Pemandangan Rumah Api Pantai Kok, Langkawi



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat malam Hai Pembaca Semua... Tahun lepas Bonde dan family ke Langkawi sempat singgah dekat Rumah Api Pantai Kok nih.  Disebabkan kami nak aktiviti santai-santai jer kali nih... Kawan Kanda yang duduk dekat Langkawi cadangankan  kami pergi ke sini.

Kami cadang nak naik Cable Car petang tu, jadinya keluar mencari sarapan kami singgah Rumah Api Pantai Kok ni, jarak Rumah Api Pantai Kok dengan Cable Car adalah  4.4 km sahaja.


Pemandangan Rumah Api Pakai Kok, Langkawi

Pantai Kok sinonim dengan tempat perkelahan dan tempat melepak serta melapangkan fikiran. Pantai Kok ni terletak jauh dengan Pekan Kuah dan berdekatan dengan Cable Car. 

Di Pantai Kok ini juga, pihak kerajaan telah menjadikan tempat berlabuh bagi kapal-kapal layar yang ingin belayar ke Singapura, China dan sebagainya. 

Tempat berlabuh kapal-kapal ini dinamakan Telaga Habour. Anda nak tengok pelbagai jenis kapal layar boleh lah datang ke sini. Satu tempat lagi untuk kapal-kapal layar berlabuh adalah di Yatch Club, iaitu bersebelahan dengan Jeti Kuah.

Selain itu, rumah api juga dibina untuk memudahkan kapal-kapal layar ini, berlabuh di Telaga Habour. 

Tapi dari info yang diterima Rumah Api Pantai Kok ini telah ditutup.  Kalau tak kita boleh masuk dan naik ke atas melihat pemandangan sekeliling.



Tiba di Rumah Api Pantai Kok Jam 12.00 tengahari matahari tengah memancar sinarannya.. elok terpacak atas kepala.  Cik Fatin kata wah filter semulajadi... ishh panas lit lit nih tau tak?  Nasib bawak topi jadi bolehlah lindung kepala tu dari panas dan boleh pose ala-ala pelacong luar negara hehehe


Cik Fatin nak OOTD sendiri dekat sekeliling Rumah Api Pantai Kok nih, Jadi Kandalah yang kena layan Bonde untuk ambil gambar. Ada banyak gambar yang diambilnya. Dekat sini onde Kongsikan sebahagian sahaja.



Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Rumah Api Pantai Kok.

Selain merakamkan gambar disini, anda boleh berkelah dan memancing.  Disebabkan Bonde datang bukan hujung minggu, Hari selasa waktu begini tak aktiviti berkelah, memancing adalah seorang dua kelihatan mungkin penduduk kawasan situ memang aktiviti harian mereka memancing disitu.

Berapa Bayaran Masuk Rumah Api Pantai Kok, Langkawi?

Untuk pengetahuan anda semua. Tiada bayaran yang dikenakan untuk ke Rumah Api Pantai Kok, Langkawi ni ianya PERCUMA.

Bestkan.. Dah percuma tu pandai-pandailah jaga kebersihan sekeliling, jangan datang bawa sampah dan tinggalkan pula dikawasan tu.  Jaga kebersihan tau.

Pemandangan Sekeliling Rumah Api Pantai Kok, Langkawi

Kalau anda singgah sini Boleh nampak suasana yang nyaman (bau pantai/laut tu biasalah mesti ada) dengan bunyi deruan ombak dan angin sepoi-sepoi bertiup.





Nampak tak Cable Car dekat atas tu... dari Rumah Api Pantai Kok ni dah boleh nampak tau.


Next time kalau ke Langkawi lagi Bonde nak singgah kesini, mungkin nak pergi waktu petang sebab dari sini boleh lihat sunset yang cantik juga.

Sebelum balik Bonde sempat selfie seketul dua dengan Kanda dan group photo bertiga...



Kalau anda ke Langkawi jangan lupa singgah di sini tau!  Moga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. tak penah lagi sampai rumah api ni. ok boleh masuk wishlist nanti

    BalasPadam
  2. Bila baca orang sharing pasal langkawi.. macam tak percaya... tempat top cameron highland dan langkawi saya tak jejak lagi. :P

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.