat lupa, susah fokus, lambat pickup dan juga sukar untuk tidur serta mengalami kemurungan. Sebab tu jangan kita ambil ringan dengan Covid-19 ni walau pun kita dah masuk ke fasa endemik. Walaupun fasa endemik, virus ni masih ada ya dan ramai juga masih dijangkiti. Cuma ramai di antara kita yang dah tak ambil kisah.

 



Pada 18 Disember 2020, The National Institute for Health and Care Excellence (NICE), United Kingdom telah mengeluarkan satu garis panduan mengenai Long-Covid atau dikenali sebagai Sindrom Post Covid. Sindrom ini merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit Covid-19 masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih dan gejala-gejala tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif. Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan Covid-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.


Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit Covid-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Post COVID. Menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh KKM melibatkan 1,004 pesakit dari kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan, didapati 66 peratus daripada pesakit ini mengalami Sindrom Post COVID. Antara lima (5) simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit Covid-19 adalah kelesuan (fatigue), kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnea), sukar tidur malam (insomnia), batuk (cough) dan kegelisahan (anxiety).

Sumber: https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/long-covid-post-covid-syndrome-12062021

Bagi bekas pesakit Covid-19 yang mengalami Long-Covid ni sudah semestinya kehidupan yang dilalui tidak sama seperti sebelum dijangkiti. Bonde sendiri contohnya, sukar untuk tidur malam dan sukar dapatkan tidur yang lena. Bila tidur tak cukup ni sudah pasti prestasi kerja Bonde berkurangan. Badan jadi cepat penat dan tak bertenaga.

Daripada Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz Satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie



Baru-baru ini Eskayvie telah melancarkan produk terbaharunya iaitu Eskayvie Mindtropic yang menyokong kesihatan minda orang dewasa.

Eskayvie Mindtropic adalah vitamin booster minda yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri dan mineral yang dihasilkan dalam bentuk tablet kunyahan berperisa tropika untuk membantu menguatkan memori, memperbaiki mood dan tidur serta melegakan stres terutamanya bagi orang dewasa. Eskayvie Mindtropic ini mampu menyokong kesihatan minda yang terjejas akibat Long Covid-19.

Menurut National Institute on Aging, otak amat penting dalam mempengaruhi aspek berkaitan kognitif, daya tanggapan, tumpuan, ingatan, emosi, postur dan pergerakan tubuh manusia sehingga diumpakan bahawa tiada kehidupan yang boleh berlaku tanpa kewujudan otak.  Otak yang sihat dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah nutrisi, kecederaan, penyakit dan banyak lagi.  Ketika pandemik Covid-19, kajian mendapati jangkitan virus telah menyebabkan pengecutan otak terutamanya di bahagian kelabu yang mengawal emosi dan daya ingatan sebanyak 2%. Komplikasi Long-Covid yang mengakibatkan 'brain fog" kepada sehingga 32% daripada bekas pesakit COVID turut menggangu tahap konsentrasi dan daya pemikiran.

 

Kesannya, pelbagai gejala yang mengganggu kehidupan mungkin berlaku seperti:

     Lemah Ingatan

     Kurang Daya Tumpu

     Kabut Otak

     Sukar Tidur

     Keresahan

     Kemurungan

5 Bahan Utama Eskayvie Mindtropic

Eskayvie Mindtropic dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan utama yang terbaik 100% semula jadi untuk membantu menyokong kesihatan minda dan memudahkan pengambilnya tidur dan mendapatkan tidur yang lebih lena.

Di bawah ini Bonde ada senaraikan bahan-bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic.


Phosphatidylserine

Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.

Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA dari usia sebenar.

Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.


Ashwagandha KSM-66

Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.

Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.


Bacopa Monnieri

Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.


Magnesium

Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.

Galakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).

Selenium

Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.

Ia juga membantu menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

 


Kelebihan Eskayvie Mindtropic

Berikut adalah kelebihan Eskayvie Mindtropic:

     100 % Bahan Semula Jadi

     Sesuai untuk 18 tahun keatas

     Rasa Tropika Yang Enak

     Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan

     Tanpa Gula Tambahan

     Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award

Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic

 


Eskayvie Mindtropic adalah dalam bentuk tablet kunyah. Jadi ianya amat mudah diambil dan sesuai diambil tanpa air. Bila bentuk tablet ni, nak makan kat mana-mana pun mudah.

Cara pemakanan untuk orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.

Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.

 


Eskayvie Mindtropic Dihasilkan oleh formulator Dr Syid Ayob

Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri merupakan insan hebat di sebalik penghasilan pelbagai produk berkualiti tinggi keluaran Eskayvie.

Anak tempatan berjiwa besar ini menggunakan kepakarannya selama lebih 30 tahun di dalam bidang perubatan moden, alternatif dan anti penuaan di dalam memformulasikan produk-produk terbaik Eskayvie.

Berbekalkan pengalaman luas di dalam bidang perubatan sepanjang berkhidmat di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Kangar, Perlis, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri turut terlibat secara terus dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk semua produk berkualiti keluaran Eskayvie.

