بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua... Bonde nak kongsikan...
Menu-Menu Sedap Dekat Abang Strawbery
Kalau anda bercuti dekat Cameron Highland anda wajib singgah dekat Abang Strawbery nih, untuk menikmati menu-menu viral yang ada disitu.
Sebelum itu, anda kenalah ikuti tips untuk selesa makan dekat Abang Strawbery tu.
Tips Makan Dengan Tenang Dekat Abang Strawbery
1. Datang Awal Pagi
Kalau anda nak datang makan dekat Abang Strawbery anda kena datang awal pagi. Sebab menghala ke Kampung Sedia selalunya jalan akan sesak diwaktu pagi. Kalau lambat anda kena beratur tunggu meja kosong... baru boleh masuk.
2. Parking Kereta
Kalau datang awal anda boleh dapatkan parking kereta yang selesa, nasib baik boleh dapat [arking depan kedai Abang Strawbery jer.
3. Cari Meja Yang Selesa Mengikut Bilangan Ahli Keluarga
Datang awal boleh dapatkan meja yang sesuai mengikut bilangan ahli keluarga. Kalau bawak family yang ramai kesian mereka terpaksa tunggu lama nanti.
Menu-Menu Sedap Dekat Abang Strawbery
1. Nasi Lemak Sambal Strawbery
2. Soto
3. Scones
4. Roti Bakar
Nasi Lemak Sambal Strawbery |
Soto |
Scones |
Roti Bakar |
Kedai Abang Strawbery
Apa yang menarik untuk dibeli di kedai Abang Strawbery?
Selalunya Bonde akan singgah di kedai Abang Strawbery untuk beli Sambal Strawbery (basah), Sambal Strawbery (kering) dan Jem Strawbery.
Nikmati Pengalaman Memetik Strawbery
Jika Strawbery tengah banyak berbuah, bolehlah anda memetik Strawbery tersebut dan nikmati rasa seperti berada di kebun sendiri. Seperti biasa ada bayaran dikena untuk masuk ke kebun Strawbery tersebut.
Cop meja panjang terus sebab datang beramai-ramai dengan kawan-kawan hehehe
Moga tip dan info yang saya kongsikan ini menjadi panduan dan bermanfaat untuk anda semua, Selamat menjamu selera.
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
Menarik juga ya Bonde, boleh lah singgah sini kalau ke CH nanti..
BalasPadamAssalamualaikum... jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html
BalasPadambolehlah singgah nantibile ke sana
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.