Senarai Blogger Malaysia Yang Sentiasa Aktif Tahun 2022



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai pembaca semua.. Untuk makluman anda semua, Bonde telah mula aktif di dunia penulisan blog pada tahun 2010 lebih kurang dua belas tahun usia blog www.bondezaidalifah.com.  

Siapa sangka bermacam-macam percubaan yang dilalui selama dua belas tahun ini, Syukur Alhamdulillah blog Bonde akhirnya dapat menjana income dari iklan google Adesence dan juga dari review produk, iklan dan penulisan berbayar.

Blog Lifestyle Blogger


Tentang www.bondezaidalifah.com blog ini berkisarkan kehidupan dan gaya hidup seorang wanita yang mempunyai kerja tetap, mempunyai minat yang sangat mendalam sebagai penulis di blog. Bonde merupakan seorang penulis separuh masa.

3 in 1 family : Keluarga kecil Bonde di hiasi dengan Suami dan Seorang Puteri yang menjadi tulang belakang, sumber inspirasi dan idea pada setiap penulisan diblog. 

Blog Bonde berkaitan informasi Lifestyle, Parenting, Resepi, Tips, Info Semasa, Novel, Drama, Travel.

Blog Bonde turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- himpunan doa
- tips kesihatan 
- review produk
- informasi semasa dan banyak lagi.
- Selain berblog Bonde juga aktif di media social facebook, Instagram dan Tiktoks

Selain Bonde, Ramai lagi Blogger yang aktif diluar sana yang sentiasa aktif memberi info semasa dan perkongsian yang sangat memberi  manfaat untuk anda yang diluar sana yang tercari-cari info.

Senarai Blogger Malaysia Yang Sentiasa Aktif Tahun 2022


Senarai Blogger Malaysia Yang Sentiasa Aktif Tahun 2022


1. www.sishawa.com


Blog ini berkisarkan kehidupan seharian seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis dan surirumah sepenuh masa.

Siti Awadah lebih dikenali sebagai Sis Hawa. Seorang ibu kepada 6 orang anak , 5 lelaki dan yang bongsu perempuan. Ramai baca blog ini untuk tahu informasi berkaitan seorang isteri, ibu dan blogger sepenuh masa.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- hubungan cinta dan perkahwinan
- himpunan doa amalan harian
- resipi
- tips parenting
- info ibu hamil, bersalin dan penyusuan
- tips kediaman
- panduan berblog dan Adsense
- informasi semasa dan banyak lagi.
Sis Hawa juga merupakan founder untuk team Blogggers Malaysia Biters (www.bloggersmalaysia.com)



Dari Wartawan Majalah menjadi Penulis Blog Travelog Wartawan

Sebelumnya menulis untuk majalah Mingguan Wanita, dan masih (buat masa ini) menulis untuk portal online Mingguan Wanita.

Bekerja di rumah, dalam masa sama menguruskan famili dan tiga orang anak.

Ini adalah blog personal yang berkongsi apa saja info. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, atau pun orang lain yang boleh menjadi tip dan panduan bermanfaat dalam kehidupan seharian.


Lifestyle Entrepreneur Blog

Blog ini berkisar tentang gaya hidup dan perjalanan seorang wanita yang komited mencapai impian sebagai seorang usahawan berjaya dunia akhirat. Blog ini juga berkongsi tips pemakanan, kesihatan, barangan rumah dan kerjaya dalam perniagaan.

Sis Rinazul nekad berhenti kerja dari bidang perbankan pada usia 25 tahun dan cetusan Blog ini adalah sebagai inspirasi, motivasi dan tips buat semua untuk mencapai kejayaan yang diidamkan.

Ramai baca blog ini untuk dapatkan info berkaitan umum, pemakanan, barangan rumah dan tips usahawan.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- Ilmu Agama
- Makanan Sunnah
- Tips Pemakanan
- Tips Kesihatan
- Tips Bisnes
- Barangan Rumah
Boleh lihat juga di pengenalan:
https://www.rinazul.com/p/pengenalan.html



Bicara Mummy
Azlinda Alin atau nama panggilannya Linda. Seorang ibu muda, anak 3
Full Time Blogger dan Full Time Entrepreneur

Bergiat dalam bidang blogging kerana minat berkongsi dan rujukan sendiri di masa akan datang. Antara kisah yang sering di tulis adalah berbentuk peribadi, lifestyle, parenting, travel dan food.

Selain blogging, Linda juga aktif di media sosial yang lain seperti di Facebook, Instagram dan Tiktok


Lifesytle Blogger

Bekerja sepenuh masa, mempunyai sepasang cahaya mata.

Blog ini blog personal yang berkongsi pelbagai perkongsian. Kebanyakan tentang kehidupan, resepi, keluarga dan review barangan. Ada juga perkongsian tentang pengalaman bersama penagih dadah & berkaitan pencegahan dadah.



