Resepi Nasi Tomato, Ayam Masak Merah Dan Acar Timun Dan Nenas Untuk Rumah Terbuka



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai Pembaca semua... Tengah musim raya ni, masing-masing tahun ini dah boleh ziarah dan beraya  ramai request nak makan menu sedap-sedap bila beraya ke rumah saudara dan rakan rapat.  Sebagai tuan rumah kadang keliru dengan menu yang nak dihidangkan... jadi anda boleh cuba masak menu dibawah ini mudah dan ringkas sahaja.  Pasti tetamu yang hadir siap tambah sepinggan lagi nasi hehehe.



Resepi Nasi Tomato, Resepi Ayam Masak Merah Dan Resepi Acar Timun Dan Nenas Untuk Rumah Terbuka


Resepi Nasi Tomato


Resepi Nasi Tomato


Bahan-bahan :

5 cawan beras biasa
5 cawan air
2 batang kulit kayu manis
1/ 4 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar gula
1/ 2 sudu besar garam
3 sudu besar tomato puri
4 biji tomato
(kisar dengan sedikit air)
2 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
2 ketul halia sebesar ibu jari*
# Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus

Cara-cara:

1. Rendam Beras

Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain.

Saya guna beras biasa saja, rendam selama 15-20 minit.. Kemudian, basuh dan toskan.

2. Tumis Bahan

Cairkan mentega dan minyak masak dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan kayu manis.

Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.

3. Masukkan Beras

Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.

Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, gula dan garam secukup rasa.

4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa

Last sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.

Nak masak terus guna periuk atas api pun boleh. Sementara tu kita buat pula lauknya.

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
3 biji bawang besar (saiz besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
15-20 cili kering*
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
Garam dan gula secukupnya
# Kisar semua bahan
bertanda *

Cara-cara:

1. Tumis Rempah & Bahan Kisar(Saya tak goreng ayam dahulu sebab saya tak berapa suka -ikut citarasa sendiri kalau rasa nak goreng pun boleh )

Kemudian tumis kulit kayu manis dan bawang sampai naik bau.
Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.

2. Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.Kalau nak buat kuah lebih boleh tambah air sedikit.

3. Perasakan

Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali.

Perasakan dengan garam pulak. Lepas tu bolehlah masukkan ayam. Kacau semua dan gaul sebati. Tunggu sehingga ayam masak dan mendidih buleh tutup api..

Siap ayam masak merah.

Acar Timun Dan Nenas


Acar Timun Dan Nenas


Bahan-Bahan:

Lobak merah
Bawang merah
Timun
Cili
Nenas
Gula & Cuka Secukupnya

Cara-cara:

1. Hiris

Basuhkan semua bahan bersih-bersih dan hiris semua bagi memanjang.

2. Perasakan

Kemudian perasakan dengan gula dan sedikit cuka dan air ikut .
# Utk nasi tomato nak guna beras biasa atau basmathi (pilihan)

Hidangan ini juga sedap dimakan bersama papadom atau pun keropok ikan.  Terpulang kepada selera anda yang mana satu

SELAMAT MENCUBA.

Credit resepi: Fatin Elina
Air tangan dan gambar:
Eniza M. Salim



Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Alahai sedapnya..ada nampak kat tik tok orang share cara masak nasi tomato..nak try buat laaa

    BalasPadam
  2. hari tu isteri juga masak nasi tomato utk raya. my favourite ni...sedap!

    BalasPadam
  3. wow sedapnya, makanan fevourie saya dan saya pun suka buat. senang

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.