بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hai pembaca semua, Ada dikalangan anda atau ahli keluarga yang sedang menjalani Kuarantin di rumah disebabkan +ve covid 19 atau kuarantin sebab bergejala, anda boleh amalkan petua-petua yang dikongsikan dibawah ini untuk meredakan sakit semasa menjalani kuarantin.
Petua-Petua Yang Diamalkan Untuk Pesakit Yang Sedang Positif Covid 19
Petua Untuk Menurunkan Panas Dalam Badan
1) Minum air badak
2) Minum air kelapa (satu biji tanpa campur gula )
3) Minum air kelapa yang dicampur dengan satu sudu garam dan perahan lemon
(tiktok : @ciklyngebu)
Untuk Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak
1) Satu uncang teh, satu potong halia, kayu manis, bunga lawang dan satu biji bunga cengkih, sedikit gula dan kacau dalam Satu gelas air panas dan minum
(Tiktok : @nurshahirasalleh)
2) Minum air suam bersama perahan lemon dan madu
(Tiktok : @katecassandra_bb)
3) Kumur air suam yang dicampur 1 sudu atau 2 sudu garam setiap kali batuk (kumur tu, air garam tu biar sampai ke anak tekak)
4) Potong satu biji bawang bombay/holland kepada dua bahagian, guna satu bahagian sahaja, campurkan dengan satu atau dua sudu makan madu letak dalam botol, gaul rata, biarkan satu jam, jus akan dirembeskan melalui bawang yang bercampur madu, ambil satu sudu madu dan minum.
5) Ambil dua sudu kicap dengan perahan limau kasturi dan diminum
Petua Minum Air Rebusan Empulur Nenas
Jika keputusan test Kit Positif Boleh cuba buat petua ini, perkongsian dari seorang Ustaz dari Pusat Al Fahim di Melaka.
Saya buat untuk diri sendiri sahaja.
2 biji nenas ambik empulurnya potong dadu/kiub dan rebus.
minum dalam keadaan air tengah suam-suam, ulang minum 2 atau 3 kali sehari.
Jangan Lupa Update MySejahtera :
Jangan lupa update Mysj selalu untuk KKM pantau diri kita melalui sistem Mysj.
Semak Suhu Badan, Panduan Suhu Badan:
Semak Paras Oksigen Menggunakan Pulse Oximeter
Sindrom COVID Berpanjangan
Selepas tamat Kuarantin dari Positif COVID anda tetap akan mengalami gejala-gejala berikut :
Bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu/lebih selepas sembuh.
Ambil vaksin dan dos penggalak, amalkan 3W & elak 3S, praktis #TRIIS dan patuhi SOP yang ditetapkan.
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
ada antara petua ni,kita buat jugak masa kuarantin sebab +ve haritu..mmg menjadi tapi kena konsisten..
BalasPadamtq bonde for sharing bonde. husband saya tgh positive, nanti ng surh dia baca
BalasPadamTq Bonde, memang simptom tu ambil masa nak sembuh sepenuhnya kan...
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.