Adakah Kembiri Atau Pemandulan Kucing Baik Atau Tidak?




Pernah mempunyai kucing yang suka memberi tanda atau suka memancut sesuka hati di rumah apabila datangnya waktu kucing menjadi biang? Memang pengalaman ini tidak akan bagus kerana tekanan dan rasa nak marah akan timbul disebabkan oleh bau yang tidak selesa dalam rumah

Adakah Kembiri Atau Pemandulan Kucing Baik Atau Tidak?





Di samping, kita juga terpaksa menggemaskan dan mencuci tempat-tempat yang telah ditanda oleh kucing tersebut.

Kucing yang biang akan menanda tempat-tempat tertentu sebagai tarikan. Sebagai contoh, kucing jantan akan tanda untuk menarik kucing betina dan begitu juga dengan kucing betina untuk menarik kucing jantan.

Tempoh Kucing Melahirkan Anak

Kucing akan melahirkan anak tiga kali dalam setahun.

Purata bilangan anak setiap kelahiran adalah empat hingga enam ekor.

Kucing akan mula datang biang dan bunting semula mulai daripada umur empat bulan.

Tempoh bunting adalah 64-67 hari atau dua bulan ++.

Tiga Kebaikan Pemandulan Kucing

1) Mengurangkan sifat merayau untuk mencari kucing jantan dan mengawan.

2) Kos untuk menjaga haiwan yang dikembiri adalah lebih rendah kerana kita tidak perlu menjaga anak-anak kucing.

3) Mengelakkan risiko tumor dan barah mamari (kelenjar susu) , Jankitan Rahim bernanah (pyometra) dan kurang risiko penyakit berjangkit seperti FIV dan FelV (leukemia kucing)


Proses Pemandulan Kucing

Pemandulan dilakukan melalui proses pembedahan yang dilakukan di bawah pengaruh anestesia. Ini adalah bertujuan untuk menghalang keupayaan kucing tersebut membiak.

1) Hubungi klinik terdekat untuk mendapatkan temujanji pemandulan kucing.

2) Selalunya klinik akan menyarankan anda untuk mendapatkan vaksin dan memberi ubat cacing terlebih dahulu.

3) Selepas dua bulan anda akan diberi temujanji untuk pemandulan kucing

4) Kucing hendaklah dipuasakan selama 10 jam sebelum pembedahan dibuat.

5) Proses pembedahan mengambil masa 20 hingga 30 minit sahaja.

6) Anda perlulah mengasingkan kucing anda di dalam sangkar yang berlapikkan kain lembut atau suratkhabar.

7) Letakkan kucing anda di tempat yang senyap, redup atau gelap, dan sebaik-baiknya jauh daripada kanak-kanak.

8) Pastikan sangkar kucing sentiasa bersih.

9) Periksa tempat jahitan sama ada bernanah, membengkak, darah mengalir, luka tidak kering ataupun memberi bau yang busuk.

Proses Pemandulan Kucing Betina


Bagi kucing betina, pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuang ovari dan uterus.

Dalam sesetengah kes, hanya ovari yang dibuang. Jahitan kecil perlu dilakukan setelah pembuangan organ peranakan selesai.



Proses Pemandulan Kucing Jantan


Bagi kucing jantan, prosedurnya lebih ringkas dan tidak memerlukan jahitan.

Ia dilakukan dengan membuang organ zakar kucing.



Berapa Lama Tempoh Sembuh Selepas Pembedahan Dibuat


Untuk kucing betina, ianya akan sedar dalam 2-3 jam selepas pembedahan dibuat antara 4-5 jam dan pulih sepenuhnya dari kesan anestesia dalam tempoh 48 jam.

Luka akan sempung dalam tempoh 10 hingga 14 hari.

Rehat Yang Mencukupi Selepas Pembedahan

Jaga kucing anda di dalam rumah dan biar mereka berehat sekurang-kurangnya seminggu.

Terlalu banyak pergerakan seperti menaiki tangga, melompat atau bermain secara agresif boleh melambatkan proses penyembuhan.

Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan Selepas Kucing Dimandulkan


Anda tidak boleh memandikan kucing betina dalam tempoh dua minggu.

Jangan gunakan pasir untuk tempat najis kucing, debu pasir akan menyebabkan luka lambat baik.

Justerunya, rancang pembiakan kucing anda dengan sebaiknya. Anda boleh mengelakkan kebutingan yang tidak diingini pada kucing anda dengan memandulkannya.



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Bab ni yang sentiasa menjadi persoalan di hati...kadang ada yang kata boleh ada yang kata x boleh sebab menghalang nafsu haiwan, sedangkan haiwan ada nafsu...tapi ada banyak kemungkinan yanga menjadikan kembiri perlu dilakukan, contoh kalau kucing tu berulang kali melahirkan anak dan membiak tanpa jagaan kan...i dont know...only my 2 cents...

    BalasPadam
  2. dialu-alukan buat ni.. tapi kucing kami pun banyak lagi belum buat huhu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.