Mommy blogger suka berbines
Blog atulhamid.com kepunyaan Atul Hamid. Atul merupakan seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata.

Pernah bekerja sebagai librarian di sebuah perpustakaan universiti, tetapi kini memilih sebagai suri rumah sepenuh masa yang mempunyai kerjaya.

Atul kini merupakan seorang business leader yang mempunyai jualan mencecah 5 angka setiap bulan. Atul hanya melakukan bisnes online dari rumah sahaja, iaitu bisnes Shaklee

Atul juga aktif berblog sepenuh masa. Blog atulhamid.com berkongsi tentang gaya hidup, makanan tambahan, kesihatan, keluarga, wanita, dan kerjaya sebagai suri rumah yang berbisnes serta berkongsi info-info menarik yang berguna kepada anda semua


Travel, Food, Beauty & Lifestyle

Blog mengenai Travel dan percutian, berkongsi tentang kecantikan serta Food Review juga blog penuh informasi



Lifestyle Blogger

Blog mengenai pelbagai perkongsian seperti resepi, parenting, drama, review, petua. Dan juga memberikan info kepada para pembaca.
Lifestyle Parenting


Mommy Blogger Malaysia 

Perkongsian pengalaman jaga anak dengan cara mudah,tip susu badan,review menarik,resepi sedap,lifestyle suami isteri dan vaksin



Beauty and Lifestyle Blogger

Seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis blog dan pada masa yang sama bekerja sepenuh masa. Mempunyai sepasang cahaya mata.
Penulisan blog yang dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri, sama ada pergi bercuti, staycation, cerita anak-anak, resipi masakan, review makanan dan banyak juga story menghadiri event.

Oleh kerana banyak menerima tawaran review di IG, kesempatan tersebut ditulis di blognya. Review paling banyak diketengahkan adalah mengenai produk kecantikan dan percutian bersama keluarga. Juga merupakan media influencer yang aktif di FB, IG dan Tiktok. Nak baca macam-macam review terjah je fizaizawa.com



Lifrstyle Mommy Blogger

Full time mommy blogger since 2017. Niche blog ni pada awalnya tentang travel & food sebab puan blog suka share pengalaman percutian2 beliau dalam Malaysia. Baik sama ada review tentang tempat penginapan (kebanyakkan adalah hotel) dan juga tempat-tempat makan tempatan yang pernah diterjah. Artikel resipi pun ada dikongsi.
Kemudian niche bertambah kepada lifestyle blog sharing sebab dah ada topic on beauty & health, parenting and Islamic sharing knowledge. Semua dengan niat untuk share info dan ilmu yang diharapkan bermanfaat pada pembaca.



Part time blogger yang masih terikat dengan kerja hakiki sebagai UX designer. Minat yang mendalam “digital content” dan mempelajari SEO membuatkan terhasilnya blog modernmumthingy ini.

Niche utama blog ini berkisar lifestyle, parenting, financial dan travel. Pendek kata info dan kandungan apa yang mak-mak suka amik kisah dalam zaman moden ini.


Blog ini milik seorang guru dari Kelantan yang berkongsi pengalaman menarik di dalam kehidupannya. Dia juga menulis tentang panduan, tips dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, gaya hidup, kekeluargaan dan Islam. Maklumat semasa yang diberikan sangat berguna untuk dibaca semasa lapang.


Her Life Her Style. She’s a Content Creator, Mental Health Advocate and a Sports Science graduate from Uitm who blogs about lifestyle and casually updates about food.

Seorang working mom blogger yang pada mulanya ingin menyimpan kenangan anak membesar di blog. Akhirnya berasa seronok dan menjadi satu hobi. Suka bercerita tentang travel, makanan, parenting, family, islamik, lifestyle dan macam-macam lagi.


Blog seorang pejuang SLE dan Garis Dua

Berkongsi tentang perjalanan kisah seorang pejuang SLE almost hampir 13 tahun dan juga hampir 5 tahun tidak pernah putus asa untuk dapatkan Garis dua selepas pengalaman Kandungan luar rahim 4 tahun lepas.

Cikza.com cetusan idea untuk berkongsi tips bermanfaat buat semua, tempat-tempat makan menarik dan lain-lain.

Inilah Senarai Blogger Malaysia Yang Sentiasa Aktif Tahun 2022, jika anda seorang pembaca blog tegar, anda ingin selalu dapatkan infomasi terkini anda boleh klik bintang pada address bar jadikan sebagai bookmark senarai blog diatas cipta folder fav, masukkan bookmark  dalam folder fav anda, supaya mudahlah anda untuk membaca blog tersebut.

Jika anda blogger apakata, anda masukkan senarai diatas dalam bloglist anda, tanda support rakan logger yang aktif di atas.

Terima kasih, jika anda ingin Bonde senaraikan lagi blogger dengan tajuk yang lain, anda boleh komen dibawah yea..

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.