بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... Semasa suami saya demam panas hari tu, kurang selera makan jadi saya buatkan Bubur Lobak Merah Dengan Sambal Ikan Bilis untuk naikkan selera.
Resepi Bubur Lobak Merah Dengan Sambal Ikan Bilis Pembuka Selera Masa Demam
Beza dengan saya, Bubur ni boleh jer makan kalau bukan waktu demam.. memang sentiasa berselera dengan bubur kalau ada sambal ikan bilis.
Kalau anda nak cuba saya kongsikan resepi bibawah :
Resepi Bubur Lobak Merah
Bahan-bahan :
1 pot beras cuci bersih
1 batang lobak merah (copper)
1 inci halia (copper)
1 ketul cube ayam
5 pot air
sedikit garam
Cara-cara memasak:
Basuh beras dengan bersih
Masukkan 5 pot air ikut pot sukatan beras tadi
didihkan atas dapur masukkan halia, lobak merah dan cube ayam
kacau-kacau bagi rata dan sebati, biarkan ia mereneh hingga menjadi bubur, boleh tambah air jika ingin berkuah
masak hingga beras pecah dan tutup api
Hidangkan dalam mangkuk dan taburkan bawah putih
Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan
200 gram ikan bilis , siap dikopek rendam dalam air dan tapis
Bahan untuk dikisar
5 sudu cili api
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa maggi
sedikit sebuk kunyit
sedikit minyak
Cara-cara :
Panaskan minyak tumis bahan yang telah dikisar, masukkan serbuk kunyit, kacau hingga garing.
Masukkan ikan bilis yang telah ditapis tadi, kacau-kacau rata masukkan garam dan serbuk cukup rasa maggi. Kacau-kacau hingga kering dan siap untuk dihidangkan.
Bubur nih sebab makan masa panas-panas tau, aroma halia tu yang buat selera terbuka.
Jadi tak semestinya masa sakit sahaja kena makan bubur nih... boleh makan pada bila-bila masa.
Selamat mencuba.
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
sedap tu.. syafakillah bonde semoga cepat sihat
BalasPadamsedap sambal bilis dengan bubur macam ni.. semoga cepat sembuh ya bonde
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.