Atasi Keguguran Rambut Dengan 5 Step Produk Rangkaian Safi Shayla



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai Pembaca semua... Bonde nak Kongsikan di sini cara Atasi Keguguran Rambut Dengan 5 Step Produk Rangkaian  Safi Shayla  

Atasi Keguguran Rambut Dengan 5 Step Produk Rangkaian  Safi Shayla 



Simptom biasa untuk keguguran rambut ialah:


Rambut mulai menipis. Dalam kalangan lelaki, rambut biasanya mula berkurangan dari dahi dalam garisan yang menyerupai huruf M.

Muncul tompok-tompok botak. Beberapa pesakit akan mengalami tompok botak yang licin dan bersaiz sebesar syiling. Dalam beberapa kes, kulit kepala mungkin akan menjadi gatal atau sakit sebelum rambut mulai gugur.

Rambut longgar secara tiba-tiba. Kejutan fizikal atau emosi boleh mengakibatkan rambut longgar. Rambut lebih mudah tercabut ketika disikat atau mandi.

Keguguran rambut seluruh badan. Beberapa bentuk rawatan seperti kimoterapi bagi kanser, boleh menyebabkan kehilangan rambut.

Tompokan bersisik yang merebak seluruh kepala. Ini ialah gejala kurap (ringworm). Ia boleh disertai rambut yang rosak, kemerahan, bengkak, dan, kadangkala, rembesan.

Apakah Punca Keguguran Rambut?


Punca keguguran rambut masih lagi belum difahami. Walau bagaimanapun, ia biasanya berkaitan dengan satu atau dua dari faktor berikut:

Sejarah keluarga (keturunan): punca utama yang menyebabkan kehilangan rambut ialah masalah keturunan.

Perubahan dan ketidakseimbangan hormon boleh mengakibatkan keguguran rambut sementara.

Keadaan medikal: Kehilangan rambut juga boleh berlaku disebabkan jangkitan kulit kepala, masalah kulit dan masalah (disorder) menarik rambut.

Ubatan: kehilangan rambut mungkin berlaku disebabkan ubatan yang digunakan untuk merawat kanser arthritis, deressi, masalah jantung, tekanan darah tinggi dan kawalan kelahiran. Pengambilan terlalu banyak vitamin A juga boleh mengakibatkan keguguran rambut.






SAFI Shayla Hairfall Shampoo



Rambut gugur sering dikaitkan dengan wanita yang memakai hijab kerana aliran udara yang terhad.

Syampu SAFI Shayla Kawalan Rambut Gugur, diformulasikan dengan Pro Vitamin B5 & Protein Gandum untuk menguatkan struktur rambut. Diperkaya dengan Habbatus Sauda untuk melembapkan, menghaluskan dan melindungi rambut, dengan haruman yang kekal sehingga 48 jam *.

Sekarang, tidak ada lagi masalah keguguran rambut!

* Berdasarkan ujian makmal



SAFI Shayla Oil & Hair Fall Control Refreshing Scalp Mask


Merawat kulit kepala, mengawal sebum, menguatkan folikel rambut serta berkesan dalam mengurangkan rambut gugur selepas hanya 5 cucian* dengan Hydrolyzed Wheat Protein


Haruman berkekalan sehingga 48 jam***Berdasarkan ujian klinikal
**Berdasarkan ujian makmal



SAFI Shayla Hair Fall Control Hair Tonic


Diformulasikan khas dengan teknologi Hijab Scalp Biotics, 7 Habattus Sauda Complex dan Ginseng Merah Korea bermutu tinggi, ia menguatkan akar rambut sehingga 73 % & melebatkan rambut sehingga 4.6X. Jom try.

Cara Penggunaan Tonik Pelebat Rambut

- Semburkan tonic rambut ini pada kulit kepalayang bersih dan akar rambut .

- Urutkan kulit kepala untuk beberapa minit dan biarkan sehingga kering.

- Gunakan tonik  2X kali sehari, bersama dengan regime lengkap Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla untuk hasil yang mantap.




SAFI Shayla Hair Fall Control Hair Serum


Memperbaiki dan menguatkan struktur dalaman rambut untuk mengukuhkan rambut yang rapuh dengan Minyak Vitamin E dan Minyak Argan. Ia juga mengurangkan rambut bercabang akibat kerosakan rambut.

Miliki rambut lebih kuat serta berkilau & sihat menawan dengan haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam*

*Berdasarkan ujian makmal.



SAFI Shayla Hair Fall & Oil Control Hair & Hijab Parfum Mist


Perlindungan ekstra untuk mengunci & mengekalkan nutrien supaya rambut lebih kuat & sihat dengan Pro Vitamin B5 dan Bio Pura Caff. Pengeringan cepat, tidak meninggalkan tanda & haruman yang berkekalan menjadikannya sesuai disembur pada rambut dan tudung.

Miliki rambut lebih kuat serta berkilau & sihat menawan dengan haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam*

*Berdasarkan ujian makmal.



Dimana Nak Dapatkan Produk Safi Shayla Ni?


Anda boleh dapatkan di Shopee, Lazada, Farmasi Guardian dan Farmasi Watson secara online atau walk in di Farmasi yang berdekatan tempat anda.

Untuk info lanjut dan promosi anda boleh layari laman web :  https://safi.com.my/ 


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. shafi ni brand dah lama
    memang guna syampo dia
    macam2 warna dah guna
    seme wangi

    BalasPadam
  2. Bestt ni. Mudah nak dapat jugak kat pasaran. Ada rambut gugur boleh try nanti

    BalasPadam
  3. Produk Safi mesti best2. Kak Pip pakai yg syampu kaler biru. Ni range terbaru eh? Wah nextime kena try la ni.

    BalasPadam
  4. Shafi ni brand yang top ni.... produk dia pun berkualiti

    BalasPadam
  5. menariklah... makin meningkat umur, nampak rambut makin luruh huhu kena atasi sebelum terlambat. tq share bonde

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.