Kirei Kirei Memupuk Amalan Mencuci Tangan Yang Baik di Sekolah-Sekolah Rendah Sekitar Kawasan Lembah Klang
4,000 orang murid-murid mengambil bahagian dalam fasa pertama program dengan rancangan untuk mencapai lebih ramai lagi pada program seterusnya
Dengan tujuan untuk memupuk amalan mencuci tangan yang baik dalam kalangan kanak-kanak, jenama pencuci tangan No. 1Jepun, Kirei Kirei telah menjalankan program mencucitangan untuk murid-murid sekolah rendah di Lembah Klang sepanjang beberapa bulan yang lalu. Lebih 4,000 orang murid-murid mendapat manfaat daripada program ini dan produk bernilai RM50,000 telah disumbangkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut.
Sejak dua tahun lalu, amalan mencuci tangan menjadi salah satu rutin harian yang paling ditekankan dalam kalangan masyarakat. Sejak itu, amalan ini telah dilihat sebagai kaedah yang berkesan dalam membantu mencegah penyebaran penyakit, yang biasanya disebarkan melalui kebersihan tangan yang kurang baik. Apabila keluarga anda sihat, anda tidak perlu risau tentang ketinggalan waktu persekolahan, kerja atau aktiviti lain.
Mencuci tangan ialah cara yang mudah, menjimatkan dan berkesan untuk menghapuskan kuman, mencegah penyebaran kuman kepada orang lain dan mengelakkan penyakit. Ini amat berguna terutamanya untuk mencegah penyakit seperti penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) dan Influenza, yang menyaksikan peningkatan kes di negara ini dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.
Walaupun ramai murid-murid mencuci tangan mereka dengan air, hanya sebilangan kecil yang benar-benar menggunakan sabun yang mampu membasmi kuman dengan lebih berkesan. Dengan itu, Kirei Kirei mencipta program yang menyeronokkan dan mendidik untuk memupuk amalan mencuci tangan dengan betul dalam kalangan murid-murid diMalaysia.
'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'– pepatah ini menekankan kepentingan menerapkan nilai dan tabiat yang baik ketika seseorang itu masih muda. Melalui Program Sekolah Kirei Kirei 2022, lebih 4,000 murid-murid sekolah rendah telah dididik tentang kebersihan diri, dengan tumpuan khusus kepada kebersihan tangan.
Berikutan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kirei Kirei telah memulakan program di sekolah pada bulan Mac 2022 di sekolah swasta dan antarabangsa di sekitar Lembah Klang. Para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi bercerita tentang kuman dan kepentinganmencuci tangan. Mereka juga boleh mereka bentuk dan menghiasi label pelekat botol Kirei Kirei mereka sendiri untuk dilekatkan pada botol bagi mempromosikan dan menggalakkan tabiat mengisi semula yang membantu mengurangkan sisa dan kebimbangan alam sekitar.
Kirei Kirei menjadikan amalan mencuci tangan lebih mudah dan menyeronokkan dengan video 7 langkah mencuci tangan sambil diiringi lagu 'Selamat Hari Lahir'. Video "sebelum dan selepas" yang memaparkan penggunaan cahaya UV turut dikongsi bersama pelajar. Video ini menunjukkan bahawa teknik mencuci tangan yang tidak betul boleh meninggalkan kuman dan bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Bagi memupuk amalan mencuci tangan yang betul, KireiKirei turut menyumbangkan produk Kirei Kirei FoamingHand Wash bernilai RM53,000 kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen ini. Produk-produk ini diletakkan di seluruh perkarangan sekolah, seperti kantin, tandas, singki, dan kawasan lain yang sesuai supaya pelajar dapat menjaga kebersihan tangan pada bila-bila masa. Poster dan pelekat cermin juga diletakkan di tempat yang strategik sebagai peringatan tentang tujuh langkah mencuci tangan.
“Saya berharap Program Sekolah Kirei Kirei 2022 dapat memberi impak yang besar dan positif kepada generasi akan datang. Berdasarkan sambutan hebat daripada program tahun ini, kami akan terus mendekati lebih banyak sekolah dalam fasa seterusnya. Sasaran kami adalah untuk mengadakan lebih banyak sesi di sekolah-sekolah di Lembah Klang!” sambung Mabuchi.
Sabun Pencuci Tangan Anti-bakteria Kirei Kirei yang selamat untuk kanak-kanak didatangkan dalam dua varian:
Moisturizing Peach
Nourishing Berries
Moisturizing Peach dan Nourishing Berries. Setiap varian boleh didapati dalam bentuk botol 250ml (RM12.50) dan pek isi semula 200ml (RM8.50).
Beli produk Kirei Kirei di cawangan Don Don Donki, AEON, AEON Maxvalu, AEON Wellness, Jaya Grocer, Village Grocer dan Ben’s IndependentGrocer yang terpilih.
Anda juga boleh memesan di Lazada atau Shopee dengan penghantaran terus ke depan pintu rumah anda!
Untuk lebih banyak kemas kini tentang Kirei Kirei, lihat halaman Facebook dan laman web rasmi Kirei KireiMalaysia.
Tentang Kirei Kirei
Kirei Kirei diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai sabun pembersih tangan pada tahun 1997 di Jepun. Produk ini telah dihasilkan berikutan beberapa siri penularan keracunan makanan besar-besaran di Jepun, disebabkan oleh bakteria patogenik E. coli O157 menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Ini menyebabkan syarikat menjalankan misi sosial untuk memupuk “tabiat mencuci tangan” bagimelindungi kanak-kanak daripada bakteria dan virus, dengan mencipta sejenis produk yang dapat membantu mereka memupuk tabiat ini.
Untuk memupuk tabiat mencuci tangan di kalangan kanak-kanak, seluruh keluarga perlu mengamalkan tabiat ini. Tabiat ini tidak boleh dipupuk melalui disiplin tegas dan paksaan, ia perlu dilakukan dengan perasaan gembira supaya kanak-kanak berasa seronok sewaktu mencuci tangan. Kami percaya amalan kerap mencuci tangan harus dijadikan tabiat yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga dan ini merupakan konsep sabun pembersih tangan Kirei Kirei.
Selepas beberapa tahun Kirei Kirei diperkenalkan di Jepun, ia menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 negara tersebut pada tahun 2000. Sabun ini menduduki kedudukan tersebut selama 21 tahun berturut-turut, dan masih lagi menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 di Jepun pada tahun 2021.
8 Ulasan
wangi dan banyak buih. anak2 sy suka salah satu packaging dia comel.
BalasPadampenting amalan mencuci tangan especially di musim pandemik.. terbaiklah kirei kirei
BalasPadamTahniah Kirei Kirei, inisiatif yg bagus untuk kanak-kanak
BalasPadamTiya bukan main suka dengan produkkirei- kirei ni...banyak buih dan wangi...kejap2 nak cuci tangan..kotor sikit je mintak cuci tangan
BalasPadamwangi baunya bonde, anak aina suka
BalasPadamKenal dgn brand ni, tapi belum pernah try. Ada yg review, sabunnya harum n sesuai utk kanak kanak ... Program yg dibuat pun sgt baik, supportive dlm usaha nak didik anak utamakan kebersihan Dan pentingnya amalan membasuh tangan.
BalasPadamfirst time tau brand ni. botol dia nampak cantik dan menarik
BalasPadamI'm also using this Kirei Kirei hand wash at home, it's nice to use with its rich foam, love it. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.