Review Handbags Romytisa



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat petang, Hai Pembaca Semua...

Bonde nak perkenalkan laman web Romytisa yang bakal menjadi kegilaan wanita untuk membeli pelbagai jenis handbag.


Beg Wanita Adalah Aksesori Wanita


Setiap wanita memerlukan sekurang-kurangnya satu beg tangan untuk kehidupan yang sempurna. Romytisa menawarkan pelbagai pilihan beg wanita dengan gaya ringkas dan bergaya termasuk beg silang badan, beg bahu, beg baguette dan banyak lagi.

Ada Lapan Jenis Bag Yang Boleh Anda Beli Di Web Romytisa.


1. Hobo Bags
2. Leather Bags
3. Tote Bags
4. Prom Bags
5. Top Handle Bags
6. Clear Bags
7. Baguette Bags
8. Clutch Bags

Handbags Yang Menjadi Pilihan Bonde Di Romytisa

Women's Vegan Leather Joint Tote Bags With Crossbody Strap

 ROMY TISA
 619910987529RT-1
$69.99
link terus ke halaman handbags :


Penerangan Mengenai Handbags

  • Kulit vegan yang diketengahkan
  • Reka bentuk fesyen yang ringkas
  • Empat warna tersedia
  • Pemegang atas padat
  • Tali tambahan disediakan
  • Logam Berkualiti Tinggi
  • Zip licin padat
  • Lapik & jahitan yang teliti
  • Ukuran beg: L34 * W10 * H24 cm

Beg Vegan


Beli beg kulit vegan Romytisa dengan gaya unik dan harga berpatutan. Daripada beg tangan vegan kepada beg tote vegan dan beg silang badan vegan, anda pasti akan menemui cinta sejati anda.
Beg Women's Vegan Leather Joint Tote Bags With Crossbody Strap ada 4 pilihan warna yang menarik iaitu :

1. Tan
2. Black
3. Brown
4. Coffee

Belian kali ini Bonde telah memilih warna brown untuk koleksi handbag Bonde.

Review Bonde Mengenai Handbags Romytisa

Handbags Vegan Leather Joint Tote Bags ini sangat sesuai digayakan ke Majlis-majlis dan juga boleh digunakan di Pejabat. 

Handbags Vegan Leather Joint Tote Bags yang Bonde pilih mempunya tiga poket yang luas.

Ada dua poket antaranya dua berbutang kiri dan kanan boleh memuatkan handphone,  power bank dan juga kunci. 

Maka poket ditengah berzip boleh meletakkan ipad, buku dairy atau nota, pen, wallet, mask, hand sanitizer, liptick, bedak compac, minyak wangi.

Mempunyai dua gaya pemegangan ianya boleh dipegang menggunakan tangan atau selesa sangkut dibahu.

Bonde sangat sukakan handbags yang macam ni, sebab mudah memuatkan barang-barang keperluan untuk dibawa ke pejabat.





Pembelian di Romytisa sangat mudah dan senang. Anda boleh membuat pembayaran dengan menggunakan Kad kredit dan kad debit.

Bagaimana Cara Membayar Dengan Kad Kredit Atau Kad Debit?


Paypal kini menerima pembayaran dengan kad debit dan kredit, sila lihat di bawah panduan membeli-belah tentang cara untuk mengisi pembayaran anda dengan kad kredit atau kad debit dengan cepat dan selamat.

Anda Juga Boleh Membuat Pembayaran Menggunakan Akaun Paypal.


Semua maklumat anda dilindungi dengan selamat oleh Paypal sepanjang proses pembayaran.

1.Pilih beg kesukaan anda dan proses ke halaman pembayaran, pada halaman itu, hanya klik butang paypal pembayaran ekspres. Jika anda tidak mahu membuat pembayaran secara nyata, anda boleh mengisi alamat penghantaran anda dan proses ke halaman pembayaran juga kemudian.



Tip Memilih Tas Tangan Iaitu Mengikut Jenis Bentuk Tubuh.

1. Untuk Anda Yang Kurus Tinggi

Beg tangan jenis hobo iaitu pendek dan lebar paling sesuai. Cuba elakkan beli shoulder bag jenis bertali pendek kerana ini akan kelihatan lebih rendah dari ketinggian sebenar.

Jenis tote sesuai menyerlahkan penampilan manakala jenis genggam juga tidak akan mengecewakan anda.

2. Untuk Anda Yang Bertubuh Kecil

Beg yang besar memang tidak sesuai untuk mereka bertubuh kecil kerana akan menutup bentuk badan anda yang sudah sedia kecil.

Elakkan beg sandang di bahu dengan tali panjang kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih rendah. Beg tangan dari jenis tote cukup sesuai untuk menampakkan keseimbangan tubuh.

3. Untuk Anda Yang Bertubuh besar


Jika anda berbadan besar sebaiknya cari beg yang berbentuk bersegi dan bersaiz besar supaya tidak akan kelihatan lebih besar daripada beg yang dibawa.

Pastikan corak tidak terlalu kecil atau terlampau berwarna-warni. Pilih beg jenis lembut atau berbentuk bulat kerana ia akan menampakkan tubuh anda lebih besar.

4. Untuk Anda Yang 'A' Shape Atau Jenis Pir


Biasanya mereka bertubuh jenis ini memiliki masalah agak besar di bahagian pinggul dan kecil di bahagian dada. Sebolehnya cuba alihkan perhatian ke bahagian lain di atas.

Jenis tali pendek sesuai untuk anda melindungi bahagian dada yang kecil dan memberikan keseimbangan terhadap keseluruhan bentuk tubuh.

Perlu mengekalkan beg dari jenis sling kerana ia akan memberi perhatian di bahagian pinggul yang lebih besar.

Moga perkongsikan ini dapat memberi panduan untuk anda membuat pemilihan handbags nanti.  Apa yang anda wajib tahu, handbags ada pelbagai bentuk, fungsi dan kegunaan.  

Untuk anda yang masih tercari-cari handbags yang bersesuai dengan anda, bolehlah anda rujuk info yang diberikan dan cepat-cepat membelinya di web Romytisa


Untuk mendapatkan info dan promo handbags Romy Tisa anda bolehlah ke lawam Web dibawah:


Media social :

Facebook : ROMY-TISA

Instagram : romytisa


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. cantik pilihan bonde..saya suka..dh terjah website Romytisa..ohmaiiii rambang mata..dah la saya ni pencinta & pengumpul beg tegar..hehe..tggu gaji baru pi shopping kat situ...

    BalasPadam
  2. cantik beg leather crossbody tu. harga pun ok..

    BalasPadam
  3. kaler dia tu cantik la bonde.. berkenan mata kita tengok

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.