Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua, Bonde nak kongsikan info menarik mengenai Produk Ayam Brand.
Meraikan Malaysia bersama Tuna dan Saba Kegemaran daripada Ayam Brand™
Ikan seperti tuna dan saba telah menjadi sebahagian besar daripada diet rakyat Malaysia. Pelbagai cara hidangan ikan yang versatil, berkhasiat dan enak ini disediakan oleh kumpulan etnik berbeza, mengingatkan kita semua tentang manfaat ikan terhadap kesihatan diri.
Ayam Brand™, jenama tempatan terkemuka di Malaysia dan Asia selama 130 tahun yang dikenali dengan banyak pilihan makanan dalam tin yang berkualiti dan sihat serta bebas bahan pengawet dan tanpa MSG tambahan, meraikan Malaysia dengan pilihan tuna dan saba kegemaran mereka sepanjang bulan September ini.
Mengapa anda perlu menambah tuna dan saba dalam diet?
Omega-3, sejenis asid lemak, tidak boleh disintesis dalam tubuh kita tetapi diperlukan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Ini termasuk untuk pertumbuhan otak dan perkembangan kanak-kanak dan melindungi jantung seperti mengurangkan tekanan darah dan trigliserida, memperlahankan pembentukan plak dalam arteri, menurunkan kemungkinan berlakunya ritma jantung yang tidak normal serta serangan jantung dan strok. Omega-3 juga membantu meningkatkan kesihatan mata, menangani keresahan dan kemurungan, menggalakkan perkembangan otak semasa hamil dan peringkat awal kehidupan, mengurangkan simptom ADHD dalam kalangan kanak-kanak, mencegah penyusutan kesihatan mental berkaitan usia dan penyakit Alzheimer serta mengurangkan senggugut.
Tuna Ayam Brand™ dan Saba Ayam Brand™ kaya dengan Omega-3, penyediaan yang mudah dan enak untuk kebaikan diet anda dan seisi keluarga. Sama ada anda muda, aktif, matang atau hamil, pengambilan makanan yang kaya dengan Omega-3 boleh membantu membentuk rakyat yang lebih sihat dan negara yang teguh.
Dalam suasana kemeriahan meraikan pembentukan Malaysia, Ayam Brand™ telah mengumpulkan beberapa resipi tempatan yang berbeza dan mudah bagi membolehkan anda mencuba dan meraikan peristiwa penting ini menerusi sajian makanan yang enak!
Resipi-resipi ini memaparkan Tuna Ketulan Dalam Minyak Zaitun Light Ayam Brand™, Saba Cili Ayam Brand™, Tuna Kepingan Dalam Air Light Ayam Brand™ dan Tuna Cili Ayam Brand™ dalam masakan Melayu, Cina, India dan tradisional.
Nasi Lemak Sambal Tuna
Nasi Lemak adalah hidangan kebangsaan Malaysia. Setiap keluarga mempunyai versi mereka tersendiri. Jadikan nasi lemak anda lebih sihat dengan menggunakan Tuna Ayam Brand™ untuk satu hidangan sambal yang tinggi dengan kebaikan Omega-3.
Ini caranya:
Untuk menyediakan pes sambal, kisar bawang besar, bawang putih, pes cili dan halia bersama air. Buka dua tin Tuna Ketulan Dalam Minyak Zaitun Light Ayam Brand™ dan tuangkan minyak zaitun dalam tin tersebut ke dalam kuali yang panas. Tambahkan sedikit minyak masak sekiranya perlu. Tumis pes sambal dalam minyak sehingga harum atau kira-kira lima minit. Tambah gula dan garam sehingga cukup rasa dan diikuti oleh serai. Kemudian, masukkan ketulan tuna yang diketepikan sebelum ini. Masak sehingga sambal menjadi pekat mengikut selera anda.
Untuk lebih memudahkan, sediakan nasi lemak dengan menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand™.
Lengkapkan hidangan nasi lemak bersama sambal tuna anda dengan hirisan timun, telur rebus, ikan bilis dan kacang goreng.
Masa penyediaan: 15 minit, tempoh masakan: 25 minit, hidangan: 4 orang
Peratal Saba
Peratal atau kari India kering adalah sejenis masakan berkuah pekat kerana tiada cecair dimasukkan semasa proses masakan. Ia merupakan hidangan kegemaran dalam kebanyakan kediaman masyarakat India dan di restoran-restoran yang menghidangkan nasi daun pisang. Tingkatkan pengambilan Omega-3 anda dengan sajian peratal saba yang pedas dan amat mudah disediakan ini.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga harum. Tambahkan Tomato Cincang Ayam Brand™, garam, daun kari, serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar. Masak sehingga tomato menjadi lembut dan menjadi pekat. Tambahkan Saba Cili Ayam Brand™ dan kacau atas api sederhana sehingga ikan dan kuah bercampur sebati.
