بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua...
Bonde nak kongsikan resepi dari thailand yang sangat sedap! Anda boleh pilih untuk masak menggunakan ayam atau pun daging.
Resepi Pad Kra Pao Daging
Bahan-bahan:
500gm daging kisar
Daun selasih secukupnya
1 biji bawang besar (copper)
3-4 ulas bawang putih – (copper)
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – hiris
1 batang cili solok - hiris
3 sudu kicap pekat
2 sudu lada hitam
1 sudu sos ikan (Bonde tak letak sebab tak ada stok)
1 sudu cukup rasa maggi
Sedikit minyak masak
Cara Memasak:
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
2. Kemudian masukkan daging kisar. Gaul hingga daging masak.
3. Seterusnya masukkan lada hitam, kicap pekat, cukup rasa maggi, cili padi, cili solok, daun selasih, Gaul rata.
4. Rasa Pad Kra Pao jika cukup semua perasa, padamkan api dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan juga telur mata.
Selamat Mencuba!
@bonde_cooking_time Daging masak #padkrapao #myfoodie #thaifood #thaifoodcooking #foodlover ♬ Mantan Gimanale (Kaka Main Salah) - Ayu Gurnita
~ Bonde Senyum Riang ~
7 Ulasan
Sedapnya pad kra pao ni..
BalasPadamjangan lupa cuba tau!
Padamlauk feveret saya ni bonde.. makan dengan telur mata dan sup kosong alahai nikmatnya
BalasPadammemang betul Mamapp sebelum ni saya pun tak pernah makan daun selasih tu, rupa sedap buat lauk jadi saya letak banyak-banyak hehehe
PadamNampak sedap la bonde...nanti nak cuba la..kalau pakai daging cincang ok x?
BalasPadamboleh juga SA, Nanti cuba tau..
Padamsedaplah bonde.. ni kalau letak dalam inti popia sedap agaknya ya
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.