“Kita indahkan bangunan lorong belakang dengan lukisan mural yang menggambarkan daerah ini antaranya lapangan terbang, F1 (Formula 1) dan Pantai Bagan Lalang,”
Sumber : hmetro.com.my
Litar Antarabangsa Sepang
Jeti Penambang Sungai Pelek ke Bukit Pelandok
Pantai Bagan Lalang Dan KLIA Airport Sepang
Bagan Lalang, satu-satunya tempat peranginan yang terdapat diSepang, Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini salah satu aktiviti yang anda boleh lakukan ialah menangkap ketam, pepahat dan kepah. Pantai di sini akan surut dan anda boleh berjalan sejauh 300-400m ke kawasan tengah laut. Jika anda ada anak-anak kecil, mereka pasti akan berseronok di sini.
Anda juga boleh bermain layang-layang dan menikmati angin pantai. Terdapat banyak kedai yang menjual layang-layang di sini.
Selain itu, anda tidak perlu risau kerana fasiliti untuk kemudahan anda lengkap disediakan. Kerusi dan pondok turut banyak disediakan untuk keselesaan pengunjung. Anda juga boleh membawa sendiri khemah, tikar dan alatan bbq untuk aktiviti di sana.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion[1], KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.
Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). KLIA juga merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X. KLIA juga merupakan perhentian untuk "Laluan Kanggaru" bagi Malaysia Airlines. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).
Kod IATA untuk lapangan terbang ini, KUL sebenarnya diambil daripada lapangan terbang utama Malaysia yang terdahulu, Lapangan Terbang Subang.
Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara. Lapangan terbang ini terletak di Sepang, Selangor dan ia berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan.
Banghuris Homestay
Kapal Korek Dengkil
EXCO kebudayaan berkata urusan jual beli kapal melebihi 6,000 tan itu sedang berjalan dan pihaknya berusaha untuk merealisasikan hasrat berkenaan sekali gus menjadikan ia sebagai tarikan baharu untuk orang ramai.
“Kapal itu antara yang terbesar di dunia dan masih lagi boleh beroperasi. Terletak di tengah lombong dan kita mahu jadikannya muzium lombong negara.
“Selain itu kapal tersebut juga akan dijadikan tempat rekreasi bersejarah untuk orang awam.
Sumber : Selangor Kini
Nama-nama Taman Yang Terdapat Di Bandar Baru Salak Tinggi
Jadi jika anda minat bergambar dan nak penuhkah post di instagram dan facebook wall bolehlah anda datang ke sini... nak tahu lebih lanjut tentang Mural Art apa jer yang ada, anda bolehlah datang sendiri dekat Street Art Bandar Baru Salak Tinggi nih... ambil gambar banyak-banyak dan rakam kenangan anda.
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
12 Ulasan
cantik tempat ni..
BalasPadamBanyak betul port OOTD kan. Ni kalau datang penuh la gallery.
BalasPadamBest la tgok gambo tub... tq share
BalasPadamCantik-cantiknya tempat tu. Dekat saja pun, bolehlah nanti bawa anak-anak ke sana. Boleh bergambar.. cuma bebudak ni dah payah nak bergambar dengan maknya. Hahaha..
BalasPadamcantik2 mural artnya.....sis suka....
BalasPadammenarik juga..belum pernah sampai.boleh lah masuk dalam list ! tq bonde~
BalasPadamWah banyaknya tarikan kat Sepang. Kita pernah gi Bagan Lalang tu..makan-makan seafood
BalasPadamSeronok jalan jalan. Mural pun cantik. Ni boleh penuh album camera berOOTD ... Yg kaki gambar memang sesuai dtg sini jalan2 bergambar.
BalasPadamdulu selalu jugak ke BBST ni tapi tak perasan pasal street art semua ni.. rugi betul.. lepas ni wajib masukkan dalam list bila ke sini.. tq share bonde..
BalasPadamCantik, teringin nak pergi😍
BalasPadamsekarang ni merata-rata dah ada street art kan? kreatif orang Malaysia dan yang Bagusnya, takdelah kosong je dinding. Malah jadi daya penarik untuk bergambar.
BalasPadamTapi yang di Sepang ni Atul x penah sampai lagi. Moga nanti bolehla sampai ke sana.
bestnyaa.. seronok betul tempat ni.. ada masa kalau ke sana bolehla nak g jalan2 sana nt. tq share awasome sungguh.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.