Minyak Masak Naik Harga Ini Cara Penjimatannya



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Selamat berhujung minggu semua.  Semua kaum wanita okay tak tu? Semalam semua group wasap kecoh kongsikan perbezaan mengenai harga minyak tanpa subsidi mulai 1 Julai 2022.

Senarai Harga Minyak Mulai 1 Julai 2022



Tiga Cara Nak Jimat Minyak Masak

- gunakan kaedah masakan rebus-rebus atau kukus-kukus

- gunakan kaedah masak bakar-bakar

- Lebihkan makan sayur ulam-ulaman (eat clean)

Cara-Cara Mengoreng (Deep Frying) Dengan Betul

Semasa goreng tentukan sentiasa suhu minyak dikekalkan kepada 180-190 darjah C. Semasa goreng ayam atau ikan yang bersalut tepung (bater) dimasukkan dalam minyak yang panas yang bersesuaian, suhu yang panas bersesuaian akan cepat membentukan perisai (shield) untuk minyak tidak dapat menyerap ke dalam bahan gorengan yang masih sejuk dan hasil gorengan tidak terlampau berminyak.

Isi ayam atau ikan digoreng akan masak melalui cara tidak langsung dari haba minyak tetapipengaliran haba perisai tepung dan bahan di goreng. Dengan ini juga pembaziran minyak boleh jimatkan.

Sekiranya minyak tidak cukup panas. Perisai tepung tidak akan terbentuk maka minyak akan sampai kepada isi ayam atau ikan sebelum lapisan tepung cukup masak (garing) untuk jadikan lapisan yang perisai. Hasil masakan seperti ini terlalu berminyak.

Sekiranya anda goreng menggunakan habuk roti (bread crumb) celupkan bahan goreng (ayam) itu didalam telur yang di pukul ringan dan gulingkan ke dalam habuk roti (bread crumb) yang telah ditambah garam dan lada (seasoned). Biarkan selama 15-20 mint sebelum mengoreng untuk ia menjadi kering dan bread crumbs melekat pada bahan goreng.

Untuk gorengan ayam atau ikan tidak boleh gunakan garam semasa goreng. Garam akan menyebabkan wap air wujud dipermukaan bahan gorengan dan menyebabkan gorengan anda meletup. Garam halus boleh taburkan sedikit semasa hidangan telah goreng.

Sumber info : rasa.my

Beralih Arah Kepada Penggunaan Air Fryer

Ayuh tukar corak pemakanan, selain itu, boleh mula mngawal dan menjaga corak pemakanan dan mengamalkannya untuk kesihatan badan.

Power rating AF ini adalah 1500W. Bermaksud penggunaan elektrik sebanyak 1.5kW bagi penggunaan AF selama satu jam.

Kemudian lihat pula tariff elektrik TNB. Tariff elektrik contoh  ambil 33sen/kWh.

Bermaksud untuk penggunaan satu jam AF , Bill elektrik adalah 1.5kWh*33sen = 50sen.

Sehari pakai 1 jam= 50sen
Kalau 15 hari(1jam) = 15*50sen= Rm7.50
Kalau 30 Hari(1jam) = 30* 50sen= Rm15


Berminat dengan air fryer diatas klik link dibawah :



Beminat nak dapatkan Air Fryer Disposable Paper link dibawah :


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Mujurlah dah beli satu gajet ni.. bolehlah berjimat sikit guna minyak

    BalasPadam
  2. mujur saya mmg guna air fryer dari dulu mmg mudah dan healthy

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.