Kemudahan Cuti Kuarantin



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat malam, memandangkan sekarang kes HFMD meningkat dari hari kehari, menjadi masalah kepada ibu-ibu yang berkerja. jadi mereka kena mengambil cuti untuk manjaga anak yang perlu dikuarantin.

Pengusaha Taska tidak akan mengamil anak anda sekiranya ada simptom demam , bintik merah di tapak tangan dan kaki dan ulser mulut.



Jika anak anda ada tanda-tanda HFMD


Pergi ke klinik, rawatan terhadap HFMD adalah untuk mengurangkan simptom radang pada kulit seperti yang ditunjukkan pada gambar salah seorang pesakit kanak-kanak HFMD. 

Ramai juga disaran oleh doktor untuk ke farmasi beli ubat, dan di kalangan ibubapa ada yang tidak pasti apa yang perlu dibeli.

Ibubapa boleh cuba dapatkan ubat yang disenaraikan di bawah ini :

1. Calamine lotion (ada sedikit menthol):
untuk memberi kelegaan pada kulit yang radang.

2. Sabun Neem atau sabun daun semambu:
Juga untuk menghilangkan rasa tidak selesa kulit serta mengurangkan jangkitan pada kulit. Ada dalam bentuk sabun buku dan body wash/gel.

3. Aftamed gel/spray untuk melegakan radang/ulcer dalam mulut dengan cepat. Aftamed memang terkenal sebab tindakannya yang cepat

Sekiranya tiada stok Aftamed, boleh juga cari gengigel, kin care gel, Aloclair gel/spray, Munatoril spray. 

Dapatkan nasihat ahli farmasi mengenai rawatan yang sesuai.

Kemudahan Cuti Kuarantin

Dengan ini kerajaan telah memberi cuti kuarantin kepada ibu/bapa yang perlu cuti untuk menjaga anak mereka.

  • Kemudahan Cuti Kuarantin
  • Kemudahan cuti kuarantin telah ditambah baik.
  • Pemaikan peratuan ini berkiat kuasa 4 Mac 2022


Penambahbaikan seperti berikut:
1. Nama kemudahan Cuti Kuarantin dipinda kepada Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan.



Diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.

2. Penambahan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta.

3. Kadar tempoh cuti (bilangan hari):

i. Kadar tempoh cuti/ bilangan hari cuti terhad maksimum lima (5) hari bagi setiap kes selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

ii. Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat / Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.

iii. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR)

Untuk rujukan, boleh muat turun dokumen seperti senarai di bawah pada pautan https://www.jpa.gov.my/.../2458-penambahbaikan-kemudahan... atau imbas Kod QR di poster.

i.Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12 ( 8 )

ii. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR5.4.4 (Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan).

iii. Soalan Lazim
Pertanyaan lanjut:
Tel: 03-8885 5660/ 5692/ 5689/ 5609 atau emel cspa@jpa.gov.my.

moga info iniberguna dan bermanfaat untuk semua.

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. mmg merisaukan penyakit berjangkit skrg.. alhamdulillah ada kemudahan cuti kuarantin

    BalasPadam
  2. baru je dapat kemudahan ni hari tu.. sebab anak kena HFMD la jugak

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.