Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, Hai Pembaca semua... Salam Aidilfitri, Sudah tujuh hari kita semua menyambut syawal.  Baru ada kesempatan untuk buka blog dan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022



Cuti Raya 2022


Tahun ni seperti yang di rancang Bonde mengambil cuti sebanyak dua hari pada Khamis 5/5/2022 dan Jumaat 6/5/2022.  Jadi keseluruhan cuti adalah sembilan hari bermula dari Sabtu 30/4/2022 hingga 8/5/2022. Yeayyy dapat cuti yang raya yang panjang tahun ini. Syukur Alhamdulillah.

Perubahan Hari Kelepasan Am Bagi Hari Raya Dan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022


 Warna Tema Raya Tahun 2022


Tahun ini family Bonde memilih warna tema :

Raya Pertama : putih 
Raya Kedua : hijau min
Raya Ketiga : kuning (baju raya tahun 2021)
Raya Keempat : bebas (hihihi)

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022



2022 Raya Terkejut 


Bagi Bonde Raya tahun ini bukanlah "Raya Terkejut atau Mengejut"  Bonde dapat info dari sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan berkemungkinan raya jatuh pada hari Isnin jadi get ready untuk persiapan raya untuk hari Isnin.

Tahun ini Bonde dan family beraya di rumah mentua di Banting, Selangor.  Jadi suami dah bermesyuarat bersama ahli keluarga yang lain untuk sambut syawal bersama-sama di rumah Abah.

Alhamdulillah semua siap seperti apa yang dirancang memang tersusun cantik mengikut 'check list' 

Kakak ipar buat persediaan badan-bahan untuk masak rendang, kuah kacang dan adik ipar beli bahan mentah seperti ayam, cili mesin dan santan segar.

Bonde pula selaku tukang masak dan tukang create menu apa nak masak.  Semua tugas telah dibahagikan.  Maka jam 12.00 tengah malam mulakan tugas-tugas memasak dan siap semuanya hingga jam 4.00 pagi. Siap memasak lauk pagi syawal dan mengemas perkakas yang telah digunakan.

Menu Pagi Syawal 2022


Rendang Kerang
Rendang Ayam
Kuah Kacang (Ayam)
Satey Ayam + Daging (Haji Samuri) Anak buah bakar sendiri
Ketupat.

Nanti Bonde sambung part 2 pula... 

Sila komen dibawah warna tema anda tahun ini? Dan menu masakan anda dipagi raya?


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.