 

“Selaku Graduan Vrije Universiteit Brussels, Belgium Dalam Bidang Perubatan, Saya Merasakan Satu Tanggungjawab Besar Untuk Berkongsi Kebaikan Dan Memberikan Kesedaran Kepada Masyarakat Melalui Ilmu Yang Saya Perolehi. 

Sepanjang Lebih 30 Tahun Berada Dalam Bidang Perubatan Moden Dan Alternatif, Saya Terus Menerus Terlibat Dalam Proses Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Mengenai Bahan-Bahan Nutrisi Terbaik Dunia.

Menerusi rangkaian Doktor dari UK, Eropah dan serata dunia, saya telah mendapat pelbagai ilmu klinikal yang padat mengenai masalah stres Dan Anxiety yang anda hadapi.

Saya juga telah banyak berkongsi ilmu yang diperoleh melalui rancangan televisyen seperti Majalah 3, Bincang Petang, Wanita Hari Ini, Agro Jurnal, Nasi Lemak Kopi O, Medik TV, Selamat Pagi Malaysia dan banyak lagi.

Harapan besar agar usaha saya ini dapat menghasilkan lapisan masyarakat yang lebih peka dan berinformatif mengenai penjagaan kesihatan”


Maklum balas Pengguna Eskayvie Mindtropic


Puan Wan Noor Saliha

Susah Tidur Berikan Kesan Buruk Dalam Kerjaya Wanita Ini

Melalui perkongsian video diatas, Puan Wan Noor Saliha, seorang guru berkongsikan masalah beliau yang susah tidur dan sukar mendapat tidur yang lena hingga memberikan kesan buruk dalam kerjayanya. Namun semua itu berakhir setelah beliau mengamalkan Eskayvie Mindtropic secara konsisten. Kini beliau dah mudah tidur malam dan dapat tidur yang berkualiti.

Jom kita tengok maklum balas pengguna yang lain pula.




Kalau dahulu sentiasa panik bila nak present depan pengawai tapi sekarang dah relax dan langsung tak gelabah. Malam pun dah dapat tidur berbanding sebelum ni memang tak dapat tidur malam kalau ada presentation.

 


 

Sebelum ni kalau buat sesuatu selalu sahaja cepat lupa dan selalu rasa brain stuck sampai stres fikir bukan-bukan. Tapi selepas pengambilan Eskayvie Mindtropic masalah cepat lupa tu semakin improve. Pasangan yang ada masalah nak tidur dan migrain pun dah berkurangan lepas cuba Eskayvie Mindtropic.


Manfaat Dan Kelebihan Eskayvie Mindtropic 

Bagaimana Mindtropic Dapat Membantu Anda?

 


 

Bahan Nootropik (Juga Dipanggil Cognitive Enhancer) Di dalam Mindtropic Ini Dapat Membantu Mengimbangi Tahap Stres Anda Secara Semula Jadi, Dengan Menurunkan Penghasilan Hormon Stres Seperti Adrenaline Dan Kortisol. Ini Kerana Antara Punca Stress Adalah Kerana Paras Kortisol Meningkat Tetapi Paras Serotonin Menurun.

 

Secara amnya, di bawah ni antara manfaat yang anda boleh dapat dengan mengambil Eskayvie Mindtropic secara konsisten.

 

1.    Mengatasi gejala Brain Fog

2.    Merangsang perkembangan sel otak

3.    Menguatkan memori

4.    Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan

5.    Menjadikan mood & emosi lebih terkawal

6.    Membantu dapatkan tidur yang lebih lena

7.    Menjadikan lebih ceria & gembira

8.    Meningkatkan kesihatan tulang & otot

 

Kesimpulannya Bonde memang cadang dan sarankan kepada anda, ahli keluarga dan saudara-mara yang menghidap Long-Covid ni  untuk dapatkan Eskayvie Mindtropic ini di pasaran, untuk memulihkan kembali kesihatan seperti sebelumnya. 

Mana tahu, dengan pengambilan Eskayvie Mindtropic ini sebagai ikhtiar kita dapat pulih dari Long-Covid. Selain itu juga kita perlulah lebih peka tentang kesihatan otak agar tindakan awal dapat diambil untuk mencegah dan merawat sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Untuk info lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic anda boleh lawati laman web dan media social dibawah :

 

Website: www.eskayvie.com

FB PAGE: Eskayvie Malaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/?hl=en



#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

 


 ~ Bonde Senyum Riang ~


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Terima kasih info menarik ni. Mungkin boleh cuba produk ni.

    BalasPadam
  2. bagus ni untuk tambah supplement badan

    BalasPadam
  3. Macam menarik je ni...SA plak memang perlukan supplement untuk badan..

    BalasPadam
  4. Bagus ni untuk masalah susah tidur.. Banyak produk Eskayvie sekrg ye

    BalasPadam
  5. Bahaya rupanya long covid ni ye. Baru tahu.. bagus juga ada vitamin macam ni. Kita boleh cuba kawal diri kita untuk jadi lebih teruk lagi

    BalasPadam
  6. kesan dr covid mmg teruk juga kan... tapi mmg ramai yg rekomen produk esykavie ni.. mmg bagus pengambilannya

    BalasPadam
  7. Bagusnya ada Eskayvie MINDTROPIC utk atasi masalah tidur

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.