Aplikasi Marhaen.my Permudahcara Salur Bantuan Kepada Golongan Yang Memerlukan



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi, Hai Pembaca semua.. Bonde ada Info yang ingin dikongsikan... berkenaan Aplikasi 'Marhaen.my' Permudahcara Salur Bantuan Kepada Golongan Yang Memerlukan



Aplikasi 'Marhaen.my' Permudahcara Salur Bantuan Kepada Golongan Yang Memerlukan


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini oleh kerajaan ternyata memberikan kesan kepada ramai rakyat Malaysia terutama dalam sektor ekonomi. Malah, banyak syarikat terpaksa gulung tikar sekaligus membuatkan segelintir rakyat menganggur dan mencari ikhtiar untuk meneruskan kehidupan.

Prihatin dengan masalah tersebut, sebuah syarikat tempatan tampil dengan inisiatif serta idea kreatif memperkenalkan aplikasi Marhaen.my. Cetusan nama Marhaen.my diinspirasikan dari kesepakatan rakyat Malaysia yang sering berkongsi rezeki dan saling membantu antara satu sama lain. Platform ini dibangunkan secara kutipan derma atas talian bagi membantu rakyat Malaysia yang bergelut dari segi kewangan dan memerlukan bantuan makanan dengan segera.

Banjir 2021


Banjir 2021


Banjir 2021


Objektif platform ini adalah untuk membantu dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan platform digital dan kemudahan menyampaikan dana, infaq, wakaf dan sumbangan secara atas talian. Di samping itu, Marhaen.my dapat memastikan capaian maklumat berkenaan sebarang kempen dan program yang dianjurkan oleh pertubuhan atau organisasi yang berdaftar dapat disalurkan secara telus kepada rakyat di setiap pelusuk tempat dalam negara ini.

Marhaen.my juga komited dan fokus dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan individu, secara terurus dan mudah di mana pemeriksaan latar belakang akan dilakukan bagi mengelakkan berlakunya penipuan. Inisiatif ini juga menggalakkan orang ramai untuk terus memberi bantuan secara berterusan dan tidak terhad kepada satu kempen sahaja.

Proses pemberian sumbangan kepada penerima bantuan dibuat secara mengintegrasikan fungsi pembayaran dalam talian (FPX). Pengguna aplikasi boleh memantau perkembangan sesuatu kempen yang dipilih dari semasa ke semasa sehingga berjaya. Menariknya lagi, aplikasi ini akan terus memaparkan kempen kutipan derma yang masih aktif. Apabila kutipan derma berjaya dikumpulkan mengikut jumlah yang ditetapkan, bantuan tersebut akan terus diagihkan kepada golongan yang memerlukan mengikut kempen. Secara tidak langsung, Marhaen.my menjadi sebuah platform yang dipercayai.


Back To School Seremban 2022


Back To School Seremban 2022


Back To School Seremban 2022


Back To School Seremban 2022


Back To School Seremban 2022


Aplikasi ini bukan sahaja dapat membantu masyarakat dari segi kewangan menerusi kempen derma orang ramai, malah bantuan bank makanan secara virtual turut disediakan. Orang ramai boleh menyumbang dengan memilih untuk menambah barang keperluan seperti beras, gula, minyak masak, tepung dan lain-lain di ruangan Gerobok Rezeki. . Selain itu, pemohon juga boleh memohon barangan keperluan tertentu seperti lampin bayi atau ubat-ubatan di aplikasi tersebut. Pihak Marhaen.my akan menguruskan barangan yang dimohon dan menguruskan penghantaran secara kurier kepada pemohon.
 
Untuk rekod, Marhaen.my berjaya mendapat kutipan melebihi RM 2.4 juta ringgit yang merangkumi 294 kempen individu dan 108 penerima Gerobok Rezeki sebelum ini. Malah, hasil kutipan tertinggi bagi satu kempen di Marhaen.my juga melebihi RM 300,000. Platform ini turut bekerjasama dengan 24 badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh Malaysia.

Back To School Bahau & Serting Ulu


Back To School Bahau & Serting Ulu


Back To School Bahau & Serting Ulu


Back To School Bahau & Serting Ulu


Back To School Bahau & Serting Ulu


Back To School Bahau & Serting Ulu


Azarul Fareezal, XX berterima kasih atas inisiatif rakyat Malaysia dalam mewujudkan aplikasi Marhaen.my sekaligus membuktikan keprihatinan serta kesungguhan dalam membantu keluarganya dalam mengurangkan beban bagi kos perubatan kanser darah buat isterinya.

“Saya berterima kasih dan terhutang budi kepada pengurusan Marhaen.my dan para penyumbang. Keluarga saya berjaya memperoleh bantuan dalam bentuk wang sebanyak RM 92,330.00 hanya dalam beberapa bulan kempen ‘crowdfunding’ ini diwar-warkan.

Menurut Pengurus Projek Marhaen.my, Hayati Sahak “Saya berasa sangat bersyukur kerana ia bukanlah usaha saya secara bersendirian. Saya terharu melihat rakyat Malaysia bersatu hati dan membantu antara satu sama lain semasa detik sukar ini. Tanpa mengira status peribadi, syarikat-syarikat ternama, badan-badan tertentu sehingga rakyat biasa, semua orang cuba sedaya upaya untuk membantu di mana sahaja mereka boleh menghulurkan tangan kepada yang memerlukan.”

Sungai Kita


Sungai Kita

Sungai Kita


“Marhaen.my menyasarkan lebih 50 kempen individu yang bakal dijayakan di media sosial sepanjang bulan Ramadan tahun. Kami turut berharap bilangan barangan di Gerobok Rezeki akan bertambah dari semasa ke semasa di semua tempat.” katanya


Info Marhaen.my


Marhaen.my merupakan sebuah medium berkongsi rezeki untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutama ketika dalam keadaan kecemasan. Marhaen.my terdiri daripada 5 fasa penting dalam menyediakan perkhidmatan sosial kepada komuniti masyarakat setempat. 

Antaranya adalah pengumpulan dana melalui sumbangan orang ramai (Crowdfunding), bantuan makanan secara atas talian (Online Foodbank), program sukarelawan (Volunteering), perniagaan amal (Merchandising), dan akses ke forum komuniti setempat (Community Feed). Platform ini fokus dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan individu, secara terurus dan mudah. Pada masa yang sama, peluang untuk saling bantu-membantu diberikan kepada semua orang melalui kempen #KONGSIREZEKI. Marhen.my turut memperkenal bank makanan secara virtual iaitu Gerobok Rezeki yang berfungsi sebagai saluran memberi keperluan asas kepada penerima. Pihak Marhaen.my juga terlibat dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan komuniti. Antaranya seperti kempen membersihkan Sungai Kita,bantuan PDPR, bantuan banjir dan kempen kembali ke sekolah bagi Anak Yatim Asnaf serta banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari  laman web Marhaen.my. 


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Menarik kempen ni...patut di war warkan di FB2 group jugak...

    BalasPadam
  2. mudahnya nak beramal sekarang ni cuma nak dengan tidak je

    BalasPadam
  3. alhamdulillah macam -macam cara yang mudah untuk kita bantu orang

    BalasPadam
  4. Wah terima kasih atas artikel yang berguna dan bermanfaat. pet shop puchong

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.