Peratal Saba menjadi lebih lazat dengan perahan lemon atau limau serta dihias dengan daun ketumbar. Hidangkan ia bersama nasi atau roti seperti capati.
Sup Wantan Tuna
Sup wantan merupakan satu hidangan yang selesa untuk dimakan setiap hari. Tambahkan manfaat nutrisi Omega-3 dalam hidangan wanton anda dengan menggantikan daging dengan tuna.
Amat mudah untuk menyediakan ladu (dumpling) tuna. Toskan air yang ada dalam tin Tuna Kepingan dalam Air Light Ayam Brand™. Gaul kepingan tuna bersama lada hitam, garam, minyak bijan dan daun bawang yang dihiris halus. Masukkan satu sudu besar ikan ini di dalam kulit wanton dan bentukkan lipatan dengan sedikit air. Dengan perlahan-lahan, masukkan wanton dalam air panas, kacau dan keluarkannya apabila ia timbul ke permukaan.
Hidangkan wanton tuna anda dengan sup ringkas dan mi. Bagi memeriahkan hidangan anda, tambahkan sayur pak choy yang telah distim dan sedikit minyak bawang atau minyak bawang putih.
Ubi Rebus dengan Sambal Tuna Cili
Ubi rebus atau ubi kayu rebus adalah sajian kegemaran ramai, khasnya bagi mereka yang dibesarkan di kampung. Walaupun ia boleh dihidangkan sebagai satu sajian pencuci mulut yang manis, namun hidangan ini menjadi lebih menyelerakan apabila dimakan bersama sambal pedas.
Hasilkan hidangan nostalgia kegemaran Malaysia yang lebih sihat dengan Tuna Cili Ayam Brand™ yang kaya dengan Omega-3. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Potong kecil anggaran saiz 5cm. Dalam sebuah periuk, didihkan air dan masukkan garam. Masukkan potongan ubi kayu dan masak selama 30 minit. Keluarkan ubi kayu yang telah dimasak menggunakan senduk berlubang.
Hidangkan ubi rebus itu bersama Tuna Cili Ayam Brand™ sebagai pencicah. Untuk menambahkan lagi keenakan dan rasa pedas, tambah bawang besar, cili padi dan daun ketumbar yang telah dipotong halus serta perahkan sedikit limau atau lemon pada sajian tuna berkenaan.
Produk-produk Ayam Brand™ boleh didapati di rangkaian Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Bens, Hero, Mydin, TF Value, The Store/Pacific, Econsave dan Matahari, atau dengan mengunjungi Kedai Ayam Brand™ di Shopee dan Lazada.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan beg tote Ayam Brand™ edisi terhad yang praktikal dan berguna secara percuma dengan setiap pembelian bernilai RM30 produk Ayam Brand™ atau yumeat di rangkaian-rangkaian terpilih.
Untuk memenangi kredit e-dompet bernilai RM30, kongsikan gambar menggunakan beg tote ini di laman sosial bersama kapsyen paling kreatif anda dengan meletakkan tanda pagar #Ayam130Tahun serta menghantar DM resit pembelian anda ke laman Instagram Ayam Brand Malaysia. Peraduan ini bermula dari bulan September hingga Oktober ini.
Bukan itu sahaja! Kunjungi Concourse, Orange Atrium, Sunway Pyramid dari 2 hingga 6 November 2022 untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik.
Dapatkan resipi penuh di pautan ini (https://docs.google.com/document/d/1F6qrbrXBs
OvL_2HBDqBO1QiC4H0xprfIEOf8rRZUsVc/edit?usp=sharing) (gunakan akaun Gmail untuk mengakses) dan untuk lebih banyak resipi, layari www.ayambrand.com.my
Mengenai Ayam Brand™
Ayam Brand™, nama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 130 tahun, terkenal dengan pelbagai jenis makanan dalam tin berkualiti dan sihat yang bebas dari pengawet dan tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand™ dikilangkan dengan kemudahan terkini yang memenuhi piawaian antarabangsa tertinggi dengan pensijilan yang diiktiraf seluruh dunia (HACCP, ISO 9001) dan disahkan 'Halal', Ayam Brand™ telah disenaraikan dalam 10 terbaik sebagai jenama FMCG pilihan yang paling banyak di Malaysia. Menurut Kantar Worldpanel's Asia Brand Footprint Study 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari www.ayambrand.com.my atau sertai https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia
2 Ulasan
aduyai sedapnya.. makan ubi dgn sambal tuna ok juga kan
BalasPadamMenarik semua cadangan menunya.
BalasPadamSaya terpikat dengan nasi lemak sambal tuna.
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.